SKR KKBBM

SKR KKBBM Program Sijil Teknologi Automotif
Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka

MELANGKAH KEDUDUKAN DUNIA KEUSAHAWANAN TVET!⭐️Syabas dan tahniah diucapkan kepada Navin Kumar Chong dan Gokul Rao A/L Lo...
22/08/2026

MELANGKAH KEDUDUKAN DUNIA KEUSAHAWANAN TVET!

⭐️Syabas dan tahniah diucapkan kepada Navin Kumar Chong dan Gokul Rao A/L Logeswaran dari Kelas 3A kerana telah resmi berdaftar perniagaan dengan SSM Melaka di MITC!

❤️Langkah berani ini tidak mungkin tercapai tanpa bimbingan berterusan daripada mentor usahawan kami yang berdedikasi, En. Yuzair Yaakub.
Bagi Navin dan Gokul, pendaftaran ini bukan sekadar sehelai sijil perniagaan. Ia adalah titik permulaan bagi sebuah pengembaraan yang mencabar, menuntut ketahanan mental, kreativiti, dan semangat pantang menyerah dalam menempuhi arus cabaran sebagai usahawan TVET masa kini.

"Kejayaan bukan milik mereka yang selesa di zon selesa, tetapi milik mereka yang berani mengambil langkah pertama."

Doakan agar perjalanan perniagaan anak-anak muda ini dipermudahkan, terus berkembang maju, dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan seinstitusi yang lain untuk turut berani membina masa depan sendiri! 💪🔥

Menimba Ilmu, Melangkah Jauh: Semangat Usahawan Inkubator SAU!✅Kejayaan tidak datang kepada mereka yang menunggu, tetapi...
22/08/2026

Menimba Ilmu, Melangkah Jauh: Semangat Usahawan Inkubator SAU!

✅Kejayaan tidak datang kepada mereka yang menunggu, tetapi kepada mereka yang terus belajar dan bertindak!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada dua pelajar penuntut kelas SAU 3A dari Inkubator Usahawan SAU iaitu Navin Kumar Chong dan Gokul Rao A/L Logeswaran atas komitmen meluangkan masa menyertai kursus "Asas Usahawan Tembusi Bisnes dengan Jabatan Kerajaan" di bawah bimbingan mentor hebat, En. Yuzair Yaakub.

Langkah kecil hari ini adalah persediaan besar untuk menembusi pasaran yang lebih luas, termasuklah peluang keemasan menjadi pembekal kepada agensi kerajaan melalui sistem ePerolehan dan pendaftaran CIDB.

"Ilmu perniagaan adalah pelaburan terbaik untuk mengubah masa depan bisnes."

Semoga pengalaman dan ilmu baru yang diraih ini menjadi pencetus semangat untuk Navin, Gokul, dan rakan-rakan lain terus maju, berdaya saing, serta berjaya dalam dunia keusahawanan! 💪🔥

Bukan sekadar di bengkel, anak-anak muda TVET kita terus melangkah jauh! 🚗🔧Sempena Program Transformasi Kerjaya & Pernia...
22/08/2026

Bukan sekadar di bengkel, anak-anak muda TVET kita terus melangkah jauh! 🚗🔧

Sempena Program Transformasi Kerjaya & Perniagaan melalui SPKM di Dewan Seminar DPMM Melaka baru-baru ini, dua pelapis berbakat daripada program Sijil Teknologi Automotif yang juga merupakan barisan pelajar Inkubator Usahawan SAU (usahawan & Green Automotive Workshop ), iaitu Navin Kumar Chong dan Gokul Rao A/L Logeswaran (Kelas 3A) bersama hadir mentor usahawan pensyarah en yuzair yaakub.

Kehadiran mereka bukan sekadar mengiringi, malah memainkan peranan penting membantu melancarkan program serta berinteraksi secara langsung dengan komuniti industri dan perniagaan. Inilah matlamat utama kita: melahirkan graduan Sijil Teknologi Automotif yang bukan sahaja kukuh kepakaran teknikal di lantai bengkel, malah berjiwa usahawan, berdaya saing, dan bersedia mendepani pasaran kerjaya masa depan.

Syabas dan tahniah kepada Navin dan Gokul atas komitmen luar biasa! Teruskan membakar semangat untuk menjadi usahawan automotif yang berkaliber. 💡💪

📢 SESI TAKLIMAT PROGRAM INTERVENSI KEBOLEHPASARAN GRADUAN🚗⚡ IMI International Award in Electric and Hybrid Vehicle Level...
19/08/2026

📢 SESI TAKLIMAT PROGRAM INTERVENSI KEBOLEHPASARAN GRADUAN

🚗⚡ IMI International Award in Electric and Hybrid Vehicle Level 3

Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka telah mengadakan Sesi Taklimat Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan secara dalam talian yang melibatkan 10 orang pelajar terpilih daripada Sijil Teknologi Automotif (SAU).

🎯 Sesi taklimat ini bertujuan memberikan penerangan kepada pelajar berkaitan peluang mengikuti program pensijilan IMI International Award in Electric and Hybrid Vehicle Level 3, serta hala tuju kerjaya dalam bidang teknologi kenderaan elektrik (EV) dan hibrid.

👨‍🏫 Taklimat telah disampaikan oleh:

🔹 Ts. Mohd Hisham Mokhtar
🔹 Mr. Joe – Wakil ACC Skill
🔹 En. Mohsen – Pegawai Latihan Industri
⭐️8 pensyarah SAU

🕣 Masa: 18.8.2026 rabu 8.30 malam – 10.00 malam
💻 Platform: Dalam Talian
👨‍🎓 Peserta: 10 orang pelajar terpilih Sijil Teknologi Automotif

Antara perkara yang diberikan penekanan ialah peluang pensijilan, keperluan industri EV & Hybrid, prospek kerjaya serta persediaan pelajar untuk memasuki alam pekerjaan.

💼 Daripada kemahiran kepada kerjaya!
🚗 Daripada pembelajaran kepada industri!
⚡ Membina tenaga kerja TVET yang kompeten dalam teknologi EV & Hybrid!

Semoga sesi ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kompetensi, mendapatkan pensijilan profesional dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan Sijil Teknologi Automotif.












Kempen Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan oleh pelajar SAU di kawasan bengkel sebagai salah satu usaha menyemarakka...
19/08/2026

Kempen Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan oleh pelajar SAU di kawasan bengkel sebagai salah satu usaha menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena Bulan Kebangsaan 2026.
Program ini melibatkan pelajar mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan bengkel serta menyampaikan mesej berkaitan kepentingan menghargai kemerdekaan, memupuk semangat perpaduan dan menanam rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Aktiviti berlangsung dalam suasana yang meriah dan mendapat penyertaan serta kerjasama yang baik daripada para pelajar. Kempen ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap tanggungjawab mereka dalam mengekalkan keharmonian, perpaduan dan kemajuan negara.

🏆 KEPUTUSAN RASMI POLYCCSKILLS 2026 – BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOBIL (KATEGORI PELAJAR)Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tah...
06/08/2026

🏆 KEPUTUSAN RASMI POLYCCSKILLS 2026 – BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOBIL (KATEGORI PELAJAR)

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Idham Bin Osman, pelajar Sijil Teknologi Automotif (SAU) Semester 3, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) atas pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih Tempat Ke-5 Keseluruhan dalam Pertandingan POLYCCSKILLS Bidang Teknologi Automobil 2026 (Kategori Pelajar).

📍 Lokasi: Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah
📅 Tarikh: 20 – 22 Julai 2026
🏅 Kedudukan: Tempat Ke-5 Keseluruhan

Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi, ketekunan berlatih serta komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar bersama pasukan jurulatih. Walaupun persaingan amat sengit melibatkan peserta terbaik dari seluruh negara, kejayaan berada dalam kelompok lima terbaik membuktikan keupayaan dan kualiti pelajar TVET KKBBM.

Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada barisan jurulatih, pengurusan Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan doa sepanjang persediaan serta pertandingan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi dan melahirkan lebih ramai graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi serta mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas Muhammad Idham Bin Osman! Teruskan melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama KKBBM serta POLYCC. 💙💛

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Program Tek...
31/07/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Program Teknologi Automotif, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka yang telah LULUS AKREDITASI PENUH MBOT berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi Bil. 8/2026 bertarikh 29 Julai 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga Program Teknologi Automotif, pihak pengurusan kolej serta sokongan padu daripada semua pihak yang sentiasa berusaha memastikan kualiti pendidikan TVET berada pada tahap terbaik.

Akreditasi penuh ini membuktikan bahawa program yang ditawarkan memenuhi standard profesional yang ditetapkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), sekali gus meningkatkan keyakinan industri terhadap graduan yang dilahirkan.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan graduan TVET yang kompeten, berintegriti, berdaya saing dan bersedia menghadapi revolusi teknologi automotif, termasuk kenderaan elektrik (EV) dan teknologi masa hadapan.

Tahniah kepada semua pensyarah, kakitangan, pelajar, alumni, rakan industri dan seluruh warga KKBBM yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Komited. Kompeten. Berdaya Saing. Melahirkan Technical Professional TVET. 💙💛

📢 HEBAHAN PELUANG PEKERJAAN UNTUK ALUMNI SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF KKBBM 🚗🔧🎯 JOM INTERVIEW! Peluang kerjaya dalam indust...
25/07/2026

📢 HEBAHAN PELUANG PEKERJAAN UNTUK ALUMNI SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF KKBBM 🚗🔧

🎯 JOM INTERVIEW! Peluang kerjaya dalam industri automotif kini dibuka di PEPS-JV (Melaka) Sdn. Bhd.

Jawatan ditawarkan:
✅ Associate Assembly
✅ Warehouse Assistant
✅ Quality Inspector

📅 Tarikh: 25–26 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)
🕐 Masa: 1.00 petang – 5.00 petang
📍 Lokasi: PEPS-JV (Melaka) Sdn. Bhd., Pegoh, Alor Gajah, Melaka

📄 Sila bawa:

* Resume terkini
* Kad Pengenalan
* Salinan sijil dan dokumen berkaitan

💼 Kepada semua alumni Sijil Teknologi Automotif KKBBM, inilah peluang anda untuk memulakan atau mengembangkan kerjaya dalam industri automotif yang sedang pesat berkembang.

🎓 TVET Automotif KKBBM bukan sekadar memberi ilmu dan kemahiran, malah membuka laluan kepada peluang pekerjaan sebenar melalui jaringan kerjasama erat bersama pihak industri. Inilah bukti bahawa graduan TVET sentiasa mendapat permintaan dalam pasaran kerja.

💪 Jangan lepaskan peluang ini! Hadir, tunjukkan kemampuan anda dan bina kerjaya bersama industri automotif.

“Kemahiran Membina Kerjaya, TVET Menjana Masa Depan.”

TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA ENTITI PERNIAGAAN OLEH SSM MELAKA-21.7.2026Satu langkah ke hadapan dalam mempersiapkan genera...
22/07/2026

TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA ENTITI PERNIAGAAN OLEH SSM MELAKA-21.7.2026

Satu langkah ke hadapan dalam mempersiapkan generasi usahawan teknikal automotif penglibatan 10 pelajar SAU dan 20 pelajar KKBBM.

Warga pelatih Sijil Teknologi Automotif telah berpeluang menyertai sesi Taklimat Pengenalan Kepada Entiti Perniagaan yang disampaikan khas oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Melaka.

Lebih istimewa, sesi ini turut menyerlahkan lagi sokongan pihak berkuasa apabila disempurnakan dengan kehadiran Tuan Mohd Fassli Bin Esa Pengarah SSM Negeri Melaka sendiri. Pendedahan ini amat penting bagi memberi kefahaman awal kepada para pelajar mengenai aspek pendaftaran perniagaan, pematuhan undang-undang, serta hala tuju kerjaya sebagai bakal usahawan automotif yang berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SSM Negeri Melaka serta Tuan Pengarah atas kesudian meluangkan masa, ilmu, dan perkongsian yang sangat bermakna ini.

21 JULAI 2026SELESAI MISI DI POLYCC SKILLS 2026! 🔥​Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen Sijil Teknologi Automot...
22/07/2026

21 JULAI 2026

SELESAI MISI DI POLYCC SKILLS 2026! 🔥

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen Sijil Teknologi Automotif (SAU) Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBBM) yang telah selesai berjuang dalam Pertandingan POLYCC Skills 2026 – Bidang Automobile Technology yang berlangsung di Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah!
​Menggalas cabaran utama KKBBM ialah Muhammad Idham bin Osman, pelajar Program Sijil Teknologi Automotif (Semester 3), dibantu oleh Muhammad Hafiz bin Mahrizal selaku Krew Teknikal Pelajar.
​Kejayaan ini juga berkat dedikasi, bimbingan dan kepimpinan para pengurus dan jurulatih hebat KKBBM:

👨‍🏫 En. Badron Izani bin Abu Bakar
👨‍🏫 En. Mohd Taufik bin Rahmat

​Pertandingan ini bukan sekadar menguji kemahiran teknikal dan pembaikan, malah menuntut ketelitian, disiplin tinggi serta kesabaran di pentas persaingan. Kalian telah membuktikan bahawa warga KKBBM mampu bersaing dan memberikan persembahan yang terbaik!
​Terima kasih atas segala usaha keras, pengorbanan masa dan keringat yang dicurahkan. Apapun keputusannya, anda semua sudah menjadi kebanggaan warga KKBBM! 🏆💪

​BERANI • BERILMU • BERJAYA






Address

No. 23, Jalan BBI 1, Taman Bukit Beruang Indah
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKR KKBBM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category