01/02/2026
Secara keseluruhannya, kursus berkaitan kecuaian n pengabaian kanak2 memberi kefahaman yg menyeluruh tentang tjwb setiap individu pengasuh apabila di taska, dlm memastikan keselamatan, kebajikan serta perkembangan kanak2 sentiasa terpelihara. Kursus ini menegaskan bahawa kecuaian n pengabaian bukan shj berlaku secara fizikal, malah boleh berlaku dari segi emosi, sosial n perkembangan, yg kesannya boleh berpanjangan terhadap masa depan kanak2.
Melalui kursus ini, pengasuh didedahkan kpd tanda2 awal kecuaian n pengabaian, faktor penyumbang, serta kepentingan pencegahan awal melalui pemantauan, komunikasi berkesan n amalan penjagaan yg selamat. Penekanan turut diberikan bahawa peringatan n pendidikan berterusan adalah lebih baik drpd tindakan tegas selepas berlakunya kesan buruk terhadap kanak2.
Selain itu, kursus ini meningkatkan pengetahuan n kemahiran asas pengasuh ttg pengendalian kecemasan yg melibatkan kanak2, seperti bertindak dgn tenang, mengenal pasti situasi berisiko, serta mengambil langkah awal yg betul sementara menunggu bantuan lanjut. Kefahaman ini amat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan serius n memastikan keselamatan kanak2 sentiasa diutamakan dlm apa jua keadaan di taska.
Kesimpulannya, kursus ini sbgai asas peringatan brsama utk membentuk kesedaran bahawa perlindungan kanak2 adalah TANGGUNGJAWAB bersama, bukan sekadar pematuhan kpd peraturan atau undang-undang, tetapi satu amanah yg menuntut keprihatinan, ilmu, kesediaan bertindak dan sikap yg murni.
Dgn pengetahuan yg diperoleh, staff APC diharapkan dapat mengaplikasikan amalan terbaik dlm mencegah kecuaian n pengabaian, serta bertindak secara bijak n berkesan sekiranya berlaku kecemasan demi kesejahteraan kanak2.
APC