25/02/2026
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” 🤍
Bukan sekadar doa di bibir,
tetapi harapan agar hati sentiasa teguh walau diuji.
Semoga Allah kurniakan kita istiqamah hingga ke akhir hayat. 🕋✨
24/02/2026
Serahkan segalanya pada Allah. Jika itu baik untukmu, pasti akan sampai tepat pada waktunya. 🌿
23/02/2026
Keistimewaan bulan Ramadan 🌙✨
Bulan penuh rahmat dan keberkatan.
Di bulan inilah Al-Quran diturunkan, hadirnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan, pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup.
Setiap amalan dilipat gandakan pahalanya, doa-doa diangkat dan diijabah, serta terbuka luas pintu keampunan buat hamba yang ingin kembali kepada-Nya.
Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih taat dan bertakwa 🤍
20/02/2026
Lafaz Niat Puasa Ramadan 🤍🌙
Jangan lupa perbaharui niat setiap malam.
Niat yang ikhlas kerana Allah Ta’ala menjadi asas kepada sahnya ibadah puasa kita.
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna, lebih khusyuk dan penuh keberkatan buat kita semua. ✨
18/02/2026
Marhaban Ya Ramadhan 1447H 🌙
Bulan penuh rahmat kembali menyapa. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa yang lalu dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya. Aamiin 🤍
16/02/2026
🌙 Ramadan semakin menghampiri… hati mula terasa rindu pada suasana tarawih, alunan ayat suci dan doa-doa yang dipanjatkan di sepertiga malam. Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadan kali ini dalam keadaan sihat, penuh iman dan bersedia memperbaiki diri. Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan penuh rahmat dan keampunan ini. 🤍
16/02/2026
Tinggal 3 hari lagi sebelum Ramadhan menjelma…
Entah sempat atau tidak kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini.
Semoga Allah pilih kita sebagai tetamu-Nya.
Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan yang benar-benar kekal dalam hidup kita. 🌙🤍
14/02/2026
Ramadan semakin dekat – 5 hari lagi!
Semoga kita bukan sekadar berpuasa, tapi juga berubah menjadi lebih baik.
13/02/2026
“Salam Jumaat 🤍 Jangan lupa perbanyakkan selawat, baca Surah Al-Kahfi dan doa di hari yang penuh barakah ini. Semoga setiap langkah kita hari ini dihitung sebagai ibadah. ”
13/02/2026
“6 hari je lagi nak puasa! 😍✨
Dah ready mental, fizikal & stok kurma?
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya 🤲”