03/08/2026
CERAMAH ANTIBULI SEMPENA PELANCARAN SAFE
Bersempena Pelancaran Program SAFE Peringkat SMK Cedung Jaya 2026, satu Ceramah Antibuli telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.
Ceramah yang disampaikan oleh En. Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri, Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling UPSI, telah memberi pendedahan kepada murid mengenai bentuk-bentuk buli, kesan terhadap mangsa dan pelaku, serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan. Murid turut didedahkan kepada kepentingan saling menghormati, berani melaporkan kejadian buli serta memainkan peranan dalam membentuk budaya sekolah yang positif.
Tarikh: 03 Ogos 2026
Masa: 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seroja, SMK Cedung Jaya
Penceramah: En. Ahmad Shazwi bin Ahmad Shukri, Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling UPSI
Sasaran: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pusat Kaunseling UPSI atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga usaha ini dapat memperkukuh budaya sekolah selamat serta melahirkan warga sekolah yang saling menghormati, prihatin dan bertanggungjawab dalam membanteras gejala buli.
"SAFE: Sekolah Selamat, Murid Sejahtera."