10/08/2022
Alhamdulillah selesai sesi minggu kerjaya semalam bersama ibu maryam semalam. 😍❤️
Seronoknya dapat belajar deko cupcake. Terima kasih ibu maryam.🥳
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Abim AlHuda, School, LOT 494, TAMAN PUTRA, Malacca City.
"Ke Arah Pendidikan Anak Soleh" Tadika Abim AlHuda adalah tadika yang menggunakan modul Yayasan Takmir Angkatan Belia Islam Malaysia, dan antara pelopor awal tadika islam di Malaysia..
10/08/2022
Alhamdulillah selesai sesi minggu kerjaya semalam bersama ibu maryam semalam. 😍❤️
Seronoknya dapat belajar deko cupcake. Terima kasih ibu maryam.🥳
09/08/2022
SUMBANGAN DANA PROJEK NAIKTARAF BANGUNAN ABIM MELAKA
Assalamualaikum. InshaAllah projek naiktaraf bangunan ABIM Alhuda sedang berjalan.
Ada beberapa projek yang akan dijalankan antaranya
1. Mini library
2. Landskap taman
3. Pejabat.
4. bilik guru
5. tandas
Antara bajet yang diperlukan anggaran sebanyak RM2500.00 sahaja.
Sumbangan boleh melalui akaun;
Bank Islam ABIM Melaka
04015010002246
Rujukan: Fasiliti ABIM
Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
012-9709172 (Mardhiah)
Terima kasih😊
08/08/2022
Minggu kerjaya bersama mama zharif❤️
Cube teka kerjaya apa tu🤔
Alhamdulillah seronok dengar cerita kerjaya dari mama zharif 😍tak sabar p**a nak dengar kerjaya untuk hari esok❤️
08/08/2022
Minggu kerjaya bersama ibu bapa❤️
Minggu kerjaya memberi peluang anak-anak mendapat pendedahan berkaitan kerjaya ibu bapa dan pelbagai kerjaya yang terdapat di dalam Malaysia.
Program ini secara tidak langsung membantu anak-anak memahami dan menghormati kerjaya setiap anggota masyarakat.
05/08/2022
Inilah kelaziman anak-anak tadika abim alhuda
Setiap pagi selepas perhimpunan terus ambil wudu dan solat dhuha.
Kalau awal persekolahan, suara pun susah nak buka, cikgu juga yang bacakan bacaan solat dari awal smpai akhir sampai habis anak tekak😂
Alhamdulillah selepas beberapa bulan hampir semua dah boleh hafal bacaan dalam solat.😍
InshaAllah doa anak-anak mudah makbul lebih-lebih lagi anak ibarat kain putih, tiada dosa. Boleh lah ibu ayah kirim doa dari anak setiap kali solat.❤️
01/08/2022
Aktiviti Julai bersama anak2 tadika❤️❤️❤️
Wahh seronoknya dapat belajar sambil bermain bersama cikgu shima❤️
15 Julai 2022
Ketekalan
Origami kapal terbang
Kapal terbang kelihatan lebih kecil apabila jauh.
Kapal terbang kelihatan lebih besar apabila dekat.
Saiz kapal terbang tidak berubah.
Panjang kapal terbang tidak berubah.
Berat kapal terbang tidak berubah.
29 Julai 2022
Pendengaran
Telefon cawan
Bunyi terhasil dari getaran.
Apabila kita bercakap, udara di sekitar bergetar dan menghasilkan bunyi.
Telinga kita mengesan getaran yang menghasilkan bunyi.
Menggunakan telefon cawan, getaran dari dalam persekitaran cawan, bergetar melalui tali dan sampai kepada cawan rakan.
20/07/2022
Part 2
Alhamdulillah akhirnya anak2 tadika selamat bergelar haji/hajah.😍 Moga haji yang dilaksanakan mendapat haji yang mabrur walaupun hanya simulasi shja.❤️
Sesi bergambar bersama haji/hajah turut bersama guru tadika.
20/07/2022
Simulasi Haji Cilik 2022
Part 1
Alhamdulillah selesai sudah program Simulasi Haji Cilik yang dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia pada 20 Julai 2022.
Cuaca pagi ni cukup tenang dan damai seolah2 mendengar suara doa anak2 suci sedang memohon munajat padaMu. Mendung tapi alhamdulillah tidak hujan seolah2 memberi petunjuk kebesaran dan kekuasaan Allah.
Seramai hampir 1000 peserta haji cilik dari tadika swasta di sekitar Melaka termasuklah Tadika Abim Alhuda. Perjalanan bermula dengan wukuf, mengutip batu, melontar, tawaf dan seterusnya saie, tahalul dan menyaksikan video korban.
Bakal Haji Cilik cukup teruja merasai pengalaman haji yang cukup bermakna yang akan diingati sampai bila-bila.
Cuba tanya haji cilik macamana pengalaman haji kali ini? Pasti banyak cerita mereka😄❤️
19/07/2022
Alhamdulilah 2 hari buat latihan haji. Kini tiba masanya untuk program Simulasi Haji Cilik yang di adakan pagi ini bertempat di Masjid Al Azim.
Moga apa yang telah dipelajari di praktikkn semasa di sana ye. Jaga akhlak jaga adab dengar kata cikgu.
Semoga anak2 didik cikgu semuanya baik2 sahaja. Pengalaman yang cukup bermakna buat diri kamu duhai anak didikku. Hayati, fahami dan rasai pengalaman yang cukup indah buat kita yang beragama Islam❤️
14/07/2022
Alhamdulillah selesai program korban pada Raya ke 2 Aidiladha pada 11.7.2022 di Tadika Abim Alhuda.
25/06/2022
*Sambutan Majlis Hari Lahir di Tadika Abim Alhuda*
Selamat hari lahir Amerul, Khayra, Qaireen & Mateen 🎊🎉🥳
Semoga jadi anak yang soleh solehah dan sentiasa menjadi kebanggaan ibu ayah dan cikgu.❤️
Lama sangat tak smbut birthday. Jadi gabungkan terus sambutan hari lahir dari bulan Mac hingga bulan Jun.
Gembiranya tengok kawan2 semua happy meraikan hari lahir.😍
Terima kasih tak terhingga juga kepada ibu bapa yang menyumbang makanan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari lahir.
03/06/2022
| Monday | 07:00 - 18:00 |
| Tuesday | 07:00 - 18:00 |
| Wednesday | 07:00 - 17:30 |
| Thursday | 07:00 - 18:00 |
| Friday | 07:00 - 18:00 |