26/04/2026
𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭, 𝗠𝗔𝗗𝗥𝗔𝗦𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗡𝗗𝗢𝗞 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱
KUANTAN, 26 April 2026 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 146 orang pelajar serta pihak pengurusan Maahad Tahfiz, madrasah dan pondok atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Paduka Baginda berdua bertitah, kejayaan ini mencerminkan kesungguhan, ketekunan serta komitmen tinggi para pelajar dalam menuntut ilmu, di samping dedikasi para guru dan pengurusan institusi yang tidak jemu mendidik serta membimbing ke arah kecemerlangan.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian ini yang membuktikan bahawa institusi pendidikan Islam terus mampu melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar kesemua pelajar terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan, serta sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Sesungguhnya kejayaan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada seluruh pelajar untuk terus berusaha dengan penuh iltizam dalam mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. -KESULTANAN PAHANG
————
HRH THE SULTAN OF PAHANG AND HRH THE TENGKU AMPUAN OF PAHANG EXTEND CONGRATULATIONS TO OUTSTANDING MAAHAD TAHFIZ, MADRASAH AND PONDOK STUDENTS IN SPM 2025
KUANTAN, April 26, 2026 – His Royal Highness the Sultan of Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, and Her Royal Highness the Tengku Ampuan of Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj conveyed their highest congratulations to 146 students as well as the management of Maahad Tahfiz, madrasah and pondok institutions on their outstanding achievement in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 examination.
Their Royal Highnesses remarked that this success reflects the students’ diligence, perseverance and strong commitment in pursuing knowledge, alongside the unwavering dedication of teachers and institutional management in educating and guiding them towards excellence.
Their Royal Highnesses also expressed pride in this achievement, which demonstrates that Islamic educational institutions continue to produce knowledgeable, virtuous and competitive generations.
Their Royal Highnesses pray that all students will continue to achieve even greater success in the future, and be constantly blessed and granted ease in their pursuit of knowledge and in contributing to religion, nation and country.
Indeed, this success is hoped to serve as a catalyst of inspiration for all students to strive with determination towards excellence in this world and the hereafter. -KESULTANAN PAHANG