06/11/2025
PLP Skill Institute Melaka Unggul di Kuala Lipis Culinary Challenge 2025
KUALA LIPIS, PAHANG, 6 November 2025 — PLP Skill Institute Melaka sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam pertandingan Kuala Lipis Culinary Challenge 2025 yang berlangsung meriah di D’Kemahang Serenity, Benta.
Pertandingan yang menghimpunkan 26 kumpulan melibatkan 104 peserta ini terdiri daripada pelajar kolej awam dan swasta di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Setiap kumpulan disertai empat peserta termasuk seorang pengurus pasukan. Lima kumpulan pelatih kemahiran dan lima kumpulan komuniti Kuala Lipis telah berjaya mara ke peringkat akhir. Hidangan yang dihasilkan oleh pelatih PLP Skill Institute Melaka berjaya menambat hati para juri, sekaligus melayakkan mereka meraih gelaran juara keseluruhan.
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad yang hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan pertandingan berprestij ini. Turut Bersama YBHG. Puan Hajah Zuleah BT Darsong Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Ketua juri, Chef Ridhuan Malek, yang juga Eksekutif Chef Hilton Petaling Jaya, melahirkan rasa teruja terhadap mutu dan kreativiti para peserta. Turut mengadili pertandingan ialah chef selebriti terkenal tanah air termasuk Chef Johari Idrus, Chef Sabri Hasan, Chef Kamaruddin Adnin, dan Chef Zam. Tidak ketinggalan panel NOSS Dan president persatuan cef disetiap Negeri.
Sebelum pertandingan berlangsung, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Seni Kulinari dan Gastronomi di lokasi yang sama.
Kemenangan ini menjadi bukti komitmen PLP Skill Institute Melaka dalam melahirkan pelatih kemahiran bertaraf tinggi yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
21/08/2025
28/11/2024
28/11/2024
11/05/2024
04/05/2024
11/03/2024
01/11/2023
01/11/2023
01/11/2023