Pondok Pengajian Hj Idris

Pondok Pengajian Hj Idris Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pondok Pengajian Hj Idris, School, Lot 2941, Jalan Senggora, Kg Senggora, Maran.

Jemput datang memeriahkan kursus umrah percuma ini, Insyallah. SENGGORA/BAWANG/SERDANG/BELEMBONG/BUKIT BATU KG KU...
27/08/2022

Jemput datang memeriahkan kursus umrah percuma ini, Insyallah.
SENGGORA/BAWANG/SERDANG/BELEMBONG/BUKIT BATU KG KU...

"Apakah rukun2 umrah?"
"Apa persiapan utk ke sana, ustaz ?"
"Adakah ada denda dam jika rukun umrah tidak dibuat?"

1001 persoalan yg bermain di fikiran sebelum menjadi tetamu Allah. Penuhkan ilmu di dada dan sama2 memenuhi taman syurga dengan perkongsian ilmu dari Ustaz Khalil yg sangat berpengalaman ini. Bertemu kita nanti esok di Pondok Pengajian Hj Idris di Kg Senggora.

Butiran lengkap program tertera di poster.

"Apakah rukun2 umrah?""Apa persiapan utk ke sana, ustaz ?""Adakah ada denda dam jika rukun umrah tidak dibuat?"1001 pers...
27/08/2022

"Apakah rukun2 umrah?"
"Apa persiapan utk ke sana, ustaz ?"
"Adakah ada denda dam jika rukun umrah tidak dibuat?"

1001 persoalan yg bermain di fikiran sebelum menjadi tetamu Allah. Penuhkan ilmu di dada dan sama2 memenuhi taman syurga dengan perkongsian ilmu dari Ustaz Khalil yg sangat berpengalaman ini. Bertemu kita nanti esok di Pondok Pengajian Hj Idris di Kg Senggora.

Butiran lengkap program tertera di poster.

﷽‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ Pondok Pengajian Hj Idris memerlukan sumbangan bagi tujuan pem...
21/07/2022



‎ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pondok Pengajian Hj Idris memerlukan sumbangan bagi tujuan pemasangan tangki air tandas lelaki & wanita dan juga pembelian fire extinguisher.

Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari tuan-tuan dan puan-puan.

Nabi S.A.W bersabda,
"Apabila matinya seseorang manusia, terputuslah segala amalannya (pahala) melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya."

Pondok Pengajian Haji Idris - Sejarah Awal (Part 1)Kg Senggora sejak dari dulu terkenal dengan aktiviti pengajian agama ...
18/05/2022

Pondok Pengajian Haji Idris - Sejarah Awal (Part 1)

Kg Senggora sejak dari dulu terkenal dengan aktiviti pengajian agama dan pernah melahirkan tokoh2 agama yang terkenal aktif menyebarkan ajaran suci ini zaman berzaman. Namun, jika tidak ada usaha untuk membina satu pusat pengajian yang sistematik, di khuatiri rantaian pelapis pencinta ilmu akan terputus.

Mengambil kira faktor itu, Hj Isnari b Hj Idris, seorang teknorat yang berasal dari Kg Senggora mengambil inisiatif mencari jalan agar usaha melahirkan pusat pengajian agama yang bertapak di Kg Senggora sendiri akan tercapai. Bermula dari langkah pertama sekitar 2017, usaha mencari tapak telah dimulakan.

Tapak pertama di Durian Sebatang dikenalpasti. Namun atas faktor tanah yang agak berbatu batu dan agak berlokasi agak tinggi, keputusan telah diambil agar usaha pembinaan ditangguhkan.

Takdir Allah telah tertulis, setelah bertahun2 usaha tidak mengenal jemu mencari tapak, seorang hamba Allah, anak jati Kg Senggora sendiri bersedia menjual tapak tanah beliau bagi memberi ruang kepada usaha murni ini.

Tapak kedua ini terletak betul2 jika dari Maran, masuk ke lorong kanan dari rumah Awang Gayah. Terus masuk ke dalam sekitar 5 minit. Dan dari situ kita akan nampak tersergam indah bangunan Pondok Pengajian Haji Idris ini.

Jika di ambil kira sejarah pembinaan nya, ia tidak semudah yang disangkakan. Proses demi proses dirangka secara sistematik oleh pengurus projek iaitu, saudara Sapendi b Jaafar. Kemuncak ujian apabila infrastruktur masjid utama perlu disiapkan sebelum 1 Syawal 1443H dan jumlah kerja2 tertunggak masih tinggi berbaki. Kerja pembinaan p**a perlu disegerakan walaupun sudah memasuki pertengahan Ramadan.

Jadi, berkat Ramadan, usaha yang dianggap mustahil pada mulanya, akhirnya dengan izin Allah dan usaha sungguh2 mereka yang terlibat, maka 2 hari menjelang Syawal, tersergam indah masjid utama iaitu mercu tanda Pondok Pengajian ini berdiri megah. Dewan utama solat ini mampu menampung sehingga 500 jemaah pada satu masa. Fungsi utama setakat ini adalah solat berjemaah yang diimamkan oleh imam tetap dan program pengajian Fardu Ain asas. Ia ternyata amat selesa dan mempunyai standard sama seperti masjid2 lain.

Jadi, apa program yang terdapat di pondok ini ? Nantikan butiran pada Part 2.

Jawatan Kosong Diperlukan Segera!Pondok Pengajian Hj IdrisPenyelia Madrasah(1 Kekosongan)Hantar resume ke P.pengajianhji...
10/05/2022

Jawatan Kosong Diperlukan Segera!

Pondok Pengajian Hj Idris

Penyelia Madrasah
(1 Kekosongan)

Hantar resume ke [email protected]
dan telefon 09-477 7229 (Pn Intan)

08/05/2022

Sekitar solat Aidilfitri di Pondok Pengajian Hj Idris pada 1 syawal ini. Alhamdulillah syukur diberikan kesempatan dan ruang oleh Allah S.W.T untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri

Solat sunat Aidilfitri disempurnakan oleh Imam Zainal dan khutbah disampaikan oleh Ustaz Ikram

Pihak Pondok Pengajian Hj Idris mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidin Wal Faizin..

"..تقبل الله منا ومنكم، تقبل يا كريم.."

Terima kasih buat semua yang sudah memakmurkan & mengimarahkan Surau Pondok Pengajian Hj Idris kita ini.

Address

Lot 2941, Jalan Senggora, Kg Senggora
Maran
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Pengajian Hj Idris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pondok Pengajian Hj Idris:

Shortcuts

Share

Category