Pusat Sumber KMKPh

Pusat Sumber KMKPh Selamat datang ke Facebook Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Pemacu Ilmu Anda!

Lawatan BKNP Perpustakaan Negara MalaysiaPada 29 April 2026, Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) Perpustakaa...
08/05/2026

Lawatan BKNP Perpustakaan Negara Malaysia

Pada 29 April 2026, Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Al-Jazari, KMKPh. Rombongan diketuai oleh Encik Mohd Fairuz bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan dan ditemani oleh Pembantu Pustakawan, Encik Mohammad Hakim bin Nasaruddin. Lawatan ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan di KMKPh.

Program Jom Baca Bersama 10 MinitPada 24 April 2026, Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10...
04/05/2026

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Pada 24 April 2026, Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Kolej Matrikulasi Kejuruteraan di Pusat Sumber. Pelajar bersama pensyarah dan juga staf KMKPh telah hadir bersama untuk menjayakan program ini. Dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pustakawan, dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Masah bin Abu Mansor, Pengarah KMKPh, semua peserta diminta membaca buku untuk 10 minit. Diikuti dengan acara ulasan buku oleh 2 orang pensyarah dan 2 orang pelajar, serta deklamasi sajak oleh seorang pelajar yang berbakat. Pusat Sumber menganugerahkan sijil dan cenderamata kepada Pengunjung dan Peminjam paling aktif mengikut kategori masing-masing, serta hadiah kepada penyampai ulasan buku dan sajak. Pengunjung bertuah juga menerima cenderahati ikhlas daripada Pusat Sumber Al-Jazari.

Pameran Portal Rujukan atas Talian
24/04/2026

Pameran Portal Rujukan atas Talian

Pameran Makanan Tradisional Pahang
27/02/2026

Pameran Makanan Tradisional Pahang

27/02/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Memandangkan 2025 telah sampai ke penghujungnya, Pusat Sumber Al-Jazari ingin memp...
30/12/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Memandangkan 2025 telah sampai ke penghujungnya, Pusat Sumber Al-Jazari ingin memperkenalkan beberapa buku yang menarik yang dijumpai/dibaca pada tahun ini.

Malangnya hanya buku 'The Girl and the Ghost' oleh Hanna Alkaf sahaja yang ada di Pusat Sumber Al-Jazari.

Buku-buku yang lain boleh didapati di kedai buku, pesta buku, online library serta perpustakaan daerah anda.

Pada 25 November 2025, Pusat Sumber Al-Jazari bersama Unit Kaunseling Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) tela...
02/12/2025

Pada 25 November 2025, Pusat Sumber Al-Jazari bersama Unit Kaunseling Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) telah mengadakan lawatan penanda aras di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM).

Pihak Kaunseling serta Pusat Sumber IPGKRM telah menyambut baik lawatan kami dan berkongsi penyelidikan dan keunikan perkhidmatan serta fasiliti mereka.

Pada 8 Julai 2025 (Selasa), Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom ke Pusat Sumber dengan objektif untuk me...
08/10/2025

Pada 8 Julai 2025 (Selasa), Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom ke Pusat Sumber dengan objektif untuk memperkenalkan pelajar sesi baru dengan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber. Aktiviti-aktiviti menarik seperti cabaran minda, dart, pameran soalan peperiksaan, kuiz dan pendaftaran u-pustaka telah diadakan dan hadiah-hadiah menarik juga disediakan kepada pemenang.

Address

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan
Maran
26400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:30 - 16:45
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 16:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber KMKPh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category