12/07/2024
Pada 10 Mei 2024, seramai 2 orang pensyarah MiCoST dari Fakulti Pengurusan & Perniagaan dan Pusat Pengajian Teras iaitu Fatma Zura binti Khairudin dan Noor Hanisah binti Mohd Gazali telah menyertai satu inovasi anjuran RR Technology Solutions, DIGIT360, UiTM Startup Company dan Indonesian Young Scientist Association (IYSA) di bawah inovasi Malaysia Invention & Innovation (MIIX) telah memperoleh Bronze Medal.
Inovasi yang bertajuk ‘Mind of Mathematics’ (MoM) menekankan tentang kaedah pengiraan matematik yang lebih mudah untuk pelajar. Inovasi MoM ini berkonsepkan permainan dalam bidang matematik yang menawarkan markah dan ganjaran kepada pelajar yang aktif dalam penglibatan semasa pembelajaran dilakukan. Analisa penilaian data sebelum dan selepas memberikan peningkatan dalam pembelajaran kendiri. Diharap dengan penglibatan ini dapat meningkatkan kualiti RnD di MiCoST.