24/09/2025
S M A R T T V @ M T A D H
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, MTADH menerima sumbangan sebuah Smart TV daripada seorang penginfaq yang memilih untuk tidak dikenali umum pada 5 Julai 2025.
TV ini dimanfaatkan setiap minggu oleh para pelajar tahfiz untuk pelbagai kegunaan seperti kelas Fardhu Ain, latihan tarannum dan azan serta sesi perkongsian ilmu kesejahteraan. Sumbangan ini amat besar maknanya dalam menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif.
Semoga Allah melimpahkan ganjaran berlipat ganda buat penginfaq, serta semua yang turut menyokong perjalanan pendidikan di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda.