Buletin Primer Malacca High School

Buletin Primer Malacca High School Halaman ini memaparkan segala aktiviti yang berlaku di sekolah sepanjang tahun

10 Mac 2020, Selasa - Program Kembara Geng Buku PTS dan Bengkel Penulisan Kreatif telah diadakan di SMK. Tinggi Melaka. ...
12/03/2020

10 Mac 2020, Selasa - Program Kembara Geng Buku PTS dan Bengkel Penulisan Kreatif telah diadakan di SMK. Tinggi Melaka. Sdr. Wan Muhammad Haekal bin W Husin seorang novelis telah berkongsi pengalaman dan tips dengan 140 orang pelajar tingkatan 4. Turut hadir ialah novelis Sdr. Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri.

25 Februari 2020, Selasa - Keputusan peperiksaan STPM 2019 telah diumumkan. Seramai 6 orang pelajar telah berjaya mencap...
05/03/2020

25 Februari 2020, Selasa - Keputusan peperiksaan STPM 2019 telah diumumkan. Seramai 6 orang pelajar telah berjaya mencapai nilai PNGK 4.0. Tahniah diucapkan kepada warga pendidik Tingkatan 6 yang komited dalam memastikan pencapaian yang cemerlang.

5 Mac 2020, Khamis - Keputusan SPM 2019 telah diumumkan di Dewan Optimist. Tahniah diucapkan kepada putera kandung MHS y...
05/03/2020

5 Mac 2020, Khamis - Keputusan SPM 2019 telah diumumkan di Dewan Optimist. Tahniah diucapkan kepada putera kandung MHS yang telah mendapat keputusan yang cemerlang berkat usaha keras yang dilakukan. Bagi warga pendidik dan barisan pentadbir, komitmen yang diberikan telah berjaya melonjakkan pencapaian SPM 2019 ke tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya.

04/03/2020

Warna-warna acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan MHS kali ke-165 tahun pada 27 Februari 2020

04/03/2020

Warna-warni Kejohanan Sukan Tahunan MHS kali ke-165 tahun.

25 hingga 27 Februari 2020 - Kejohanan Sukan Tahunan MHS kali ke-165 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Aca...
04/03/2020

25 hingga 27 Februari 2020 - Kejohanan Sukan Tahunan MHS kali ke-165 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Acara kemuncak sukan telah diadakan pada 27 Februari 2020 dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Sdr. Halim Jantan bekas pelajar MHS. Rumah Sukan Famosa telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori aliran perdana dan Rumah Sukan Raffles p**a telah menjadi juara keseluruhan kategori Tingkatan 6.

22/02/2020

Warna-warni Ujian Tara MHS 2020 yang berlangsung pada 12 - 13 Februari 2020.

12 - 13 Februari 2020 - Ujian tara pelajar aliran perdana telah dilaksanakan dengan jayanya di SMK Tinggi Melaka. Semua ...
22/02/2020

12 - 13 Februari 2020 - Ujian tara pelajar aliran perdana telah dilaksanakan dengan jayanya di SMK Tinggi Melaka. Semua ahli rumah sukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi kerana berusaha mengumpul mata bagi rumah sukan masing-masing.

18/02/2020

14 - 16 Februari 2020 - Kejohanan Silat Remaja Negeri Melaka 2020 telah diadakan di Dewan SSN Seri Kota. Kejohanan Silat Remaja yang dianjurkan oleh Persatuan Silat Negeri Melaka (PESAKA) telah menghimpunkan ratusan pesilat dari pelbagai perguruan silat negeri Melaka. Pesilat PSSGM MHS turut tidak melepaskan peluang terlibat dalam kejohanan tersebut. Atlet silat MHS, Nur Zulfaqar bin Azisyarma telah mendapat Naib Johan dalam kelas D manakala Muhammad Aqif bin Abdul Sukor telah mendapat tempat ketiga dalam kelas F.

17 Februari 2020, Isnin - Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar Aliran Perdana dan Pelancaran Program Jom ke Sekolah MHS 20...
18/02/2020

17 Februari 2020, Isnin - Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar Aliran Perdana dan Pelancaran Program Jom ke Sekolah MHS 2020 berlangsung serentak di Dewan Optimis. ASP Nora binti Yaakub, Pegawai Perhubungan Sekolah telah menyempurnakan majlis tersebut. Seramai 210 pemimpin badan khas dan Ketua-ketua Tingkatan terlibat dalam majlis pelantikan tersebut.

6 Februari 2020, Khamis-Program Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada rumah Famosa yang dinobat...
14/02/2020

6 Februari 2020, Khamis-Program Merentas Desa telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada rumah Famosa yang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan.

31 Januari 2020, Jumaat - Majlis Persaraan Pn. Noridah Hasim telah berlangsung di Dewan Optimis MHS. Warga MHS mengucapk...
01/02/2020

31 Januari 2020, Jumaat - Majlis Persaraan Pn. Noridah Hasim telah berlangsung di Dewan Optimis MHS. Warga MHS mengucapkan selamat bersara kepada beliau setelah tamatkan perkhidmatan di MHS selama 21 tahun.

Address

SMK. Tinggi Melaka, Jalan Chan Koon Cheng
Malacca City
75000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin Primer Malacca High School posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share