24/09/2024
Buku Interaktif untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) : Cipta Pengalaman Pembelajaran Lebih Menarik!
Pernah dengar pasal www.inklewriter.com? Kalau belum, jom saya kongsi sikit! Inklewriter ni platform percuma yang kita boleh guna untuk cipta buku interaktif – sesuai untuk buku cerita, bahan pembelajaran, atau apa saja subjek yang kita ajar. Nak guna pun senang, ikut je tutorial yang disediakan.
Kalau ajar subjek macam sejarah, matematik, atau sains, boleh buat buku interaktif yang menarik. Contoh, dalam sains, pelajar boleh buat keputusan sendiri dalam eksperimen dan tengok hasilnya. Dalam matematik p**a, mereka boleh pilih langkah penyelesaian dan terus tahu betul atau salah.
Saya sendiri dah buat buku interaktif bertajuk Mr Rasyid’s Leadership Journey untuk kursus Kepimpinan Pendidikan yang saya ajar. Dalam Path and Goal Theory, ada 4 gaya kepimpinan. Pelajar akan ikuti perjalanan Encik Rasyid sebagai pengetua baru di sekolah, di mana beliau perlu selesaikan 4 situasi berbeza. Setiap situasi ada 4 gaya penyelesaian: Directive, Supportive, Participative, atau Achievement-oriented. Setiap keputusan ada akibat dan pengakhirannya. Pelajar akan faham konsep gaya kepimpinan ini dengan lebih mendalam melalui 16 penyelesaian yang ditawarkan.
Buku interaktif ni sangat sesuai untuk aktiviti pengukuhan untuk sesuatu konsep yang kita ajar pelajar. Nak cuba bantu Encik Rasyid buat keputusan? Klik link ni! 👇
https://www.inklewriter.com/stories/222162