Darul Ulum Al-Islamiyyah

Darul Ulum Al-Islamiyyah

Share

Darul Ulum Al-Islamiyyah, Melaka Praise be to Allah Taa’la who had granted us Imaan n Islam. It is situated in the locality of Bukit Katil , in Melaka.

And salutation upon the messenger of Allah Ta’ala , Nabi Muhammad (S.A.W). This institute was founded with the twin objectives of preservation, and progress. Darul Ulum Al Islamiyyah which is also known as D.U.A.I are for muslim boys and girls. Back in 2007, under the guidance n inspiration from Allah, D.U.A.I had been started with a handful of students and few teachers. Alhamdulillah, D.U.A.I has

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 08/02/2025

𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚 𝐅𝐚𝐝𝐳𝐥𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐟𝐫𝐢𝐤𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧.

Alhamdulillah Syeikhul Hadis telah berada di Pondok DUAI untuk menyempurnakan Majlis Khatam Bukhari yang akan berlangsung esok pagi.

Malam ini selepas solat isyak Syeikh telah meriwayatkan hadis musalsal bil awwaliyyah dan telah memberi nasihat yang sangat berharga kepada semua para pelajar Pondok.

Pihak Pondok menjemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri majlis khatam bukhari yang akan berlangsung di Pondok pada esok pagi.

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 25/01/2025

Majlis Pernikahan Ustaz Pondok DUAI

Alhamdulillah pagi tadi semua asatizah telah menghadiri majlis pernikahan Maulana Muhammad Salahuddin Al-Hafiz di Masjid Permatang Pasir, Melaka.

Maulana Salahuddin merupakan alumni Pondok DUAI. Beliau menghafal Al-Quran dan seterusnya telah menamatkan pengajian alim Dauratul Hadith di Pondok DUAI. Sekarang beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Pondok.

Purnama tersenyum ramah,
Bintangpun tak mahu mengalah,
Mengiringi doa kami yang indah,
Untuk Maulana yang baru menikah,
Semoga terbentuk keluarga sakinah..

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما بخير

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 24/01/2025

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐈𝐇 𝐀𝐋 𝐁𝐔𝐊𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐍𝐃𝐎𝐊 𝐃𝐔𝐀𝐈

Sahih Al-Bukhari merupakan kitab yang disepakati oleh jumhur ulama sebagai kitab yang paling sahih selepas al-Quran. Bertitik tolak daripada perkara ini, maka kitab ini telah dipilih dan dimasukkan di dalam silibus pengajian Deobandi serta telah dijadikan matlamat akhir pengajian bagi seseorang pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian.

Dengan berbuat demikian, silibus Pondok DUAI yang berorientasikan sistem ini menawarkan tempat bagi pencinta ilmu untuk mempelajari dan mengkaji kitab Sahih Al Bukhari secara bersanad yang bersambung terus kepada Imam Al-Bukhari rah. Pengajian di sini tidak dilakukan semata-mata dengan pembacaan dan pengkhataman kitab, bahkan bidang rijal dan naqd al-hadis juga diterapkan semasa pengajian berlangsung.

𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐢𝐡 𝐀𝐥 𝐁𝐮𝐤𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐃𝐔𝐀𝐈

Kitab ini telah disusun oleh Imam Bukhari rah. di dalam sebuah susunan hadis yang menarik serta menakjubkan bagi para pembaca. Hadis yang serupa disusun di dalam bab-bab yang berbeza dan diletakkan tajuk utama serta dihuraikan mengikut keadaan yang berlainan. Justeru itu, Pondok DUAI dalam rangka mewujudkan kaedah pembelajaran yang sistematik dan menyeluruh telah menyusun beberapa metodologi pengajian dibawah.

a) Pendedahan pada metodologi pengajian yang digunapakai oleh pengarang

Pengajian kitab ini pada peringkat awal akan dimulakan dengan pengenalan secara komprehensif oleh tenaga pengajar. Pengenalan ini berkisar tentang kaedah, metodologi dan istilah-istilah yang digunakan oleh Imam Al-Bukhari rah. dalam menyusun kitab ini. Pengenalan ini juga akan membantu pelajar memahami gaya bahasa, penulisan serta kaedah penyusunan oleh Imam Bukhari rah. seterusnya membolehkan mereka memahami kitab ini berdasarkan kehendak beliau sendiri.

b) Penerapan Kaedah Pembelajaran Secara Komprehensif

Kaedah pengajian yang diterapkan di sini adalah secara menyeluruh dan menepati kaedah yang dianjurkan oleh ulama silam iaitu secara bersemuka dan bersanad bahkan dua kaedah di bawah lahir sebagai kesimp**an pada hasil daripada penelitian pada metodologi mereka.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭

Kaedah ini memberikan tumpuan terhadap pengajian pada salasilah sanad sesebuah hadis. Pelajar akan didedahkan serta dilatih untuk mengenali biodata serta status periwayat hadis yang tedapat pada sanad di hadapan mereka. Penggunaan kitab seperti Taqrib at-Tahzib, Tahzib al-Kamal dan lain-lain kitab digunakan secara menyeluruh untuk tujuan ini.

𝐢𝐢.𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡

Kaedah ini tertumpu pada syarahan dan penjelasan pada isi hadis yang dilakukan oleh tenaga pengajar. Syarahan yang dilakukan adalah bersumberkan daripada kitab-kitab karangan ulama silam yang muktabar daripada benua Arab dan India. Kaedah ini juga membantu pelajar untuk memahami makna dan konteks hadis dengan lebih jelas dan menyeluruh. Setiap hadis akan dibincangkan dari pelbagai aspek tidak tertumpu pada lafaznya sahaja.

c) Pengkajian dan penyelidikan yang berterusan

Kalam Nabi ﷺ merupakan sebuah kalam yang relevan sepanjang zaman selari dengan al-Quran. Maka cara untuk memahaminya terletak pada pengkajian dan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan untuk menghuraikan isi kandungannya.

Begitu juga kaedah yang diamalkan oleh Pondok DUAI sejak sedekad yang lalu. Pelajar didedahkan dengan melakukan penyelidikan dan kajian mengenai isu-isu kontemporari berkaitan hadis terutama sekali daripada Sahih Al-Bukhari. Penulisan demi penulisan dan makalah giat dihasilkan sebagai bukti mereka menceburi bidang pengajian ini.

Tuntasnya, kaedah pengajian yang digunakan di Pondok DUAI adalah sebuah legasi ilmu ulama-ulama silam dalam memelihara ilmu ini. Pelajar bukan sahaja mempelajari ilmu hadis semata-mata bahkan dididik untuk memainkan peranan utama dalam menyebarkan ilmu dan menyantuni masyarakat umum sebagai cara membawa mereka dekat pada agama.

23/01/2025

𝐊𝐞𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐃𝐔𝐀𝐈:

𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒊𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒆𝒌𝒔𝒍𝒖𝒔𝒊𝒇 𝒅𝒊 𝒂𝒋𝒂𝒓 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒖𝒔𝒕𝒂𝒛𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒔𝒂𝒉𝒂𝒋𝒂 𝒕𝒂𝒏𝒑𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒃𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒔𝒕𝒂𝒛 𝒍𝒆𝒍𝒂𝒌𝒊.

Selain itu kelas alimah ini juga bertujuan untuk menawarkan pendidikan yang setara dengan pengajian lelaki.

Madrasah khusus untuk pelajar perempuan kami ini terletak di Bukit Katil, Melaka dan telah beroperasi sejak tahun 2007. Alhamdulillah tahun ini bermula kelas pengajian Misykat Al-Masabih dan lebih istimewa kitab ini di ajar oleh ustazah Duai sendiri (biasanya kitab ini di ajar oleh Ustaz).

Kitab ini telah disusun oleh Wali ad-Din Abdullah Muhammad bin Abdullah al Khatib al-Umar at-Tibrizi atau lebih dikenali Khatib al-Tibrizi. Kitab ini telah menambah baik kekurangan yang terdapat dalam kitab Masabih al-Sunnah oleh Imam al-Baghawi. Terdapat 6 ribu hadith lebih yang akan dibahaskan dari kitab ini.

Pengajian alimah di Duai mengambil masa selama 5 tahun. Sepanjang 5 tahun ini pelbagai subjek yang mereka akan pelajari bermula dari nahu, sorof, akidah, tafsir, tasawwuf, sejarah islam, feqah, usul fiqh, hadith dan ulumul hadith.

Kitab Misykat Al-Masabih menjadi marhalah terakhir bagi para pelajar perempuan di kelas alimah Duai dan ianya merupakan kitab tertinggi yang mereka akan belajar sebelum menamatkan pengajian secara rasmi.

InsyaAllah para pelajar yang menamatkan pengajian di DUAI akan dianugerah ijazah sanad muttasil para akabir Deoband seterusnya muttasil sehingga ke Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم .

Hubungi kami jika berminat:

Pejabat :http://www.wasap.my/+601162672796/alimah

Ustazah : http://www.wasap.my/+601110262796/alimah

Muallimah : http://www.wasap.my/+60129421933/alimah

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 16/01/2025

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐀𝐥-𝐖𝐚𝐫𝐚𝐪𝐚𝐭 𝐅𝐢 𝐔𝐬𝐮𝐥 𝐀𝐥-𝐅𝐢𝐪𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐃𝐔𝐀𝐈, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐆𝐚𝐝𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚.

InsyaAllah esok akan berlangsung Program Daurah Kitab Al-Waraqat Fi Usul Al-Fiqh. Kitab al-Waraqat ini merupakan kitab asas di dalam fan Usul Fiqh. Kitab ini dikarang oleh seorang alim mazhab Syafie yang hebat dan masyhur iaitu Imam Al-Haramain. Syarahnya yang masyhur p**a ialah syarah Imam Al-Mahalli.

Daurah ini akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdur Rahim yang merupakan seorang guru pakar dan ketua jabatan pengkhususan feqah di Pondok Al-Fatah Temboro, Indonesia sejak dari tahun 2002 sehingga kini (berpengalaman lebih dari 20 tahun). Beliau telah mengarang beberapa kitab feqah yang salah satunya bertajuk Qurratul Ain iaitu Tashil kepada Fathul Mu'in.

Program Daurah ini terbuka kepada umum dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Semua dijemput hadir dan untuk makluman makanan tidak disediakan.

Semoga dengan kehadiran beliau disini menjadi titik tolak perkembangan dan pengukuhan mazhab imam as-Syafi'i di Pondok DUAI dan memartabatkan pengajian ilmu fiqh dan usul fiqh di bumi Melaka yang bertuah ini.

10/01/2025

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐒𝐚𝐡𝐢𝐡 𝐀𝐥- 𝐁𝐮𝐤𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐃𝐔𝐀𝐈: 𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓

10/01/2025

شرح نظم الآجرومية للعمريطي

كَـلاَمُــهُـمْ لَفْـــــظُ مُفِيـــدٌ مُسْنَــــدُ وَالْكِلْمَــةُ اللَّفْــظُ المُفِـيدُ المُفْرَدُ
لاِسْــمٍ وَفِعــــْلٍ ثُمَّ حَـــرْفٍ تَنْقَسِمْ وَهَـــــذِهِ ثَـــلاَثـــَةٌ هـــيَ الْكَلــــِمْ
وَالْقَـــــوْلُ لَفْــــظٌ قَدْ أفَــادَ مُطْلَقـاً كَــــقُمْ وَقــــَدْ وَإِنَّ زَيــــْداً ارْتَقَى

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 08/01/2025

Alhamdulillah kitab silibus pengajian alim untuk sesi pengajian tahun 2025 telah pun sampai. Terima kasih kepada Maktabah Dar Al-Hikmah.

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 12/12/2024

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐤𝐞 𝟏𝟐𝟓,𝟏𝟐𝟔,𝟏𝟐𝟕 & 𝟏𝟐𝟖 𝐤𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐳𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐃𝐔𝐀𝐈.

Alhamdulillah 4 orang lagi pelajar Pondok DUAI telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al- Quran.

1. Muhamad Asyraf bin Muhamad Hairul Nizam 💐
2. Muhammad Uwais Zulqarnain bin Zaime Azmin 💐
3. Muhammad Danish Muizzuddin bin Sulaiman 💐
4. Muhammad Asyraaf Zulhakim bin Zulfuri 💐

Tahniah kepada ibu yang telah melahirkan insan bertuah ini. Semoga Allah Taala terima jerit perih pengorbanan ibubapa dalam melahirkan dan membesarkan hufaz ini.

Semoga Allah menerima mereka dan semua di Pondok Duai ini sebagai PENJAGA QALAM NYA

Semoga Allah terus merahmati dan memberkati Pondok ini.

Ya Allah hiasilah diri kami dan ibu bapa kami dengan hiasan ajaran Al Quran,

muliakan kami dan ibubapa kami dengan berkat kemuliaan Al Quran,

serikan kami dan ibubapa kami dengan ketinggian martabat Al Quran,

pakaikan kami dan ibubapa dengan pakaian permata Al Quran,

selamatkan kami dan ibubapa kami daripada segala bencana di dunia dan azab di akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran

Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu Ya Allah Ya Latif Ya Kareem

Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 11/12/2024

𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

✨Pencapaian Pondok DUAI
𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍🥇🏆: Kategori bawah 16 tahun
𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 🥈: Kategori atas 17 tahun

📅 Tarikh: 8 Disember 2024
🏢 Format: Liga sepusingan
🤝 Tempat: SP Futsal Cheng, Melaka
📍 Level: Peringkat Madrasah Melaka
👥 Pasukan: 12 pasukan

🔸Kategori bawah 16 tahun:
Pondok DUAI 𝟏-𝟏 As Solihin
Pondok DUAI 𝟐-𝟏 Mtqqtm Telok Mas
Pondok DUAI 𝟏-𝟎 Raudhatul Muslihin

𝑺𝒆𝒎𝒊 𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍
Pondok DUAI 𝟒-𝟎 Rabiatul Adawiyah

𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍 (𝑷𝒆𝒏𝒂𝒍𝒕𝒊)
Pondok DUAI 𝟓-𝟒 Seri Tanjung

🔸Kategori atas 17 tahun:
Pondok DUAI 𝟏-𝟏 Al-Qurra
Pondok DUAI 𝟏-𝟎 Bustanul Ulum
Pondok DUAI 𝟐-𝟎 Raudhatul Muslihin

𝑺𝒆𝒎𝒊 𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍
Pondok DUAI 𝟐-𝟎 Madrasatul quran hadith

𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍
Pondok DUAI 𝟐-𝟑 Al-Qurra

Alhamdulillah tahniah kepada semua pemain yang mewakili Pondok DUAI, jurulatih & guru penasihat.



Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 06/12/2024

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐃𝐔𝐀𝐈 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐤𝐨𝐤𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚.

Alhamdulillah tahniah kepada pelajar Pondok DUAI dan pengurus pasukan Ustaz Akhmal Hakim yang mendapat penghargaan dari Jaim dengan pemberian anugerah koku. Berikut merupakan keputusan sewaktu Ihtifal Ilmi peringkat kebangsaan:

𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 🥇🏆
Nama: Muhammad Najmi b. Mohd Noor
Acara : Kitabatul Maqal (Penulisan Esei Bahasa Arab)
Tajuk : محاسن التجارتية الإيلكترونية في حياة الفرد
Markah : 99%

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk para pelajar terus melakar kejayaan yang cemerlang dan gemilang dan menyertai pertandingan² lain di masa akan datang. Semoga perkembangan ilmu terus mekar di Pondok Duai.. Amin Ya Rabb



Photos from Darul Ulum Al-Islamiyyah's post 05/12/2024

𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐤𝐬𝐢𝐫𝐚𝐧 𝟑: 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐀𝐥𝐢𝐦 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐨𝐤 𝐃𝐔𝐀𝐈

𝒀𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 ...
L𝒂𝒑𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒌𝒖𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒊𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂, 𝒍𝒂𝒏𝒄𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒊𝒍𝒉𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒘𝒂𝒑. 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒔𝒖𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉-𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒂𝒑𝒂𝒊 𝒌𝒆𝒋𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏.

Amin Ya Rabb..



Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Lot 1687, Pulau Gadong
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00