SMK Tun Haji Abdul Malek - Rasmi

SMK Tun Haji Abdul Malek - Rasmi SMK Tun Haji Abdul Malek, Sekolah Cemerlang Melaka 2015 Sekolah Menengah Tanjung Minyak ditubuhkan pada 2 Januari 1976. Kawasan sekolah ini seluas 13 ekar.

Kump**an pelajarnya yang pertama telah ditumpangkan di Sekolah Rendah Jenis Cina, Cheng. Bilangan pelajarnya ialah seramai 400 orang. Kelas yang terlibat ialah tingkatan peralihan dan tingkatan satu. Mulai 1 Julai 1976, pelajar-pelajar telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang. Kemudahan-kemudahan yang ada pada masa itu ialah sebuah padang bola sepak dan hoki, sebuah gelanggang serbaguna, du

a blok bangunan dua tingkat, sebuah blok satu tingkat untuk seni perusahaan dan sebuah kantin. Buat pertama kalinya pelajar-pelajar tingkatan tiga menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada 2 Januari 1978. Seterusnya pada 2 Januari 1979, tingkatan empat dimulakan. Ketika ini sesi persekolahan diadakan dua sesi iaitu sidang pagi bagi tingkatan peralihan, tiga, empat dan lima. Manakala sidang petang p**a ialah untuk tingkatan satu dan dua. Pada 1 Mei 1979, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tun Abdul Malek iaitu sempena mengambil nama Gabenor Melaka yang kedua (1959-1971). Kump**an pertama seramai 58 orang pelajar tingkatan lima telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2 Januari 1980.

11/06/2026

PELANCARAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SMK TUN HAJI ABDUL MALEK TAHUN 2026

11/06/2026

📢 PELANCARAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional Peringkat SMK Tun Haji Abdul Malik Tahun 2026 telah diadakan pada 8 Jun 2026 (Isnin) dengan penuh meriah dan jayanya.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan ini termasuk ceramah kerjaya, perkongsian industri serta aktiviti yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid.

Selain itu, pelbagai pertandingan menarik dianjurkan bagi memberi peluang kepada murid menonjolkan kemahiran, kreativiti dan inovasi masing-masing. Semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pertandingan yang dianjurkan sepanjang program berlangsung.

Semoga Bulan Teknik dan Vokasional 2026 dapat memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah serta melahirkan murid yang berkemahiran, kreatif dan berdaya saing.

✨"Kemahiran Dicipta, Masa Depan Dibina" ✨

Pada Rabu (20/5/2026), warga SMK Tun Haji Abdul Malik telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2026 dengan penuh meriah dan b...
23/05/2026

Pada Rabu (20/5/2026), warga SMK Tun Haji Abdul Malik telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2026 dengan penuh meriah dan bermakna. ✨

“GURU BITARA NADI NEGARA”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa komited mendidik, membimbing serta membentuk generasi masa hadapan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah. Semoga semua guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.





KEJOHANAN SUKAN SMKTHAM KALI KE 44
13/05/2026

KEJOHANAN SUKAN SMKTHAM KALI KE 44

Check out SMK TUN HAJI ABDUL MALEK@TRUST’s video.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar SMK Tun Haji Abdul Malik atas pencapaian dalam keputusan SPM 2025! 🌟Se...
01/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar SMK Tun Haji Abdul Malik atas pencapaian dalam keputusan SPM 2025! 🌟

Segala usaha, pengorbanan dan doa akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama menuju masa depan yang lebih gemilang.

Teruskan melangkah dengan yakin, kejar impian dan jangan pernah berhenti berusaha. Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan anda semua.

Tahniah sekali lagi! 🎓✨

20/03/2026

Salam Aidilfitri 🌙✨

Warga SMK Tun Haji Abdul Malik mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Semoga hadirnya Syawal menyinari hati dengan kegembiraan, menghapus segala duka, dan mengeratkan kasih sesama kita.

✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK TUN HAJI ABDUL MALEK✨📅 Tarikh: 13 Mac 2026🎙️ Dirasmikan oleh:Tn Hj Syahruddin bin Katderi📖 ...
20/03/2026

✨ MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK TUN HAJI ABDUL MALEK✨

📅 Tarikh: 13 Mac 2026
🎙️ Dirasmikan oleh:Tn Hj Syahruddin bin Katderi

📖 Majlis Khatam Al-Quran
🎁 Penyampaian Hadiah bagi program2 sepanjang bulan Ramadan

🤝 Setinggi-tinggi penghargaan
diucapkan kepada Guru-guru Pendidikan Islam
atas komitmen dan usaha dalam menjayakan
seluruh aktiviti sepanjang Ramadan

🌙 Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan diberkati, serta terus istiqamah dalam kebaikan.

Kem Bestari Solat Pendidikan Khas telah dilaksanakan pada 10 Mac 2026 di Surau SMK Tun Haji Abdul Malek.Program ini bert...
16/03/2026

Kem Bestari Solat Pendidikan Khas telah dilaksanakan pada 10 Mac 2026 di Surau SMK Tun Haji Abdul Malek.

Program ini bertujuan membimbing murid memahami dan menghayati amalan solat dengan lebih baik. Semoga usaha ini memberi manfaat serta membentuk sahsiah dan penghayatan ibadah dalam kalangan murid. 🤲✨

Tahniah dan syabas kepada semua Pengawas 2026 yang menerima watikah pelantikan dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantik...
03/03/2026

Tahniah dan syabas kepada semua Pengawas 2026 yang menerima watikah pelantikan dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2026 yang telah berlangsung pada 2 Mac 2026 di Dewan Terbuka STHAM.

Semoga amanah yang diberikan digalas dengan penuh tanggungjawab, integriti dan semangat kepimpinan yang tinggi.

Jadilah contoh terbaik kepada rakan-rakan, berani memimpin, tegas dalam tindakan dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

✨ Pemimpin hebat lahir daripada disiplin yang kuat dan hati yang ikhlas✨

Terus melangkah maju, Pengawas2 2026! 💪🔥

21/02/2026

✨ Majlis Bicara Ilmu – Ihya’ Ramadan 🌙

Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama menghayati pengisian rohani serta ilmu yang bermanfaat 🤲

Selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keinsafan dan keberkatan buat kita semua 🤲. Ramadan Kareem! 🌙

Address

KM 10, Cheng
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063357473

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tun Haji Abdul Malek - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Tun Haji Abdul Malek - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category