SMK Datuk Bendahara

SMK Datuk Bendahara It was then known as Jasin Secondary English School (JSES, 1960). In October 1979, JSES changed to S

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Datuk Bendahara atas pengiktirafan dan pelaksanaan...
05/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SMK Datuk Bendahara atas pengiktirafan dan pelaksanaan di bawah Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah (Reformasi Sekolah) peringkat Negeri Melaka! 🌟

Amanat daripada YBrs. Puan Hajah Mahfudzah binti Mohamed Noor, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, akan sentiasa dijadikan panduan dan pendorong buat barisan pentadbir, guru-guru, serta seluruh warga SMKDB untuk terus melangkah ke hadapan.

Semoga pengiktirafan ini membakar semangat kita semua dalam memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan demi kemenjadian murid dan kualiti pendidikan yang cemerlang! 🇲🇾📚




Tahniah Adeline Tan dari 2 UTM telah berjaya merangkul Johan dalam Kejohanan Catur Kebangsaan ERWF Melaka 2026.
26/07/2026

Tahniah Adeline Tan dari 2 UTM telah berjaya merangkul Johan dalam Kejohanan Catur Kebangsaan ERWF Melaka 2026.





Assalamualaikum dan salam sejahtera..Dikongsikan gambar atlet olahraga yang telah membuktikan kehebatan di Kejohanan Ola...
25/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dikongsikan gambar atlet olahraga yang telah membuktikan kehebatan di Kejohanan Olahraga Daerah Jasin 2026..🏆🏆



📣 MAKLUMAN KEJAYAAN CEMERLANG PASUKAN STEM RACING SMKDB! 📣Tahniah diucapkan kepada pasukan STEM Racing SMK Datuk Bendaha...
18/07/2026

📣 MAKLUMAN KEJAYAAN CEMERLANG PASUKAN STEM RACING SMKDB! 📣

Tahniah diucapkan kepada pasukan STEM Racing SMK Datuk Bendahara yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan National STEM Racing Final 2026 di UniKL MITEC, Johor (8–12 Julai 2026).

🏆 Pencapaian:

Best Marketing and Sponsorship Award (Mempertahankan award untuk tahun kedua berturut-turut)

Tempat ke-12 Keseluruhan daripada 49 pasukan seluruh Malaysia
(memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 keseluruhan pd tahun lepas)

Terima kasih atas sokongan semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga SMKDB! Maju STEM untuk sekolah! 🏁✨



🏆 TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW B15 SMK DATUK BENDAHARA! 🏆Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT. Setinggi-tinggi t...
17/07/2026

🏆 TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW B15 SMK DATUK BENDAHARA! 🏆

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw B15 SMK Datuk Bendahara atas kejayaan meraih

🥉🥉🥉 TEMPAT KETIGA
🏆🏆🏆Kejohanan Sepak Takraw B15 MSSD Jasin 2026.
📍 Tempat: Dewan Lipat Kajang
📅 Tarikh: 15 – 17 Julai 2026

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih para pemain, komitmen jurulatih serta sokongan padu daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

👏 Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih atas semangat juang yang tinggi. Teruskan mengharumkan nama SMK Datuk Bendahara.

Guru yang terlibat dengan pasukan takraw:
1. Ketua Jurulatih-Ustaz Muhamad Hafizi bin Mahmud
2. Pengurus pasukan - Farid Alhafiz bin Ab Muis



Jom support team STEM Racing gabungan SMK Datuk Bendahara & MRSM TGB yg sedang bertanding National STEM Racing Final di ...
11/07/2026

Jom support team STEM Racing gabungan SMK Datuk Bendahara & MRSM TGB yg sedang bertanding National STEM Racing Final di UniKL MITEC, Johor dari 8-12 Julai 2026.

🩷💙 Sokong Team Jentayu! 🪽🏎️

Jangan lupa Like ❤️ posting kami dan berikan sokongan kepada Team Jentayu dalam National STEM Racing Final

📽️ Tonton video kami di sini:
https://www.instagram.com/reel/DanueOuyIJ9/?igsh=MTQ0amFlOGk4Mm1ieQ==

"Glide with Grace, Strike with Speed." 🪽🏁

🥈SMKDB! Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B15 MSSD Jasin 2026.🥈Walau tidak pernah bolos sepanjang kejohanan. Penentuan pen...
10/07/2026

🥈SMKDB! Naib Johan Kejohanan Bola Sepak B15 MSSD Jasin 2026.🥈
Walau tidak pernah bolos sepanjang kejohanan. Penentuan penalti menjadi pemisah.

Semi Final
SMK Datuk Bendahara 2 - 0 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi

Final (Sepakan Penalti)
SMK Datuk Bendahara 0 (4) - (5) 0 SMK Dang Anum

Tahniah kepada SMK Dang Anum atas kejuaraan yang kalian miliki. Kami akan terus melawan.




✨ Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026! ✨Ucapan ikhlas daripada Puan Subashani A/P Suppiah (Pengetua SMKDB) ...
08/07/2026

✨ Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2026! ✨

Ucapan ikhlas daripada Puan Subashani A/P Suppiah (Pengetua SMKDB) dan seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara buat semua calon SPM 2026.

Yakin pada diri, tenang ketika menjawab, dan berikan yang terbaik demi masa depan anda. Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan anda! 💪🔥



TAHNIAH WARGA SMK DATUK BENDAHARA!🎉 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik SMK Datuk Bendahara...
08/07/2026

TAHNIAH WARGA SMK DATUK BENDAHARA!

🎉 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik SMK Datuk Bendahara atas pemilihan sekolah kita sebagai Sekolah Bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035: Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah Bawah Reformasi Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan semua guru serta warga sekolah dalam memastikan kecemerlangan pengurusan, kualiti pendidikan dan kemenjadian murid terus diperkasakan.

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melakar kejayaan, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta menjadi peneraju reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak bangsa.

Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan semua guru. Bersama kita terus mengangkat nama SMK Datuk Bendahara ke tahap yang lebih gemilang.


"Bersama Melakar Kecemerlangan, Membina Masa Depan."

📢 HEBAHAN: JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 SMK DATUK BENDAHARA 📢Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua i...
07/07/2026

📢 HEBAHAN: JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 SMK DATUK BENDAHARA 📢

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, dan calon-calon SPM 2026 SMK Datuk Bendahara.

Mohon perhatian mengenai jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2026 yang akan bermula tidak lama lagi. Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah:

🔬 FASA 1: UJIAN AMALI SAINS

7 Julai 2026 (Selasa): Biologi (4551/3) | 7.40 pagi – 11.30 pagi

8 Julai 2026 (Rabu): Kimia (4541/3) | 7.40 pagi – 10.00 pagi

9 Julai 2026 (Khamis): Fizik (4531/3) | 7.40 pagi – 10.00 pagi

🎧 FASA 2: UJIAN MENDENGAR

10 Julai 2026: 7.40 pagi – 10.30 pagi

📝 FASA 3: PEPERIKSAAN BERTULIS

14 Julai 2026 – 5 Ogos 2026:
7.40 pagi – 2.30 petang

📍PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA CALON:

📌Hadir peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
📌Untuk Ujian Amali, pastikan anda hadir ke makmal 30 minit lebih awal.
📌Wajib membawa Kad Pengenalan/MyKad dan alat tulis yang lengkap.
📌Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
📌Patuhi semua arahan pengawas peperiksaan serta peraturan keselamatan makmal.
📌Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kekalkan disiplin diri.

Sila rujuk poster yang dilampirkan bersama hebahan ini untuk maklumat lanjut.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon SPM 2026 SMK Datuk Bendahara!🌟




Address

Jasin
Malacca City
77000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6065291278

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Datuk Bendahara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Datuk Bendahara:

Shortcuts

Share

Category