02/05/2025
UTeM CYCLING TEAM NAIB JOHAN KATEGORI BERPASUKAN OCBC CYCLE KUALA LUMPUR 2025
Pasukan Lumba Basikal UTeM berjaya mencatatkan pencapaian terbaik apabila muncul Naib Johan Kategori Berpasukan dalam kejohanan OCBC CYCLE KL 2025.
Kejohanan yang diadakan pada 27 April yang lalu diadakan disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sasaran pasukan untuk menempatkan diri dalam 3 pasukan terbaik berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.
Kejayaaan ini akan menjadi pemangkin semangat pasukan untuk terus mencipta kejayaan sepanjang tahun 2025 ini.
Pencapaian ini merupakan kejayaan yang sangat bermakna pada pasukan kerana kejohanan ini menampilkan ramai pelumba dan pasukan lumba basikal yang ternama dalam perlumbaan ini
14/04/2025
LATIHAN PERSEDIAAN UTeM CYCLING TEAM - ROAD TO OCBC CYCLE 2025
Pasukan Lumba Basikal telah melakukan latihan persediaan bagi menghadapi Kejohanan OCBC CYCLE 2025 pada 12 - 13 April yang lalu.
Kayuhan hari pertama melibatkan jarak sejauh 65km bermula dari Bukit Baru ke Sungai Rambai Melaka.
Manakala pada hari kedua melibatkan kayuhan mendaki bukit di Getting Sempah dengan jarak 50km.
Pasukan mensasarkan untuk memberikan saingan terbaik dalam kejohanan edisi 2025 kali ini.
13/08/2024
ATLET BERBASIKAL WANITA RAIH TEMPAT Ke3 KEJOHANAN MPAJ MTB AU2 XCO 2024
Atlet berbasikal wanita berjaya meraih tempat ke 3 dalam kategori Women MPAJ MTB AU2 XCO 2024.
Siti Halimatul Saadiah dari FTMK terus cemerlang dalam kejohanan yang diadakan pada 13 Julai 2024 di Ampang, Selangor
Ini merupakan persedian untuk kejohanan SUKIPT 2024 nanti
13/08/2024
ATLET BERBASIKAL STAFF UTeM TEMPAT KETIGA SUKUM SABAH 2024
Amirrudin Jamaludin atlet berbasikal staf UTeM berjaya meraih tempat ketiga dalam acara berbasikal MTB di SUKUM Sabah 2024
13/08/2024
ATLET BERBASIKAL WANITA RAIH TEMPAT Ke4 KEJOHANAN XCO TAMPIN MTB 2024
Atlet berbasikal wanita berjaya meraih tempat ke 4 dalam kategori Women Open XCO MTB 2024.
Siti Halimatul Saadiah dari FTMK terus cemerlang dalam kejohanan yang diadakan pada 10 - 11 Ogos 2024 di Tampin, Negeri Sembilan.
Ini merupakan persedian untuk kejohanan SUKIPT 2024 nanti
19/07/2024
Day 3 UCC Tour Ride 2024 ( Jelajah Berbasikal UTeM)
Stage 3
Simpang Pulai - Cameron Highland
76km
17/07/2024
Day 2 UCC Tour Ride 2024 ( Jelajah Berbasikal UTeM)
Stage 2
Kuala Selangor - Bidor
145km
Terima Kasih pihak pengurusan Masjid Masjid Abu Huraira Bidor...
untuk Jamuan Bubur Asyura oleh pihak masjid..
17/07/2024
Day 1 UCC Tour Ride 2024 ( Jelajah Berbasikal UTeM)
Stage 1 Pusat Sukan UTeM - Morib 150KM
17/07/2024
UCC TOUR RIDE 2024 (JELAJAH BERBASIKAL UTeM)
Latihan Pasukan Berbasikal UTeM akan diadakan pada 15-18 Julai 2024 sejauh 448KM merangkumi 4 peringkat. Sesi taklimat akhir bagi persiapan UCC Tour Ride 2024 telah diadakan bagi memastikan perjalanan Jelajah berjalan lancar.
Taklimat dikendalikan Penyelaras Basikal En. Razali bin Yaakob pada hari Jumaat 12 Julai 2024 di Pusat Sukan UTeM
29/06/2023
HAPPY EID AL- ADHA 1444H
🤝 Ikhas Daripada Sekretariat LTdIPT2023