Institut Tun Perak

Institut Tun Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Tun Perak, No. 6, Jalan Mutiara Melaka 3 Taman Mutiara, Batu Berendam, Malacca City.

20/08/2026
20/08/2026

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke konti MELAKAfm bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 & Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026.

MELAKAfm❤️🎙️


WACANA KEMERDEKAAN 2026 SEDANG BERLANGSUNG DI PERZIMMelaka, 2026 – Program Wacana Kemerdekaan 2026 kini sedang berlangsu...
20/08/2026

WACANA KEMERDEKAAN 2026 SEDANG BERLANGSUNG DI PERZIM

Melaka, 2026 – Program Wacana Kemerdekaan 2026 kini sedang berlangsung di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, program ini menjadi platform perbincangan ilmiah berkaitan isu-isu semasa dan hala tuju masa depan negara.

Program menampilkan dua sesi utama iaitu:

Sesi 1: Perpaduan Nasional sebagai Teras Kelangsungan Kemerdekaan Malaysia
oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Teo Kok Seong (UKM).

Sesi 2: Malaysia Mendepani Cabaran Geopolitik dan Ekonomi Global: Mengukuhkan Kedaulatan Negara Pasca 69 Tahun Kemerdekaan
oleh Dr. Azmi Hassan, Felo Majlis Profesor Negara.

Kedua-dua sesi ini dimoderasikan oleh Encik Haiqal Syukri bin Jantan, Pengarah Eksekutif MISDEC, yang turut memandu perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan isu-isu strategik negara.

Perbincangan turut menekankan cabaran mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia serta langkah-langkah untuk terus mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Selain itu, program ini turut mengupas isu geopolitik semasa, hubungan kuasa-kuasa besar, peranan ASEAN serta kepentingan Malaysia untuk terus memperkukuh diplomasi berprinsip dalam mempeInstitut Tun PerakaKerajaan Negeri MelakaoAktiviti Datuk Zaidi Attannkan komitmen berterusan dalam memperkukuh perpaduan, kedaulatan dan kemajuan negara.

“69 Tahun Merdeka: Perpaduan Diperkasa, Kedaulatan Dipelihara, Malaysia Terus Melangkah.”

🇲🇾 AYUH SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN! 🇲🇾Sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026, Institut Tun Perak b...
14/08/2026

🇲🇾 AYUH SEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN! 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 Tahun 2026, Institut Tun Perak bersama rakan strategik menjemput seluruh warga Melaka untuk hadir ke Wacana Kemerdekaan Malaysia Ke-69 dengan tema:

🇲🇾 “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 12.45 tengah hari
📍 Dewan PERZIM (Muzium Rakyat), Melaka

🎙️ PENCERAMAH
🔹 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Teo Kok Seong
Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM

🔹 Dr. Azmi Hassan
Felo, Majlis Profesor Negara

🎤 Moderator:
En. Haiqal Syukri bin Jantan
Pengarah Eksekutif, Melaka Industrial Skills Development & Entrepreneurship Centre (MISDEC)

✨ Jom bersama-sama menghayati makna kemerdekaan, memperkukuh perpaduan nasional serta menyemarakkan semangat cinta akan negara.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah — ia adalah amanah untuk kita terus bina bersama. 🇲🇾

📌 Jangan lepaskan peluang! Jumpa anda di Wacana Kemerdekaan Malaysia Ke-69!

Institut Tun Perak@



📊🎬 SERLAHKAN KREATIVITI ANDA MELALUI DATA!Penyertaan bagi Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat...
12/08/2026

📊🎬 SERLAHKAN KREATIVITI ANDA MELALUI DATA!

Penyertaan bagi Pertandingan Video Penceritaan Data & Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026 kini dibuka!

Bertemakan “Daripada Data kepada Tindakan” (From Data to Action), pertandingan ini mencabar anda mengolah data menjadi sebuah cerita atau karya visual yang menarik, mudah difahami dan mampu mencetuskan tindakan.

2 kategori Pertandingan :

🏫 Pelajar Sekolah Menengah
🎓 Pelajar Institut Pengajian Tinggi

Hadiah menarik menanti bagi setiap kategori:

🎥 Video Penceritaan Data
🥇 RM700 + sijil
🥈 RM500 + sijil
🥉 RM300 + sijil
🎁 7x Saguhati RM100

🎨 Poster Kreatif
🥇 RM300 + sijil
🥈 RM200 + sijil
🥉 RM100 + sijil
🎁 7x Saguhati RM50

✅ Penyertaan PERCUMA
📅 Tarikh tutup: 30 Oktober 2026
⏰ Masa: 11.59 malam

Juri Pertandingan diperlukan!!!

Jangan sekadar melihat data, jadikan data sebagai suara yang mampu membawa perubahan!

📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.

Anjuran:
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Institut Tun Perak

Kerajaan Negeri Melaka
Fairul Nizam Roslan Along
Ab Rauf Yusoh



12/08/2026

🇲🇾Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menghimpunkan 12,000 peserta persembahan dan perbarisan dari pelbagai jabatan/ agensi Negeri Melaka yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.00 pagi
📍 Lokasi: Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka.

🇲🇾Ayuh warga Melaka bersama keluarga, kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan semangat patriotisme demi negara kita. Jumpa anda di sana!

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Mana Lagi? Melaka Ler..





HANG TUAH: TOKOH SEJARAH ATAU LEBIH DARIPADA ITU?Sejauh mana kita benar-benar mengenali Hang Tuah?Bukan sekadar kisah “T...
12/08/2026

HANG TUAH: TOKOH SEJARAH ATAU LEBIH DARIPADA ITU?

Sejauh mana kita benar-benar mengenali Hang Tuah?

Bukan sekadar kisah “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”, tetapi tentang ketokohan, kebijaksanaan, kepimpinan, strategi dan pemikiran seorang tokoh yang terus menjadi perbahasan sehingga hari ini.

Seminar Hang Tuah kembali dengan tema:

“KETOKOHAN DAN KEBIJAKSANAAN HANG TUAH”

Menampilkan 3 tokoh akademik dan sejarawan berpengalaman yang akan mengupas Hang Tuah daripada perspektif yang berbeza:

🎙️ Prof. Dr. Solehah Yaacob
Sarjana Linguistik Arab

🎙️ Prof. Madya Dr. Azmi bin Arifin
Pensyarah Kanan, Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM

🎙️ Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali
Ahli Majlis Sejarawan Negara

Kalau anda seorang yang minat sejarah, warisan Melayu, tokoh kepimpinan atau mahu memahami Hang Tuah daripada sudut ilmiah, seminar ini memang untuk anda.

⚠️ PENYERTAAN TERHAD — HANYA 50 PESERTA SAHAJA!

📅 8 September 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Auditorium Hang Tuah Center, Duyong, Melaka

🎟️ Tempat adalah TERHAD. Jangan tunggu sampai penuh!

👉 Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran.

Datang bukan sekadar untuk mendengar kisah Hang Tuah.
Datang untuk melihat Hang Tuah dari perspektif yang mungkin belum pernah anda fikirkan.


Institut Tun Perak
Kerajaan Negeri Melaka

TAHNIAH & SELAMAT BERTUGASSetinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat bertugas diucapkan kepada YB Datuk MD Azhan bin Sam...
11/08/2026

TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat bertugas diucapkan kepada YB Datuk MD Azhan bin Samat @ Limat atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Melaka, berkuat kuasa pada 11 Ogos 2026.

Pelantikan ini pastinya hadir bersama amanah dan tanggungjawab yang besar dalam meneruskan kecemerlangan perkhidmatan awam serta memastikan pengurusan kewangan negeri dilaksanakan dengan penuh integriti, cekap dan berakauntabiliti.

Semoga YB Datuk MD Azhan terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan, demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Melaka.

Selamat menjalankan amanah dan selamat maju jaya.

Ikhlas daripada,
Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif
serta seluruh warga kerja Institut Tun Perak



SETINGGI-TINGGI TAHNIAHInstitut Tun Perak(ITP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah  kepada YB Datuk Wira Salhah binti Sal...
11/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Institut Tun Perak(ITP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Wira Salhah binti Salleh atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, berkuat kuasa pada 11 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi wadah untuk terus mencurahkan khidmat bakti dengan penuh integriti, iltizam dan kewibawaan, demi memperkukuh tadbir urus serta memperkasa pembangunan dan kesejahteraan Negeri Melaka.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Semoga terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah demi kemajuan Negeri Melaka yang tercinta.

Daripada:
Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif
serta seluruh warga kerja Institut Tun Perak



🇲🇾🔥 PROMOSI BULAN KEMERDEKAAN 2026! 🔥🇲🇾Nak kenali sejarah perjuangan dan tokoh yang membentuk negara kita? 🇲🇾Sempena Bul...
11/08/2026

🇲🇾🔥 PROMOSI BULAN KEMERDEKAAN 2026! 🔥🇲🇾
Nak kenali sejarah perjuangan dan tokoh yang membentuk negara kita? 🇲🇾
Sempena Bulan Kemerdekaan, dapatkan 2 buah buku sejarah pilihan yang mengangkat kisah perjuangan dan tokoh penting negara:

📕 Yusoff Rono - Wira Bukit Kepong –
📗 Pejuang-pejuang Kemerdekaan

🔥 PROMO ISTIMEWA: RM69 SAHAJA!
Harga asal RM125 ❌
Jimat RM56! 🤩

Bukan sekadar buku, tetapi sebuah koleksi sejarah yang wajar dimiliki dan dihayati — sesuai untuk bacaan sendiri, koleksi peribadi, bahan rujukan mahupun hadiah.

🇲🇾 Bulan Merdeka, bulan untuk kita mengenang jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu.
⚠️ Harga promosi terhad! Jangan tunggu sampai terlepas.
⚠️ Stok Terhad dalam promosi 10 Ogos hingga 31 September 2026 ( sementara stok masih ada)

📲 Nak dapatkan sekarang?
Klik whatapps untuk pertanyaan dan pembelian :
Fairuz: 011-6182 2012

🇲🇾 Hayati sejarah. Kenali perjuangan. Hargai kemerdekaan.

Address

No. 6, Jalan Mutiara Melaka 3 Taman Mutiara, Batu Berendam
Malacca City
75350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6063174475

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Tun Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Tun Perak:

Shortcuts

Share