PIBG SK Mantin

Call Directions

PIBG SK Mantin Medium perantaraan untuk perkongsian maklumat antara ibubapa/penjaga, murid-murid dan warga kerja SK

πŸ“šπŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS NUR ARIANA ARISSA! πŸŒŸπŸ“š Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Ariana Arissa binti Mo...
21/09/2026

πŸ“šπŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS NUR ARIANA ARISSA! πŸŒŸπŸ“š


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Ariana Arissa binti Mohd Razi 5 UKM SK Mantin atas penyertaan dalam Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

Penyertaan ini amat bermakna kerana ia bukan sekadar menyertai sebuah pertandingan, malah menjadi bukti bahawa budaya membaca dan kecintaan terhadap ilmu bermula dari rumah. Ruang bacaan yang diwujudkan oleh keluarga menjadi satu usaha yang sangat baik dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif, menarik dan kondusif untuk anak-anak.

Tahniah dan penghargaan juga buat ayah dan ibu Nur Ariana Arissa atas sokongan, dorongan serta komitmen dalam membimbing anak dan bersama-sama menyemai budaya membaca dalam keluarga. Sesungguhnya, sokongan ibu bapa merupakan antara kunci penting dalam membentuk anak-anak yang berilmu, berdaya saing dan mempunyai kecintaan terhadap ilmu pengetahuan.

Semoga usaha dan penyertaan Nur Ariana Arissa sekeluarga ini dapat menjadi inspirasi dan contoh kepada keluarga-keluarga lain di SK Mantin untuk turut menyediakan ruang bacaan di rumah masing-masing, walaupun sederhana. Yang paling utama bukanlah besar atau cantiknya ruang tersebut, tetapi usaha untuk mewujudkan budaya membaca dalam keluarga.

Mudah-mudahan daripada sebuah ruang kecil di rumah, lahir minda yang besar, impian yang tinggi dan generasi yang cintakan ilmu. πŸ“–βœ¨

Tahniah Nur Ariana Arissa & Ayahanda Bonda!
Teruskan menjadi inspirasi buat warga SK Mantin.

πŸ“š Keluarga Membaca, Anak Berilmu, Sekolah Cemerlang.
❀️ Membaca Bersama, Membina Masa Depan Bersama.

*PIBG SK MANTIN*
https://www.facebook.com/share/19dpGhS4zn/

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera buat YBhg. Ibu Bapa dan Penjaga SK Mantin yang dihormati,K...
17/09/2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera buat YBhg. Ibu Bapa dan Penjaga SK Mantin yang dihormati,

KEMPEN INFAQ & SEDEKAH JUMAAT TABUNG PIBG SK MANTIN

"Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya..." (Surah Saba’: 39)

Mari bersama-sama meraih keberkatan hari Jumaat dengan menyumbang ke Tabung PIBG SK Mantin bagi menyokong pembangunan dan kebajikan anak-anak kita.

Butiran Kutipan Infaq Jumaat:
Tarikh / Hari: Esok (Hari Jumaat)
Masa Kutipan: 6:30 pagi – 1:00 petang

Maklumat Transaksi / Sumbangan:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 0050-8230-4277
Nama Akaun: PIBG SEK KEBANGSAAN PUSAT MTN

Peringatan Mesra:
Sila masukkan Catatan / Reference: Infaq Jumaat semasa membuat transaksi online.

Setiap ringgit yang diinfaqkan amat bermakna buat kecemerlangan dan keselesaan anak-anak SK Mantin. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan Tuan/Puan. Semoga Allah SWT melipatgandakan rezeki dan ganjaran pahala buat kita sekeluarga.

Jazakallah Khair.

Anjuran:
PIBG SK Mantin

πŸ“’ *MAKLUMAN PENANGGUHAN KARNIVAL GENERASI MADANI SK MANTIN 2026*Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa *...
07/09/2026

πŸ“’ *MAKLUMAN PENANGGUHAN KARNIVAL GENERASI MADANI SK MANTIN 2026*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa *Karnival Generasi MADANI 2026* yang telah dirancang untuk diadakan pada *12.09.2026* terpaksa *DITANGGUHKAN* berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan serta bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua warga sekolah, murid, ibu bapa dan pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon maaf atas segala kesulitan dan perubahan yang berlaku.

πŸ“Œ Tarikh baharu pelaksanaan karnival akan dimaklumkan kemudian setelah mengambil kira keadaan cuaca dan kesesuaian semua pihak.

Kerjasama, perhatian dan sokongan semua pihak amatlah dihargai. Semoga segala perancangan yang telah disusun dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan selamat pada tarikh yang akan ditetapkan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

🌟 Karnival Generasi MADANI 2026
*_β€œMembina Generasi, Mencipta Aspirasi”_*

π˜Όπ™¨π™¨π™–π™‘π™–π™’π™’π™ͺπ™–π™‘π™–π™žπ™ π™ͺ𝙒 𝙬𝙗𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙑𝙖𝙒 π™¨π™šπ™Ÿπ™–π™π™©π™šπ™§π™–. *π™Žπ™€π™ˆπ™π˜Ό π™„π˜½π™ π˜½π˜Όπ™‹π˜Ό,π™‹π™€π™‰π˜Ώπ™π˜Ώπ™π™† π™Žπ™€π™†π™„π™π˜Όπ™ π™ˆπ˜Όπ™‰π™π™„π™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π™ƒπ˜Όπ™ˆπ™‹π™„π™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ™„π™…π™€π™ˆπ™‹π™π™ π™ƒπ˜Όπ˜Ώπ™„π™ π˜½π˜Όπ™‚π™„ π™ˆπ™€...
05/09/2026

π˜Όπ™¨π™¨π™–π™‘π™–π™’π™’π™ͺπ™–π™‘π™–π™žπ™ π™ͺ𝙒 𝙬𝙗𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙑𝙖𝙒 π™¨π™šπ™Ÿπ™–π™π™©π™šπ™§π™–.

*π™Žπ™€π™ˆπ™π˜Ό π™„π˜½π™ π˜½π˜Όπ™‹π˜Ό,π™‹π™€π™‰π˜Ώπ™π˜Ώπ™π™† π™Žπ™€π™†π™„π™π˜Όπ™ π™ˆπ˜Όπ™‰π™π™„π™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π™ƒπ˜Όπ™ˆπ™‹π™„π™π˜Όπ™‰ π˜Ώπ™„π™…π™€π™ˆπ™‹π™π™
π™ƒπ˜Όπ˜Ώπ™„π™ π˜½π˜Όπ™‚π™„ π™ˆπ™€π™‰π™…π˜Όπ™”π˜Όπ™†π˜Όπ™‰*
πŸ‘‡

*KARNIVAL GENERASI MADANI*
*SK MANTIN 2026*

πŸ—“οΈ 12 September 2026 (Sabtu)
πŸ•— 8.00 pagi - 2.00 petang
πŸ“SK Mantin

π™‹π™€π™‡π˜½π˜Όπ™‚π˜Όπ™„ π˜Όπ™†π™π™„π™‘π™„π™π™„ π™ˆπ™€π™‰π˜Όπ™π™„π™†
π™‚π™€π™π˜Όπ™„-π™‚π™€π™π˜Όπ™„ π™…π™π˜Όπ™‡π˜Όπ™‰ 🧁🍰🍧🍑
π˜½π™Šπ™Šπ™π™ƒ-π˜½π™Šπ™Šπ™π™ƒ π˜Ώπ˜Όπ™π™„ π™‹π™€π™‡π˜½π˜Όπ™‚π˜Όπ™„ π˜Όπ™‚π™€π™‰π™Žπ™„ π˜Ώπ™„π˜Ώπ˜Όπ™π˜Όπ™‰π™‚π™†π˜Όπ™‰ π™†π™ƒπ˜Όπ™Ž 𝙆𝙀 π™Žπ™€π™ˆπ˜Όπ™‰π™€π™Ž.

π™…π™Šπ™ˆ π˜Ώπ˜Όπ™π˜Όπ™‰π™‚ π˜½π™€π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™„-π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™„

Harap maklum dan terima kasih.
_
_

Kepada semua , PIBG SK Mantin  memohon doa anda  buat Suami kepada guru anak-anak kita  di Sek Kebangsaan Mantin.Doa aga...
04/09/2026

Kepada semua , PIBG SK Mantin memohon doa anda buat Suami kepada guru anak-anak kita di Sek Kebangsaan Mantin.

Doa agar suami beliau selamat dan cuma terputus komunikasi sahaja.

Semoga keluarga Cikgu Aziela kuat dan tabah menghadapi Ujian ini.

Semoga Allah Hadirkan khabar gembira buat mereka sekeluarga.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 69   Untuk seluruh warga Sk MantinSempena Hari bersejarah Negara ini dan cuti seko...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 69

Untuk seluruh warga Sk Mantin

Sempena Hari bersejarah Negara ini dan cuti sekolah, bersama-samalah kita menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Manfaatkan cuti sekolah dengan sebaik-baiknya bersama-sama keluarga.
Lakukan aktiviti berfaedah yang memberi seribu kenangan manis.

Yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.
Jaga kesihatan diri.

Kembalilah ke sekolah dengan semangat baru,cergas, sihat dan selamat.

SALAM MERDEKA DARI KAMI
Barisan jawatankuasa PIBG SK Mantin

TERUS KAN MENGUKIR KEJAYAAN   KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNS 202624,26-28 OGOS 2026 | STAR, ParoiAlhamdulillah. Tamatlah sudah...
30/08/2026

TERUS KAN MENGUKIR KEJAYAAN


KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNS 2026
24,26-28 OGOS 2026 | STAR, Paroi

Alhamdulillah. Tamatlah sudah perjuangan anak-anak SeMaNeS di pentas Kejohanan Olahraga MSSNS tahun 2026. Tahniah dan syabas buat ketiga-tiga atlet yang terlibat mewakili MSSD Seremban 1.

Pencapaian Atlet SeMaNeS :
πŸ₯‡2000m Jalan Kaki LT
Mohammed Azan bin Mohamed Rezak

πŸ₯‡πŸ₯‡4X100M L12
Ammar Qayyum bin Norhaizu
Muhammad Qayeed Qushayyi bin Khairul Anuar

πŸ₯‡Lompat Tinggi L12
Muhammad Qayeed Qushayyi bin Khairul Anuar
RB : 1.62m (Pecah Rekod 26 tahun)

πŸ†Pasukan Terbaik L12

πŸ†Peserta Terbaik L12
Muhammad Qayeed Qushayyi bin Khairul Anuar

πŸ†Johan Keseluruhan (MSSD Seremban 1)

βœ…Layak secara merit ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 πŸ“PAHANG
Muhammad Qayeed Qushayyi bin Khairul Anuar (Lompat Tinggi L12)

Terima kasih kepada Pengurus Pasukan, Cikgu Siti Zaidah yang banyak membantu dari segi pengurusan borang dan pendaftaran atlet.

Terima kasih barisan pentadbir, PIBG, Team Projek Gemilang Olahraga SeMaNeS, Guru-guru dan warga SeMaNeS yang sentiasa memberikan sokongan buat pasukan ini terus melakar kejayaan.

Semua Atlet telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kejohanan ini berlangsung dan berjaya membawa pulang pingat untuk kita.

Teruskan mengejar impianmu. Jangan pernah menyerah!


Officialy Sign off πŸ‘‹πŸ»
Sir Fikri
Coach SeMaNeS Athletics

بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…ΩπŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™PIBG SK Mantin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur...
24/08/2026

بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω
πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H πŸŒ™

PIBG SK Mantin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga SK Mantin.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta mencontohi akhlak mulia, sifat penyayang, amanah dan kasih sayang yang telah Baginda tunjukkan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

🌹 Salam Maulidur Rasul daripada PIBG SK Mantin 🌹

Updated keputusan dari STAR, Paroi*Kejohanan Olahraga MSSNS 2026**TAHNIAH & SYABAS*Champion (Gold medalπŸ₯‡)Mohamed Azan bi...
24/08/2026

Updated keputusan dari STAR, Paroi

*Kejohanan Olahraga MSSNS 2026*

*TAHNIAH & SYABAS*

Champion (Gold medalπŸ₯‡)
Mohamed Azan bin Mohamed Rezak (MSSD S1)
2000m Jalan Kaki Terbuka (Rendah)
Catatan masa : 10:47:55s



*πŸ“£ HEBAHAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL & KEM BESTARI SOLAT πŸŒ™βœ¨*🍚MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA PIBG SK Mantin 🍚Assalamua...
21/08/2026

*πŸ“£ HEBAHAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL & KEM BESTARI SOLAT πŸŒ™βœ¨*

🍚MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA PIBG SK Mantin 🍚

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah & Kem Bestari Solat akan diadakan:

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026
πŸ“† Hari: Sabtu

_*🌟 AKTIVITI MURID*_
πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» Murid Tahap 2
β€’ πŸ•Œ Perarakan Maulidul Rasul
β€’ 🎀 Ceramah Penghayatan Kelahiran Nabi ο·Ί

πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» Murid Tahap 1
β€’ πŸ“– Kem Bestari Solat

πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ»Murid Moral
Murid moral - pengisian aktiviti bersama guru bukan beragama Islam

_*πŸ‘• PAKAIAN*_
β€’ πŸ§‘πŸ» Murid beragama Islam: Baju Melayu (L) / Baju Kurung (P)
β€’ 🌺 Murid bukan beragama Islam: Baju kebudayaan masing-masing

_*πŸ“Œ PERHATIAN:*_
Kehadiran murid pada Sabtu, 22 Ogos 2026 adalah WAJIB kerana pihak sekolah telah menetapkan Cuti Peristiwa pada Isnin, 24 Ogos 2026 sempena pelaksanaan program ini.

Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak hadir seperti yang ditetapkan.

Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua. 🌷

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN MANTIN
Mantin
71700

Telephone

+6067581264

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Mantin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category