Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Assalam Bandar Maran

  • Home
  • Malaysia
  • Maran
  • Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Assalam Bandar Maran
Call Directions Website Contact the school

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Assalam Bandar Maran Pendaftaran masih dibuka untuk sesi 2025.

SRITI Assalam Bandar Maran adalah satu-satunya institusi pendidikan rendah swasta di Maran yang menggabungkan silibus KSSR KPM, KAFA JAKIM, Tahfiz al-Quran as-Sunnah (TQS) & KAFFAH SRITI.

05/10/2026

SOLAT TAK MENUNGGU KITA

Jangan tinggalkan solat kerana kita tidak tahu bila kita akan disolatkan.

Didiklah diri & anak-anak kita untuk mencintai solat sejak kecil, kerana solat bukan sekadar kewajipan, tetapi penghubung seorang hamba dengan Penciptanya.

Jagalah solat selagi masih diberikan waktu. Kerana suatu masa nanti kita bukan yang mendirikan solat, tetapi kitalah yang akan disolatkan

"Soleh Pintar Rabbani Murabbi"Itu misi kami juga di Assalam. Jom, daftarkan anak-anak sementara masih ada kekosongan unt...
17/09/2026

"Soleh Pintar Rabbani Murabbi"

Itu misi kami juga di Assalam. Jom, daftarkan anak-anak sementara masih ada kekosongan untuk Darjah 1 - 4 bagi tahun 2027

Diingatkan. Setiap pengurusan SRITI tak sama. Jadi saya nak cerita tentang pengalaman saya di SRITI.

Saya dah lebih 10 tahun dah bekerja di SRITI. 2 tahun di Slim River, lagi 9 di Jeli dan In shaa Allah kalau umur panjang, akan stay di SRITI.

Saya juga graduan UPSI. Pendidikan awal Kanak-kanak. Dan kalau ikutkan, ramai dah kawan saya posting. Tetapi saya masih berada di SRITI.

Ada yang pernah cakap, rugilah belajar 4 tahun ijazah, tetapi pilih mengajar SRITI. Entahlah. Untuk ceritakan sebab, banyaklah sebab.

Sebab yang pertama:
Saya s**a benda baru. SRITI masa zaman saya, baru dibuka. Malah terlibat sama dengan penubuhan SRITI. Masa tu ya Allah. Cabaran sungguh nak yakinkan orang untuk masukkan anak ke SRITI. tetapi kini alhamdulillah, SRITI di kawasan kami menjadi rebutan ramai.

Sebab yang kedua:
Persekitaran yang sangat bagus. Di sini, bukan sahaja rakan sekerja yang baik, malah ibubapa pun baik. Pentadbiran pun sangat bagus. Kalau guru perlukan cuti, tak pernah tak lulus. Hehe. Sebab kita tahu, kebanyakan yang cuti, pasti ada sebab..

Sebab yang ketiga:
Kemenjadian murid. Apabila belajar di SRITI, anak murid perlu melalui silibus sama je dengan KPM. Tetapi tambah yang SRITI punya. Apabila tengok ada anak-anak yang dulu boleh tahan perangai, tetapi berada di SRITI, boleh beza antara baik dan buruk. Itu satu benda yang sangat baik. Ada juga anak-anak yang masuk tingkatan satu berjaya ke SBP, MRSM dan sebagainya.

Sebab yang keempat:
Kalau kawan, ye, dekat SRITI, ramai sahabat-sahabat yang baik. Yang entah kenapa. Kalau nak jadi jahat pun malu sebab ramai yang baik. Penampilan baik, akhlak baik. Alhamdulillah. Anak-anak akan mudah terikut apabila jumpa muallim/ah. Percaya tak, anak-anak ni sebenarnya lebih s**a ikut kata cikgu?

Sebab yang kelima:
Dekat dengan kampung saya. Rumah Mak saya. Buat orang yang ada Mak je, saya dah tak sanggup nak duduk jauh. Jadi, duduk rumah, dapat tengok Mak depan mata, cukuplah.

Mungkin tak semua orang faham sebab ini. Tetapi cukuplah untuk saya share sikit. Dark side ada ke? Mana-mana pun ada. Tetapi bright side lagi banyak. Buat apa tengok yang dark? Hihi.

Ada lagi ke sebab? Ada. Berkaitan dengan pendidikan, tarbiyah dan sebagainya. Tetapi cukuplah dulu. Kalau cerita hal gaji, ye. Memang SRITI tak mampu nak bagi seperti orang yang kerja kerajaan..sebab tu siapa nak kaya, tak boleh kerja SRITI. SRITI ni susah untuk kami terangkan hal kewangan. Tetapi yang pasti, di SRITI kawasan saya, cukuplah gaji yang ada. Kwsp, perkeso pun ada.

Semoga Allah jaga hati mereka yang mendidik di SRITI.

📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA 🇲🇾Salam sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, dan murid-murid SRITI Assalam.Di...
15/09/2026

📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI MALAYSIA 🇲🇾

Salam sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, dan murid-murid SRITI Assalam.

Dimaklumkan bahawa SRITI Assalam akan bercuti pada:

📅 16 September 2026 (Rabu)
➡️ Cuti Sempena Hari Malaysia

📚 Sesi persekolahan akan bermula semula pada:
📅 17 September 2026 (Khamis)

Selamat menyambut Hari Malaysia! Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan bersama keluarga tersayang. ❤️🇲🇾




🌙✨ Program Sambutan Maulidur Rasul ﷺ  Peringkat SRITI Assalam✨🌙Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada ju...
26/08/2026

🌙✨ Program Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat SRITI Assalam✨🌙

Ayuh kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ melalui penghayatan sirah, akhlak dan perjuangan Baginda sebagai rahmat buat sekalian alam.

📅 Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
🕌 Bersamaan 14 Rabiul Awal 1448H
📍Tempat: SRITI Assalam, Bandar Maran
Penglibatan: Murid & Guru SRITI Assalam Bandar Maran

Antara pengisian program:
🎙️ Ceramah Maulidur Rasul
🧭 Explorace Sunnah Nabi Muhammad ﷺ

Semoga program ini dapat menyuburkan kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ serta menggalakkan kita mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.”
(QS. Al-Anbiya’: 107)




SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026MSatu abad telah berlalu,Namun sinarmu tidak pernah padam,Mengalir subur di dalam kalbu...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Satu abad telah berlalu,
Namun sinarmu tidak pernah padam,
Mengalir subur di dalam kalbu,
Menjadi penyuluh di malam kelam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H diucapkan dari warga SRITI Assalam.

Marilah kita suburkan rasa rindu, cinta dan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah dan akhlak mulia Baginda. Semoga kita semua dapat mencontohi sifat amanah, sabar, penyayang dan kasih sayang Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. 🕋💚

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”
(Surah al-Ahzab: 21)

"MEMBINA GENERASI SOLEH PINTAR RABBANI MURABBI"



📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL ﷺDimaklumkan bahawa SRITI Assalam akan bercuti pada:📅 25 Ogos 2026 (Selasa)➡️ Cut...
24/08/2026

📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL ﷺ

Dimaklumkan bahawa SRITI Assalam akan bercuti pada:

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
➡️ Cuti Sempena Maulidur Rasul ﷺ

📚 Sesi persekolahan akan bermula semula pada:
📅 26 Ogos 2026 (Rabu)

✨ Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada semua umat Islam

Semoga cuti ini memberi ruang untuk kita bersama keluarga serta menghayati sirah Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat serta mengingati perjuangan Rasulullah ﷺ. 🤍

04/08/2026
31/07/2026

🌱 RM10 mungkin kecil bagi kita, tetapi mampu menjadi sebahagian daripada perjalanan pendidikan seorang anak.

Assalamualaikum dan salam Jumaat 🤲

SRITI Assalam Bandar Maran membuka ruang kepada sahabat-sahabat untuk bersama-sama menyokong usaha pendidikan anak-anak Maran.

Sumbangan akan membantu keperluan operasi sekolah seperti:

👨‍🏫 Pengurusan guru 🏫 Kemudahan sekolah 💡 Bil utiliti 🍱 Makanan murid 📚 Keperluan pembelajaran

💚 Sumbangan dicadangkan:
RM10 | RM30 | RM50 | atau seikhlas hati

🏦 Maybank Assalam Edu
556057566690

Semoga setiap sumbangan menjadi saham dalam melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak.

📲 Mohon bantu panjangkan poster ini kepada keluarga dan sahabat.

Semoga Allah SWT memberkati sahabat-sahabat semua dan mudahkan urusan kita semua Amin~

29/07/2026

🌟 AYUH BERINFAK DEMI KECEMERLANGAN KONTINJEN SRITI NEGERI PAHANG 🌟

Ayuh bersama menyokong kontinjen SRITI Negeri Pahang dalam menghadapi Kejohanan Sukan & Olahraga SRITI Malaysia (KESUGA) Kali Ke-7 Tahun 2026.

Sumbangan anda akan membantu menampung keperluan penyertaan atlet, permukiman atlet, pengangkutan, penginapan, makan minum, peralatan s**an serta urusan sepanjang kejohanan.

🎯 Sasaran Kutipan: RM35,000

Setiap sumbangan yang dihulurkan, sama ada kecil mahupun besar, amat bermakna dalam merealisasikan impian anak-anak SRITI untuk beraksi dengan penuh semangat, mengharumkan nama SRITI Negeri Pahang.

“Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Salurkan sumbangan anda ke:

🏦 Nama Akaun: SRITI PAHANG GLOBAL
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 556020102211

📌 Rujukan (Reference): INFAQ KESUGA

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan keprihatinan semua.


Address

No 1 (Tingkat Atas) Jalan Dagangan 2/1 Bagunan Perdagangan Maran 2
Maran
26500

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60192222404

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Assalam Bandar Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Assalam Bandar Maran:

Shortcuts

Share