13/04/2026
Alhamdulillah ๐ค
Hari ini TPAN menerima kunjungan ziarah daripada Habib Ahmad Husein Aidid, ulama dari Hadhramaut, Yaman. Habib adalah pendakwah yang aktif berdakwah di Nusantara.
Ini adalah kunjungan kedua Habib selepas 8 tahun. Habib pernah menyantuni anak-anak TPAN pada tahun 2018. Pada tahun ini sekali lagi TPAN direzekikan untuk menerima kunjungan Habib Ahmad Husein Aidid.
Habib mendoakan agar para guru dan murid diberikan hati yang terang, dilimpahi keberkatan, serta dikurniakan istiqamah dalam menuntut ilmu.
Semoga ziarah ini membawa banyak kebaikan dan barakah buat kita semua โจ