26/05/2026
Kelas Membaca DKidzz Melaka
Menawarkan perkhidmatan tuisyen kelas membaca menggunakan teknik pantas Kaedah Membaca Ekspres-i
26/05/2026
15/05/2026
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru seluruh Malaysia...
Semoga kekal bersemangat mencurah ilmu...
Terus pacu niat dan istiqamah kerana Allah...
Moga beroleh pahala mengalir di atas semua pengorbanan dan segala lelah... Aamiin...🤲
Tips dari Ustaz Adi Hidayat untuk cepat menghafaz Al Quran...
Boleh juga praktik dalam apa jua cabang ilmu...
𝐌𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓, 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑 & 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐂𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍
Tips ini sama dengan cara pembelajaran yang dipraktik di dalam Kelas Membaca DKidzz menggunakan Kaedah Membaca Ekspres-i...
Pertama : 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭
➡️ Pengecaman suku kata dilakukan melalui klu bergambar dan teknik imaginasi
Kedua : 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫
➡️ Murid mendengar sebutan bunyi suku dan lenggok bunyi dari guru serta otak berusaha mengingat
Ketiga : 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧/𝐌𝐞𝐥𝐚𝐟𝐚𝐳𝐤𝐚𝐧
➡️ Murid mengulang-ngulang bunyi suku kata melalui nyanyian untuk menambah kuat daya ingatan
Moga anak2 terus terang hati untuk cepat belajar membaca...Aamiinn...🤲
Ma Sya Allah, Tabarakallah...
Semalam, daripada 5 orang hanya ada 2 orang murid sahaja yang dapat hadir ke kelas...
Jadi Cikgu ambil peluang ini untuk fokus lebih pada Sharif yang biasanya cepat hilang tumpuan membaca...
Walaupun buku tulisan besar, biasanya Sharif hanya mampu baca 2–3 muka surat sahaja.
Tapi semalam, dengan pujukan diselangi 'aktiviti rahsia' disetiap jeda pembacaan...
Sharif berjaya baca lebih 12 muka surat!...
Cikgu sendiri pun terkejut!... 😱
Nak tahu rahsianya? Tonton video sampai habis... 🤭
Alhamdulillah...Ma Sya Allah...Tabarakallah...
Rasa sejuk hati dapat feedback yang baik dari anak murid dan parents setelah hadir hari pertama Kelas Membaca DKidzz...
Comel je anak murid baru Cikgu Ayu, Azhad dan Auni ni...
Hari tak ada kelas pun sampai excited terdatang kelas ya Azhad... Semangat sungguh!... 😂😆
Moga kalian terus bersemangat menimba ilmu...Cikgu doakan selalu...🤲 💖
🌷🌹 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏, 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒖𝒌𝒊𝒓 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 🌹🌷
Alhamdulillah...Ma Sya Allah...Tabarakallah...
Selamat datang Auni (6 tahun) dan
Azhad (5 tahun) ke Kelas Membaca DKidzz...
Kita santai-santai belajar mengenal huruf ABC sambil menyanyi lagu ABC Ekpres-i di kelas pertama ini...
Hari ini Auni dan Azhad diperkenalkan juga apa itu huruf konsonan dan huruf vokal serta fungsinya dalam pembacaan...
Seronok anak-anak belajar... Dah penat belajar, kita bermain pula...Yeayyy! 🥳
Semoga anak-anak terus bersemangat untuk next class...💪💖
02/04/2026
Setelah lama dalam mood berhari raya...🥳🤭
Marilah kita mulakan kelas semula...😅💪
Tak sabar Cikgu Ayu nak dengar celoteh raya anak2 murid semua...😅😆
Rinduuuuu.....💖🥰
Apakah itu KAEDAH MEMBACA EKSPRES-i?🤔
Jom dengarkan sendiri perkongsian dari pengasas kaedah ini iaitu Bonda Nor...😍
Terdapat 3 kaedah belajar membaca yang utama di Malaysia iaitu :
📖 𝑻𝙀𝑲𝙉𝑰𝙆 𝙈𝑬𝙉𝑮𝙀𝑱𝘼
🎷 𝑻𝙀𝑲𝙉𝑰𝙆 𝙁𝑶𝙉𝑰𝙆
🌈 𝑻𝙀𝑲𝙉𝑰𝙆 𝙋𝑬𝙉𝑮𝙀𝑪𝘼𝑴𝘼𝑵 𝑺𝙐𝑲𝙐 𝙆𝑨𝙏𝑨
Teknik Pengecaman Suku Kata membantu anak-anak membaca dengan lebih cepat tanpa perlu mengeja atau membunyi fonik.
Di Kelas Membaca DKidzz, kami menggunakan Teknik Pengecaman Suku Kata 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗘𝗸𝘀𝗽𝗿𝗲𝘀-𝗶 iaitu kaedah terkini, mudah dan pantas serta penuh dengan nyanyian dan permainan. 🥳
Anak-anak bukan sahaja cepat mengenal suku kata, malah belajar dalam suasana santai dan menyeronokkan! 🌈✨
𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐑𝐄𝐒-𝐢
🏂 "𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙈𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙏𝙖𝙠 𝘽𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧" 🪂
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Lot 805, Jalan Bakar Batu, Lorong Kanapiah Kamarudin, Kampung Kandang.
Malacca City
775460MELAKA