Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa - UTeM

Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa - UTeM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa - UTeM, College & University, Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal, Malacca City.

LAWATAN DAN MESYUARAT BERSAMA LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)​Pada hari ini, 11 September 2026, satu sesi lawatan dan...
11/09/2026

LAWATAN DAN MESYUARAT BERSAMA LEMBAGA TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

​Pada hari ini, 11 September 2026, satu sesi lawatan dan mesyuarat rasmi bersama pihak Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah berlangsung dengan jayanya pada jam 10.00 pagi bertempat di Anjung Persidangan Utama.

​Sesi perbincangan bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ini turut melibatkan penyertaan kepimpinan akademik yang terdiri daripada semua Dekan, Timbalan Dekan Akademik, serta Pengarah dan Timbalan Pengarah PPPA.

Delegasi pihak MBOT p**a telah diwakili oleh YBhg. Dato' Ts. Ir. Dr. Badrulhisham bin Abdul Aziz, FASc selaku Pengerusi Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal; YBrs. Ts. Dr. Nor Aznan bin Mohd Nor, Pengarah TTAS; dan Puan Auni Batrisya binti Mohamad Zaihan, Penolong Pengarah Unit Pentadbiran dan Korporat TTAS.

​Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan delegasi MBOT atas kesudian mengadakan lawatan ini.

Diharapkan agar sinergi dan perbincangan strategik yang dijalankan dapat terus memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memacu kecemerlangan program berteraskan teknologi dan teknikal pada masa hadapan.

Bengkel Kertas Kerja Penubuhan Fakulti Teknologi Tenaga dan Kelestarian11 September 2026Bengkel Kertas Kerja Penubuhan F...
11/09/2026

Bengkel Kertas Kerja Penubuhan Fakulti Teknologi Tenaga dan Kelestarian

11 September 2026

Bengkel Kertas Kerja Penubuhan Fakulti Teknologi Tenaga dan Kelestarian telah diadakan bagi merangka serta memuktamadkan struktur utama kertas kerja penubuhan fakulti selaras dengan standard MQA dan KPT.

Bengkel ini turut membincangkan penawaran program akademik, penandaarasan, struktur kurikulum, unjuran enrolmen pelajar serta keperluan sumber manusia dan infrastruktur bagi menyokong penubuhan fakulti baharu UTeM.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT DATANGUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke...
02/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

YBrs. Prof. Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh
atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuat kuasa 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028.

YBrs. Profesor Ir. Dr. Mohd Shukry bin Abdul Majid
atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkuat kuasa 1 September 2026.

Sesungguhnya pelantikan semula ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman serta sumbangan berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan akademik dan antarabangsa di institusi pendidikan tinggi.

Semoga kedua-dua YBrs. Profesor terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam menggalas amanah, seterusnya membawa USIM dan UniMAP ke tahap yang lebih cemerlang.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Kunjungan Presiden dan Delegasi Tokushima University ke UTeM26 Ogos 2026 | UTeMUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM...
26/08/2026

Kunjungan Presiden dan Delegasi Tokushima University ke UTeM

26 Ogos 2026 | UTeM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini menerima kunjungan Presiden Tokushima University, Jepun, Prof. Yasuhiko Kawamura, bersama delegasi profesor dan penyelidik dari Tokushima University sempena lawatan kerja serta TU-UTeM Joint Symposium on Research yang bertemakan “Advancing Collaborative Research for TU and UTeM”.

Delegasi Tokushima University yang hadir terdiri daripada Prof. Tosh*taka Baba, Prof. Kazuhiko Kinosh*ta, Prof. Pankaj Koinkar, Prof. Takashi Yasuno, Prof. Mikito Yasuzawa serta Prof. Satoshi Hashimoto. Kehadiran barisan profesor daripada pelbagai bidang kepakaran seperti disaster research and resilience, information science, nanomaterials, robotics and smart agriculture, biomaterials serta bidang antarabangsa dan bahasa ini membuka ruang yang luas untuk perkongsian kepakaran dan penerokaan kerjasama penyelidikan antara kedua-dua universiti.

Turut sama menyambut ketibaan delegasi Tokushima University ialah Naib Canselor UTeM serta barisan Timbalan Naib Canselor UTeM, sebagai tanda komitmen UTeM dalam memperkukuh hubungan strategik dan jaringan akademik antarabangsa, khususnya bersama institusi pengajian tinggi di Jepun.

Sesi TU-UTeM Joint Symposium on Research turut menampilkan pembentangan penyelidikan oleh profesor Tokushima University dan penyelidik UTeM, selain perbincangan berkaitan projek penyelidikan bersama, penerbitan bersama, matching grant, peluang pembiayaan penyelidikan serta pertukaran staf.

Lawatan kerja ini turut diteruskan dengan sesi lawatan makmal dan perbincangan penyelidikan bagi mengenal pasti bidang kepentingan bersama serta potensi kolaborasi yang boleh diterjemahkan kepada projek dan penerbitan bersama pada masa akan datang.

Kunjungan ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan UTeM dan Tokushima University serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik dalam bidang penyelidikan, akademik dan pembangunan bakat di peringkat antarabangsa.

22 Ogos 2026TNCAA UTeM Santuni Pelajar Separuh Masa di IKM ManjungHari ini, Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Timbalan...
22/08/2026

22 Ogos 2026

TNCAA UTeM Santuni Pelajar Separuh Masa di IKM Manjung

Hari ini, Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, berkesempatan singgah ke IKM Manjung, Perak bagi melihat perkembangan serta beramah mesra bersama pelajar separuh masa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik.

Dalam kesempatan tersebut, Prof. Dr. Mohd Rizal turut menitipkan kata-kata semangat dan motivasi kepada para pelajar separuh masa agar terus cekal, tidak mudah berputus asa serta sentiasa berusaha dalam melanjutkan dan menamatkan pengajian.

Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan pandangan serta maklum balas secara langsung daripada para pelajar berhubung pengalaman dan cabaran mereka sepanjang mengikuti pengajian secara separuh masa.

Pertemuan santai ini menjadi ruang bermakna untuk mendengar suara dan pandangan pelajar, di samping memperkukuh komitmen UTeM dalam memastikan pengalaman serta keperluan pelajar sentiasa diberi perhatian.

Teruskan melangkah dan jangan pernah berputus asa. Setiap usaha hari ini adalah langkah menuju kejayaan masa hadapan. 🎓💪

17 Ogos 2026Semalam, hari Isnin telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Akademik dan Antarabangsa (JKAA) MTUN Bil. 3...
18/08/2026

17 Ogos 2026

Semalam, hari Isnin telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Akademik dan Antarabangsa (JKAA) MTUN Bil. 3/2026 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Mesyuarat ini telah menghimpunkan seramai 22 orang ahli mesyuarat daripada rangkaian Malaysia Technical University Network (MTUN) bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal akademik dan antarabangsa, selaras dengan usaha memperkukuh kerjasama strategik antara universiti-universiti MTUN.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai input dan pandangan telah dikongsi secara konstruktif bagi memastikan agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi impak kepada pembangunan akademik serta jaringan antarabangsa.

Semoga hasil perbincangan yang telah dicapai dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama antara universiti MTUN serta menyokong agenda kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

16 Ogos 2026Hari ini, Ahli Jawatankuasa Akademik dan Antarabangsa (JKAA) MTUN telah tiba di Universiti Malaysia Pahang A...
16/08/2026

16 Ogos 2026

Hari ini, Ahli Jawatankuasa Akademik dan Antarabangsa (JKAA) MTUN telah tiba di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Jawatankuasa Akademik dan Antarabangsa (JKAA) MTUN Bil. 3/2026.

Sebaik tiba di UMPSA, jawatankuasa daripada UTeM turut berkesempatan meninjau bilik mesyuarat serta membuat persiapan dan menyusun atur keperluan mesyuarat bagi memastikan tempat yang akan digunakan oleh ahli-ahli mesyuarat pada esok hari berada dalam keadaan siap dan teratur.

Pada sebelah malam p**a, ahli jawatankuasa menghadiri majlis makan malam yang menjadi ruang untuk wakil-wakil daripada rangkaian Malaysia Technical University Network (MTUN) bertemu dan berinteraksi dalam suasana yang lebih santai, sekali gus mengeratkan hubungan serta jalinan kerjasama antara universiti.

Seramai 22 orang ahli mesyuarat dijadualkan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Akademik dan Antarabangsa (JKAA) MTUN Bil. 3/2026 yang akan berlangsung pada esok hari.

Semoga segala persiapan yang dilaksanakan hari ini dapat memastikan perjalanan mesyuarat esok berlangsung dengan lancar, di samping terus memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara universiti-universiti MTUN.

4 Ogos 2026LAWATAN DELEGASI FEDERATION OF MALAYSIAN MANUFACTURERS (FMM) KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)Uni...
05/08/2026

4 Ogos 2026

LAWATAN DELEGASI FEDERATION OF MALAYSIAN MANUFACTURERS (FMM) KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima kunjungan hormat daripada pihak Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).

Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama
strategik antara pihak universiti dan industri, terutamanya dalam pemindahan teknologi, kebolehpasaran graduan, serta penyelidikan berimpak tinggi.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Lawatan yang telah dilantik. Semoga dengan komitmen, dedikasi, dan kerjasama padu daripada semua pihak, majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"MEMPERKASA INDUSTRI, MENERAJU INOVASI"

Address

Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal
Malacca City
76100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6065512011

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa - UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa - UTeM:

Shortcuts

Share