Pusat Bimbingan Al-Quran Dan Fardhu Ain Baitul Ulum

Pusat Bimbingan Al-Quran Dan Fardhu Ain Baitul Ulum Pusat Bimbingan Al-Quran & Fardu Ain

14/11/2024
Salam Maulidurrasul, jom perbanyakkan selawat tanda ingatan kepada Rasulullah 💖Allah SWT berfirman : إِنَّ اللَّـهَ وَمَ...
15/09/2024

Salam Maulidurrasul, jom perbanyakkan selawat tanda ingatan kepada Rasulullah 💖

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab: 56)

🌸 اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🌸

*NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA* 1) Sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah dan jangan kufur nikmat (Su...
17/06/2023

*NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA*

1) Sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian Allah dan jangan kufur nikmat (Surah Luqman, ayat : 12)

2) Jangan mensyirikkan Allah, syirik adalah dosa yang besar (Surah Luqman, ayat : 13)

3) Buat baik dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa (Surah Luqman, ayat : 14)

4) Jangan melakukan perkara syirik walaupun atas arahan ibu bapa, walaupun begitu, layanlah ibu bapa itu dengan baik (tidak boleh taat dalam perkara yang boleh mendatangkan dosa) (Surah Luqman, ayat : 15)

5) Allah maha mengetahui walau tersembunyinya sekecil-kecil perkara dalam dunia ini. Maka jangan meremehkan walau sekecil-kecil kebaikan atau keburukan kerana ianya akan dibalas oleh Allah (Surah Luqman, ayat : 16)

6) Jaga solat (Surah Luqman, ayat : 17)

7) Suruh orang buat baik (amar makruf) dan cegahlah keburukan (nahi mungkar) (Surah Luqman, ayat : 17)

8) Bersabar di atas ujian kehidupan yang menimpa (Surah Luqman, ayat : 17)

9) Jangan bersikap sombong, sifat sombong dibenci Allah (Surah Luqman, ayat : 18)

10) Berakhlak dengan akhlak mulia, berjalan dan bercakaplah dengan penuh berakhlak (Surah Luqman, ayat : 19)

Walaupun hujan, anak-anak soleh dan solehah ni tetap datang mengaji petang ni. 💖Lepas mengaji, tasmik hafazan surah lazi...
03/03/2023

Walaupun hujan, anak-anak soleh dan solehah ni tetap datang mengaji petang ni. 💖
Lepas mengaji, tasmik hafazan surah lazim dan bacaan dalam solat.
Semoga menjadi asbab hidayah..🤲🏻

Lepas solat Subuh, mereka terus datang dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah untuk talaqqi Al-Quran. Semoga Allah merahmati ...
21/02/2023

Lepas solat Subuh, mereka terus datang dari Kuala Linggi ke Masjid Tanah untuk talaqqi Al-Quran. Semoga Allah merahmati insan-insan yang mencintai Al-Quran. 🤲🏻

"Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jih...
27/12/2022

"Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad."

-Imam Al-Ghazali Rahimahullah-

Program cuti sekolah ni kami hanya fokus pada pelajar-pelajar tetap Baitul Ulum supaya dapat tambah masa talaqqi, memant...
18/12/2022

Program cuti sekolah ni kami hanya fokus pada pelajar-pelajar tetap Baitul Ulum supaya dapat tambah masa talaqqi, memantapkan tajwid dan menambah hafazan. Alhamdulillah banyak kemajuan dalam tempoh 1 minggu program.
Syukur kepada Allah. 🤲🏻

Address

Masjid Tanah Melaka
Malacca City
78300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60176415446

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Bimbingan Al-Quran Dan Fardhu Ain Baitul Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Bimbingan Al-Quran Dan Fardhu Ain Baitul Ulum:

Shortcuts

Share

Category