25/05/2022
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita…kerana Allah faham akan isi hati kita,
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita…kerana tiada hakim sebaik Allah.
firman Allah SWT
يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنُوا اجتَنِبوا كَثيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ ۖ وَلا تَجَسَّسوا وَلا يَغتَب بَّعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ وَاتَّقُوا اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ تَوّابٌ رَّحيمٌ
12. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada berprasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengejek sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang s**a memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu berasa jijik. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang.
[al-Hujurat: 12]
..
Boleh jadi hati kita yang gelap yang membuatkan kita sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain. Oleh itu, bersihkan hati, bersangka baik. Senyum selalu 🙂 Ya Allah..jauhilah aku daripada berburuk sangka kepada orang lain. aamiin🤲
A Short Story on Perspective
Often, our experience of the world depends upon the window through which we look.To learn more, visit me at www.timothybarlow.ca
16/06/2017
📹 🎞 _*YOU TURN STUDIOS*_ 📽✨
🎙 _presents to you_ 🎶
Bismillahirrahmanirrahim 🌼 *TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR*
☀Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
☀Ada p**a yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
☀ Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
☀Ada p**a yang berkata doa permohonannya makbul.
📽🎙📽🎙📽🎙📽🎙📽🎙📽
10/06/2017
📹 🎞 _*YOUTURN STUDIOS*_ 📽✨
🎙 _Presents to you_ 🎶
❤Keistimewaan Bulan Ramadan ❤
Bismillahirrahmanirrahim 🌼
🌱Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya sesuatu kewajipan, dan qiam dimalam harinya
🌱Barang siapa yang mendekatkan diri kepada allah dengan suatu kebaikan didalamnya (sunnah) samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainya
🌱Barang siapa yang menunaikan suatu fardhu dalam bulan Ramadan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainya
📽🎙📽🎙📽🎙📽🎙📽🎙📽
03/06/2017
📹 🎞 _*YOU TURN STUDIOS*_ 📽✨
🎙 _presents to you_ 🎶
Bismillahirrahmanirrahim 🌈
*BANYAKNYA GANJARAN PUASA RAMADHAN* 😍
🔖 *Pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka*
"Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan." _(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)_
🔖 *Perisai dari siksaan*
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." _(Hadith riwayat Imam Ahmad)_
🔖 *Doa sangat mustajab*
"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang bermusafir." _(Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)_
🔖 *Jauh dari api neraka*
"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." _(Hadith riwayat Al-Bukhari)_
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna" ⏳
SALAM RAMADHAN ☺
📿
📽🌈📽🌈📽🌈📽🌈📽🌈📽
29/05/2017
bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, syukur pada Allah swt kita masih dipertemukan dengan bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini.
Someone said, "Ramadhan: a LOVE story"
well that means, bagi individu yang hangat bercinta dengan Ramadhan, sudah pasti akan ternanti-nanti saat kep**angan semula kekasihnya setelah setahun berpisah. 30 hari tempoh terhad yang diberikan untuk bersama sebelum perpisahan semula sudah pasti merasakan sebulan itu tidak mencukupi.
baru bertemu sehari, kerisauan mula wujud akan tibanya hari perpisahan. namun begitu, dalam kerisauan itu, rasa cinta akan bertambah dan akan lebih menghargai.
Rmadhan yang sedang bersamanya..dan apabila ia pergi sudah pasti ramadhan akan dirindui !
kita tidak tahu bila ajal menjemput
kita tidak tahu amal kita yang diterima Allah
jadi
sementara masih mampu bernafas di bulan Ramadhan ini, hargai dan manfaatkan nikmat yang diberikan ini sebaiknya
dan...cintailah ramadhan kerana Allah
"Our relationship with Allah is a love story"
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa untuk kita suburkan lagi cinta kita kepada Allah swt.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!
Ramadhan Kareem!
#jadikanRamadhankaliinilebihbermakna
07/10/2016
Dengan Nama Allah..
:)
jangan berdendam
sebab kita tak tahu besar mana dosa dia..
besar mana dosa kita..
utk kita berterusan menghukum
kerana hanya Dia yg memegang semua perkara
sabar
dan sabar
:)
selamat
02/09/2016
Dengan Nama Allah
yakinlah..
semakin gelap malam itu
bukan petanda cahaya tidak akan muncul lagi.
tetapi itu petanda fajar semakin tiba
cahaya pasti akan muncul selepas itu
:)
selamat meneruskan hidup dgn harapan
19/08/2016
Kita sebaik-baik ciptaan ini masih angkuh,
masih membiarkan nafsu jahat mengawal diri,
tanpa mahu berlawan.
Malas belajar dan kuat tidur,
entah ke mana perginya semangat seorang penuntut ilmu.
Astaghfirullah...
'Aku memohon ampunan kepada Allah'
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (HR. Abu Daud)