Tadika Abqari Genius, Melaka

Tadika Abqari Genius, Melaka

Share

Tadika Abqari Genius Islamic Kindergarten
Quality & Fun Preschool/playschool
Learning Through Play

Photos from Tadika Abqari Genius, Melaka's post 11/05/2026

Lawatan penuh pengalaman ke Angkatan PertahananAwam Malaysia Daerah Melaka Tengah 🚒✨

Hari ini anak-anak Abqari Genius berpeluang belajar tentang keselamatan, kecemasan & peranan wira negara 💪

Dari melihat peralatan penyelamat hingga mencuba aktiviti hands-on, semuanya membuka minda dan membina keberanian mereka 🌟

Terima kasih kepada pihak APM atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna ❤️

“Anak kecil hari ini, wira besar di masa hadapan” 🇲🇾

TikTok · ABQARI GENIUS 06/05/2026

Sebagai persediaan Program Simulasi Haji 2026

▶️Watch the full video now!

TikTok · ABQARI GENIUS Check out ABQARI GENIUS’s video.

Photos from Tadika Abqari Genius, Melaka's post 04/05/2026

Alhamdulillah selesai sudah Program Komuniti dari pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM ❤️

Terima kasih semua untuk aktiviti dan layanan yg hebat serta mantappp untuk pelajar Tadika Abqari Genius dan terima kasih juga di atas hadiah buat pelajar2 TAG dan kami juga teachers2 😍

Didoakan moga kalian semua berjaya walau dimana pun kalian berada seiring dgn akhlak dan adab yg baik ❤️

Pelajar2 TAG semua seronok dan enjoy dengan kehadiran abg2 kakak2 UTeM 🤗

Photos from Ustazah Asma Husin's post 23/04/2026
Photos from Tadika Abqari Genius, Melaka's post 23/04/2026

Terima kasih buat pihak Perpustakaan Taman Bukit Rambai atas jemputan Istimewa buat anak-anak Abqari Genius 😍

23/04/2026

Jom Baca Bersama
Perpustaan Desa Taman Bukit Rambai

15/04/2026

“Aktiviti hari ini: Good touch & bad touch 💖

✔️ Kenal sentuhan yang sesuai & tidak sesuai
✔️ Belajar berkata ‘TIDAK’ dengan yakin
✔️ Berani beritahu orang dewasa yang dipercayai

Langkah awal untuk melindungi diri sejak kecil ✨”



15/04/2026

“Pagi ini anak-anak Abqari Genius belajar tentang keselamatan jalan raya 🚦👧👦

Daripada cara berhenti sebelum melintas, mengenal tanda-tanda jalan, hingga memahami warna lampu isyarat ❤️💛💚

Ilmu kecil hari ini, keselamatan besar untuk masa depan! 🛣️✨”

13/04/2026

Yang netizen nampak cuma satu gambar.
Seorang muslimah berpelukan dengan seekor anjing.Lalu laju datang hukum, sindiran, dan pandangan serong.

Tapi yang anda tak nampak, ialah babak sebelum gambar itu diambil.

Anda tak nampak dia meredah semak.
Anda tak nampak dia masuk hutan, panjat lereng, langgar ranting, cari 9.9 (nine nine) dengan dada yang penuh debar.

Anda tak nampak letihnya.
Anda tak dengar suara yang memanggil berkali-kali, dengan harapan seekor makhluk kecil yang hilang itu masih dengar namanya.

Hanya pencinta haiwan tahu perasaan bila haiwan peliharaan hilang.
Hati jadi tak tenang.
Setiap bunyi di luar buat kita berpaling.
Setiap jejak kecil atas tanah buat kita berharap,
“Ke ini dia?”

Orang lain mungkin nampak biasa.
Tapi bagi yang menyayangi, rasa kehilangan itu benar-benar menggoncang jiwa.

Anda cuma nampak pelukan itu.
Tapi anda tak nampak cemas yang datang sebelum pelukan itu.

Tak nampak takut kalau-kalau 9.9 tak ditemui.
Tak nampak air mata yang mungkin sudah jatuh lebih awal, masa jejak masih belum jumpa, masa hati sudah mula bayang yang bukan-bukan.

Kadang-kadang, manusia memang cepat menghukum satu detik. Sedangkan satu detik itu datang daripada perjalanan yang panjang, penat, dan penuh kasih.

Pelukan itu bukan sekadar pelukan.
Itu pelukan lega.
Pelukan syukur.
Pelukan seorang manusia yang akhirnya berjaya jumpa makhluk yang dicari tanpa henti.
Saat itu, yang wujud bukan soal pandangan orang.

Yang wujud cuma satu rasa:
“Alhamdulillah, jumpa juga.”

Kadang-kadang, yang orang anggap salah pada pandangan mata,sebenarnya lahir daripada kasih yang sangat tulus pada pandangan hati.
-PHM.

Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Lot 108-1 & 110-1, Jalan Kejora 2, Taman Tanjung Minyak Perdana
Malacca City
75260

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00