PASTI Al Falah Limbongan Permai Melaka

PASTI Al Falah Limbongan Permai Melaka

Share

Pasti Al Falah Limbongan Permai Melaka

Photos from PASTI Al Falah Limbongan Permai Melaka's post 03/05/2026

Alhamdulillah, jutaan syukur kepada Allah kerana pinjamkan rasa gembira ini dan terharu sangat atas segala usaha dan penat lelah para guru dan ibu bapa. Yang bertungkus lumus meredah panas dan hujan untuk bantu anak-anak berlatih

Sesungguhnya bukan mudah untuk sebuah pasti yang baru usia 2 tahun , kalau dizahirkan sbg manusia , Pasti Al Falah baru sahaja nak pandai bertatih di bandingkan pasti2 lain yang dah cecah 15-20 tahun. Yang dah biasa rangkul juara bertahan setiap tahun, tapi Pasti Al Falah mampu bersaing setanding senior2 yg lain 🀲🏻πŸ₯Ί

Hayya Alal falahh !!

πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

01/05/2026
01/05/2026

Tahniah anak2 semua...πŸ₯ΉπŸ€²πŸ»

Johan bola sepak⚽️
Naib johan bola jaringπŸ€

Walaupun kita Pasti yang baru bertatih , tapi kalian buktikan betapa tingginya kalian mampu terbang setanding Pasti-pasti lain yg juara berturut-turut sepanjang tahun.

Alhamdulillah 🀲🏻😍
Terimakasih juga kepada ibu ayah yg sentiasa support dari awal hingga akhir😊

01/05/2026

⚽🏐 NUTRISI & VITAMIN UNTUK PEMAIN PASTI (4–6 TAHUN)

Apa yang ibu bapa & guru PERLU benar-benar faham

Ramai menyangka prestasi anak-anak dalam sukan datang daripada vitamin atau supplement.

Hakikatnya... itu hanya sebahagian kecil.

πŸ‘‰ Asas sebenar adalah rutin harian yang konsisten.

Infografik ini dibina untuk membantu kita faham satu perkara penting:

Anak yang cukup makan, cukup minum, cukup rehat...
akan lebih bertenaga, kurang sakit, dan lebih seronok bermain.

🧩 5 LANGKAH PEMAKANAN PEMAIN KECIL

1️⃣ Sebelum latihan / perlawanan (1–2 jam sebelum)

Ini adalah 'fuel utama' untuk anak.

Matlamat:
πŸ‘‰ Tenaga tahan lama (bukan tenaga kejutan/sugar spike)

Contoh mudah:

- Roti + sapuan (peanut butter/jem)
- Pisang + susu
- Oat + buah

❗ Kesilapan biasa:

- Air manis / coklat terlalu dekat dengan waktu game
β†’ Anak cepat 'drop' tenaga di tengah permainan

2️⃣ 30 minit sebelum mula

Fokus hanya satu:

πŸ‘‰ Hydration (air)

Cukup:

- Air kosong secukupnya

Elakkan:

- Minuman manis
- Minum terlalu banyak hingga perut tidak selesa

3️⃣ Semasa aktiviti

Untuk kanak-kanak umur 4–6 tahun:

πŸ‘‰ Air kosong sudah mencukupi

Tidak perlu:

- Isotonic drink
- Minuman tenaga

Cukup:

- Minum sedikit setiap 15–20 minit

Matlamat:
βœ”οΈ Kekalkan tenaga
βœ”οΈ Elak dehidrasi

4️⃣ Selepas aktiviti (30–60 minit pertama)

Ini adalah waktu paling penting untuk recovery.

πŸ‘‰ Gabungan terbaik:
Karbohidrat + Protein

Contoh:

- Nasi + ayam + sayur
- Mee sup + telur
- Roti + telur + susu

πŸ‘‰ Ini jauh lebih penting daripada sebarang vitamin.

5️⃣ Setiap hari (rutin asas)

Kalau bahagian ini tak dijaga, semua langkah lain kurang kesan.

Pastikan anak:

- πŸ₯¦ Makan buah & sayur
- πŸ’§ Minum air secukupnya
- 😴 Tidur cukup (9–11 jam)
- πŸƒ Aktif bergerak & bermain

πŸ’Š PERANAN VITAMIN C (REALISTIK)

Dalam infografik, anak diberikan:
πŸ‘‰ Vitamin C 60mg sehari

Fungsi sebenar:

- Sokong sistem imun
- Bantu penyembuhan tisu
- Bertindak sebagai antioksidan
- Bantu serapan zat besi

πŸ‘‰ Tetapi penting untuk difahami:

Vitamin C:
❌ Tidak menjadikan anak lebih laju
❌ Tidak meningkatkan stamina secara langsung
❌ Tidak menggantikan makanan

⏱️ BILA KESAN AKAN NAMPAK?

Ramai mengharapkan perubahan cepat.

Realitinya:

- 1–2 minggu
β†’ Tiada perubahan ketara

- 2–4 minggu
β†’ Mungkin kurang selsema ringan
β†’ Recovery sedikit lebih baik

- 1–3 bulan
β†’ Sistem imun lebih stabil
β†’ Kurang mudah jatuh sakit berulang

πŸ‘‰ Kesan adalah halus & jangka panjang, bukan drastik.

⚠️ SALAH FAHAM PALING BESAR

β€œDah bagi vitamin, dah cukup.”

Ini tidak tepat.

Kerana:

πŸ‘‰ Vitamin hanyalah pelengkap (support)
πŸ‘‰ Bukan asas (foundation)

🧠 YANG LEBIH PENTING DARIPADA VITAMIN

Empat perkara ini beri impak jauh lebih besar:

1. 🍽️ Pemakanan seimbang
2. 😴 Tidur cukup
3. πŸ’§ Air mencukupi
4. πŸƒ Aktiviti fizikal konsisten

Jika ini dijaga:
πŸ‘‰ Barulah vitamin memberi manfaat optimum

🎯 PENUTUP

Infografik ini membawa satu mesej besar:

Prestasi anak-anak bukan datang dari supplement,
tetapi dari rutin harian yang konsisten.

Dan yang paling penting:

πŸ‘‰ Matlamat umur ini bukan prestasi tinggi... tetapi kesihatan & kegembiraan bermain.

Kredit: PASTI Bangi

01/05/2026

β€œHuruf β€˜GS’ di dada awak ini bukan sekadar posisi, ia adalah kepercayaan cikgu dan kawan-kawan kepada awak. Jangan nangis, cikgu tahu awak boleh”

Zaman sekarang ni kalau kita nak kejar ilmu, terlalu banyak medium yang kita boleh dapatkan.

Ada yang kita boleh dapat melalui pembacaan, pendengaran mahupun penglihatan. Aplikasi pun macam-macam ada.

Di sini kita akan nampak peranan guru.

Tugas seorang guru bukan sekadar mengajarkan ilmu, ada elemen bimbingan lain yang diperoleh bila duduk depan-depan dan bertalaki bersama.

Ada bimbingan guru berfungsi untuk mencungkil bakat. Kalau diluar tu kita panggil β€œcoach itu…, coach ini… β€œ . Apatah lagi buat anak-anak yang berumur 4-6 tahun ini. Sangatlah penting melentur buluh dari rebungnya.

Ada bimbingan guru berfungsi dalam memberi kata-kata yang mempunyai kuasa β€˜magis’. Sampaikan bila anak berada dirumah, kerap sekali perkataan yang keluar β€œCikgu Faa kata kena buat macam ni”. Nampak anak lebih percaya guru daripada kita.

Mendidik generasi muda sekarang ni bukan sekadar tentang pemindahan ilmu pengetahuan, tetapi tentang pembentukan sahsiah dan daya tahan

Di sinilah peranan guru menjadi sangat kritikal:

1. Membentuk Kecerdasan Emosi (EQ)
2. Menanam Nilai Rabbani
3. Melahirkan Pemimpin Yang Berani

16 Mei nanti kita akan buat Sambutan Hari Guru kepada institusi pendidikan dalam PAS iaitu PASTI, SRITI dan SMITI. Temui anda di sana.

Kredit Gambar: PASTI Kawasan Iskandar Puteri

28/02/2026

Alhamdulillah seperti yang ditunggu-tunggu.

Pendaftaran untuk 2027 telah pun dibuka πŸ₯°

Tempat adalah terhad, First come first serve ya 😍

https://forms.gle/f23J61HR6wmJMiVk9

Jumpa tahun depan anak-anak 🀩

Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Ustaz Muiz - 0176073949
Cikgu Tiwi - +60 16-935 3557

19/02/2026

Sabar ye semua, inshaAllah bulan Mac 2026 cikgu buka pendaftaran untuk semua ye 🫢🏻πŸ₯°

17/02/2026

❀️

16/02/2026

Terima kasih THR Gegar atas liputan. Semoga mengalir pahala buat semua ibu bapa, penginfaq dan pemberi sumbangan untuk kelangsungan PASTI Al Falah Limbongan Permai 🀲🏻

16/02/2026

Terima kasih era atas liputan. Semoga mengalir pahala buat semua ibu bapa , para penginfaq dan yang memberi sumbangan baik dari segi tenaga, duit dan buah fikiran atas kelangsungan anak-anak di PASTI Al Falah Limbongan

Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No 14, LP 6, Taman Limbongan Permai
Malacca City
75200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00