My HEPA UTeM

My HEPA UTeM

Share

Selamat datang ke page rasmi Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM. Gerbang media sosial

Photos from Pusat Kesihatan UTeM's post 24/06/2026
24/06/2026
Photos from Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin's post 24/06/2026
Photos from Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM's post 23/06/2026

Subuh yang hidup dengan zikir dan doa sentiasa melahirkan jiwa yang lebih kuat daripada sekadar kekuatan fizikal. Sebelum kaki melangkah ke garisan permulaan Olympic Day Run 2026, saya bersama-sama warga UTeM dan mahasiswa terlebih dahulu melangkah ke rumah Allah SWT bagi mengimarahkan Program Gegau Subuh, memohon keberkatan, kekuatan dan petunjuk dalam setiap langkah kehidupan.

Sebelum melangkah ke medan larian, kita terlebih dahulu memenuhi saf-saf solat, menadah tangan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kekuatan daripada Allah SWT. Inilah nilai yang perlu terus diperkukuhkan dalam pembentukan mahasiswa, iaitu kecemerlangan yang dibina bukan sahaja melalui usaha dan pencapaian, tetapi juga melalui hubungan yang kukuh dengan Yang Maha Esa.

Saya amat menghargai inisiatif BADAR UTeM yang berjaya menghimpunkan mahasiswa dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan. Program seperti ini membuktikan bahawa budaya hidup sihat dan aktif perlu bergerak seiring dengan pembinaan sahsiah, pengukuhan spiritual serta penghayatan nilai-nilai murni.

Semoga usaha mengimarahkan Subuh ini menjadi asbab kepada lahirnya mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, malah mempunyai jiwa yang tenang, hati yang kuat serta sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai sumber kekuatan dalam setiap langkah kehidupan.

Tempat pertama di garisan penamat adalah suatu kejayaan, namun saf pertama di rumah Allah adalah sebuah kemuliaan.




Photos from My HEPA UTeM's post 23/06/2026

KENYATAAN MEDIA TUDUHAN IPTA MENGAMALKAN KEMASUKAN "PINTU BELAKANG"

Merujuk kepada kenyataan yang telah dibangkitkan oleh seorang ahli politik baru-baru ini, Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNCR) Universiti Awam tampil menyuarakan pendirian rasmi berhubung isu-isu yang disentuh.

22/06/2026

HEBAHAN PENAWARAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuka permohonan penawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tahun 2026 menerusi pautan https://spsb.kbs.gov.my

Photos from Pusat Sukan UTeM's post 22/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Malacca City
76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00