Akademi Ibnu Abbas

Akademi Ibnu Abbas Membina Generasi Wasatiah

Pilih kawan yang bila kita dekat dengannya, hati jadi tenang dan iman bertambah. Bukan sekadar teman gelak tawa, tapi te...
23/04/2026

Pilih kawan yang bila kita dekat dengannya, hati jadi tenang dan iman bertambah. Bukan sekadar teman gelak tawa, tapi teman menuju syurga 🌹

“Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.”

Sahih al-Bukhari & Muslim

📢 Jemputan Majlis IlmuDengan penuh hormat, anda semua dijemput hadir ke majlis pengajian (Daurah Kitab):✨ Empat Puluh Ha...
23/04/2026

📢 Jemputan Majlis Ilmu

Dengan penuh hormat, anda semua dijemput hadir ke majlis pengajian (Daurah Kitab):

✨ Empat Puluh Hadis Hukum
Bersama: Ustaz Musa Mohd

🗓 23 April 2026 (Khamis)
🕋 Madrasah Al-Bayan, Bukit Katil Melaka
🕰 Selepas Maghrib

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga.”

Semoga kehadiran kita diberkati dan dirahmati.

16/03/2026

Janji Allah kepada orang yang bertaqwa bukan sekadar kebaikan di dunia, tetapi ganjaran syurga yang kekal, penuh kenikmatan dan keredaan-Nya. Segala amal yang dilakukan dengan ikhlas tidak pernah terlepas daripada pengetahuan Allah, kerana Dia sentiasa melihat setiap usaha hamba-Nya.

10/03/2026

Tidaklah menjadi salah mencari kesenangan dan selesaan dunia asalkan kita tahu ia hanyalah perhiasan yang bersifat sementara dan bukan tujuan yang akan dibawa ke akhirat.

09/03/2026

Kehidupan kita dalam beragama ini tidak boleh lari dari 2 syarat iaitu dia melakukan amal itu dengan Ikhlas dan menuruti Syariat.

02/03/2026

Niat di hati sudah cukup tanpa perlu lafaz di bibir

27/02/2026

Sabda Nabi s.a.w الصِّيَامُ جُنَّةٌ “Puasa itu perisai”. Namun tak semua puasa kita itu mampu menjadi perisai…

24/02/2026

Ramadan mengajar kita menahan lapar dan dahaga, tetapi ironinya, pada bulan inilah makanan paling banyak dibazirkan.

22/02/2026

Para sahabat dan salafusoleh telah membenihkan iman 6 bulan sebelum Ramadan. Bukan 1 Ramadan baru hendak “pulun” beramal. Ibadah bukan kerja bermusim. Umpama orang yang 6 bulan tidak berlatih bermain bola, bila hari pertandingan baru mahu turun ke padang, sudah tentu pancit di tengah permainan.

20/02/2026

Barangkali sudah lama kita mengamalkan doa berbuka sebelum menjamah makanan. Namun, ada pandangan yang menjelaskan bahawa doa tersebut lebih tepat dibaca selepas berbuka.

Perbezaan ini bukan untuk diperdebatkan, tetapi untuk saling memperbaiki dan menambah ilmu.

Semoga Allah menerima setiap amalan kita dan membimbing kita kepada kefahaman yang lebih tepat. 🤍

HUKUM MENELAN KAHAK KETIKA BERPUASA.Kahak itu ada dua keadaan dalam mazhab Syafie :1 Sekiranya kahak itu tidak sampai pa...
19/02/2026

HUKUM MENELAN KAHAK KETIKA BERPUASA.

Kahak itu ada dua keadaan dalam mazhab Syafie :

1 Sekiranya kahak itu tidak sampai pada makhraj huruf Ha' (ح) maka menelannya tidak membatalkan puasa

2 Jika Kahak itu sampai pada makhraj huruf Ha' ( ح), maka ada tiga keadaan hukumnya :

A Tidak mampu meludahnya maka tidak membatalkan puasa.

B Mampu membuangnya maka wajib meludahnya, jika diludah tidak membatalkan puasa.

C Mampu meludahnya tapi tidak melakukan, maka batal puasanya.

Adapun menurut mazhab Abu Hanifah dan Maliki menelan kahak tidak membatal puasa secara mutlak.

18/02/2026

Ramadan menjadi sambutan ibadah apabila fokusnya adalah beribadah kepada Allah, tentang perubahan diri dan keikhlasan amal. Jika yang paling kita tunggu ialah waktu berbuka, maka ia budaya. Tetapi jika yang paling kita nanti ialah waktu sujud dan doa, maka itulah ibadah.

Address

Melaka
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Ibnu Abbas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Ibnu Abbas:

Shortcuts

Share

Category