01/04/2026
Silat Cekak Hanafi Cawangan Melaka
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Negeri Melaka
01/04/2026
19/03/2026
PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
YM TUAN HAJI AMRUDDIN BIN HAJI BUANG
PENAUNG MERANGKAP GURU UTAMA
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Aidilfitri setelah melalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan, tarbiah serta didikan rohani. Selawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhammad Saw, Rosul junjungan yang kita kasihi dan rindui.
2. Sesungguhnya Ramadan adalah madrasah yang mendidik jiwa dalam melatih kesabaran, menyuburkan keikhlasan serta memperhalusi akhlak dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT. Setiap orang melalui Ramadan dengan hikmah yang berbeza yakni ada yang menjadikannya bulan untuk memperbanyak atau memperkukuhkan amalan, dan ada p**a yang menjadikannya satu titik tolak perubahan diri kearah yang lebih baik. Apa sahaja cabaran yang dilalui di sepanjang Bulan Ramadan diharungi dengan bersungguh-sungguh dengan penuh sabar. Mudah-mudahan segala amalan, disiplin diri serta perubahan baik yang telah kita usahakan sepanjang Ramadan ini tidak terhenti dengan berlalunya bulan yang mulia itu, bahkan terus dipelihara dan diamalkan dalam kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang. Semoga segala amalan yang dilaksana mendapat redha Allah dan diterima oleh-Nya.
3. Setelah Ramadan pergi, Syawal dinanti p**a hadir menambah seri, sebagai tanda merayakan kemenangan melawan hawa nafsu diri. Kegembiraan menyambut Syawal yang mulia ini, diingatkan kita semua juga agar menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai ruang untuk memperbaharui hubungan sesama kita. Ambillah kesempatan ini untuk saling bermaaf-maafan, menziarahi sanak saudara, sahabat handai serta mengeratkan silaturahim yang mungkin pernah terjarak oleh kesibukan kehidupan. Sesungguhnya keindahan Aidilfitri bukan hanya pada kemeriahannya, tetapi pada hati yang kembali bersih, hubungan yang kembali erat dan ukhuwah yang kembali diperkukuhkan. Khususnya kepada seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, semoga ikatan persaudaraan yang terjalin atas dasar ilmu, adab dan perjuangan ini terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.
4. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli agar terus bersama dengan persatuan ini dengan penuh kesetiaan serta keikhlasan dalam perjuangan. Perjuangan yang kita dukung pada hari ini merupakan sambungan kepada amanah yang telah diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Selepas malam lailatul qadar sehingga tahun yang akan datang, marilah kita bersama-sama meningkatkan tahap pencapaian perjuangan kita kepada aras baru yang lebih dinamik, kukuh dan berkesan.
5. Sesungguhnya dalam sesebuah perguruan, kekuatan bukan sekadar terletak pada kehebatan gerak atau kemahiran semata-mata, tetapi pada ilmu yang dipelihara dengan adab serta amanah yang dijunjung dengan penuh keikhlasan. Sebagai insan yang juga tidak terlepas daripada kekurangan, saya sentiasa memohon kepada Allah SWT agar kita semua sentiasa dipimpin dan diberi kekuatan untuk memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.
6. Di kesempatan yang penuh keberkatan ini juga, bagi pihak diri saya dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Ahli-Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT), Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK), Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT), Majlis Mesyuarat Negeri (MMN), para penyelia kelas, jurulatih, warga utama, ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia serta semua yang bersama dan mendukung persatuan ini secara langsung atau tidak langsung serta tidak dilupakan juga kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga segala amal ibadah yang telah kita laksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan semoga Syawal yang kita sambut ini membawa keberkatan, kesejahteraan serta memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita.
7. Sebagai rumusan, ingatlah bahawa intisari dari puasa Ramadan itu ialah menahan diri dari hawa nafsu. Sehari kita menahan diri, kita diberikan kegembiraan semasa kita berbuka puasa. Sebulan kita menahan diri, kita diberikan kegembiraan di Hari Raya di Bulan Syawal dan jika kita beristiqomah menahan diri seumur hidup kita, kita akan diberikan kegembiraan bertemu dengan Allah yang Maha Esa di akhirat nanti.
Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipelihara Allah atas segala hal kehidupan kita.
Silat Cekak Hanafi - Asli & Murni
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Sekian, terima kasih.
“PENERAJU WARISAN MUTLAK”
“SILAT CEKAK HANAFI – ASLI DAN MURNI”
HAJI AMRUDDIN BIN HAJI BUANG
Penaung merangkap Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
29 Ramadan 1447H
18/02/2026
02/02/2026
02/02/2026
Tahniah diucapkan kepada YDP Melaka En Syahmi diatas kurniaan Anugerah Khas di Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi 2026
02/02/2026
Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung Perwakilan Silat Cekak Hanafi Malaysia 2026
Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah mendapat tauliah
01/02/2026
Tahniah diucapkan kepada En Muhammad NurSyahmi Bin Shaare atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Silat Cekak Hanafi Cawangan Melaka yang Pertama dari seluruh Ahli Silat Cekak Hanafi Cawangan Melaka.
Semoga dapat memikul amanah ini sebaiknya dan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Asli & Murni
31/01/2026
Asli & Murni
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Malacca City