01/04/2022
Permohonon Atas Talian bagi Kemasukan Sesi I 2022/2023 kini dibuka!
Universiti Melaka menawarkan lebih 50 program pengajian dari peringkat Asasi hingga ke Doktor Falsafah.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan yuran pengajian yang kompetitif dan pastinya Program Pengajian yang Berkualiti.
Daftar segera di https://akademia.kuim.edu.my/
Terajui Masa Hadapan Anda bersama KUIM.
Jom Sertai Kami!
06/01/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
LASCA mengucapkan selamat mengundi kepada semua mahasiswa/i FUG khususnya dan umumnya kepada semua mahasiswa/i KUIM.
Pilih la pemimpin yang mampu memikul amanah dengan jayanya. Semoga amanah itu dapat dipegang oleh ahlinya.
Goodluck dan Selamat Mengundi
Ikhlas daripada LASCA ❤️
31/12/2021
Assalamualaikum and please to meet you all
Greetings from LACSA
LASCA hereby wishes HAPPY NEW YEAR to all FUG residents in particular and all KUIM residents and Malaysians in general
May the year 2022 bring 1001 meanings for all of us. Let us all take the bitter sweet memories of 2021 as a meaningful lesson and experience for us.
May God bless us all for years to come.
Sincerely
LASCA 💕
15/11/2021
Assalamualaikum w.b t & Salam Sejahtera
Kami dari barisan kepimpinan LASCA ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua pelajar baru FAKULTI UNDANG-UNDANG GOVERNAN & HUBUNGAN ANTARABANGSA (FUG) KUIM.
LASCA juga ingin mengucapkan SELAMAT PULANG ke kampus bagi mahasiswa/i FUG KUIM yang dalam perjalanan pulang dari kampung halaman.
Bagi mereka yang pulang dengan kenderaan sendiri, utamakan keselamatan dan semoga selamat sampai ke kampus.
Patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KUIM & KKM. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya
Sekian.
04/11/2021
🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔
Vanakkam & Selamat Sejahtera
Kami daripada barisan kepimpinan LASCA ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI TAHUN 2021 kepada seluruh warga KUIM dan FUG khususnya bagi yang beragama Hindu.
Semoga Perayaan Deepavali tahun ini membawa sinar kegembiraan dan kebahagian yang unggul dan kesihatan sejahtera kepada semua pelusuk individu. Keluarga yang besar dan bahagia adalah salah satu keharmonian yang baik dan terhindar mampu menghindari daripada perkara - perkara negatif atau tidak sihat.
Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra walaupun dalam situasi kehidupan norma baharu. Gunakanlah rangkaian digital pada masa kini demi merapatkan hubungan kekeluargaan walaupun berjauhan.
*सभी हिन्दू विश्वासियों को दीपावली दिवस की हार्दिक शुभकामनाएं* ✨
🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔🪔
18/10/2021
🌼 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌼
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Kami daripada barisan kepimpinan LASCA ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2021 Bersamaan dengan Tahun 1443 Hijrah kepada seluruh mahasiswa/i FUG.
Tema Maulidur Rasul 2021:
✨ MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI✨
Tema ini membawa maksud suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai “Rabbani” iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar. Ia juga diinspirasikan daripada sifat dan sikap Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, sama-samalah kita menghayati peristiwa hari yang bersejarah ini dengan banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita semua memperoleh syafaat dan perlindungan serta pembelaan dari Nabi Muhammad SAW kelak.
📌 Selawat Nabi SAW
🌼 *اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد*🌼
_Maksudnya: Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad_ ✨
12/10/2021
Mari sesiapa yang berkelapangan
Jom celik undang-undang bersama Cik Nurul Sharmin binti Ahmad Zahari (Pensyarah di Fakulti Undang-undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa) pada ketetapan berikut.
Semoga memberi manfaat..
09/10/2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨✨
Kami dari Persatuan Mahasiswa/i Undang-undang dan Syariah (LASCA) dan semua warga FUG ingin mengucapkan
SELAMAT BERCUTI SEMESTER kepada semua mahasiswa/i FUG semester 2 hingga semester 7 yang akan menjalani cuti semester yang akan bermula pada 9/10/2021 (Sabtu)
Kami doakan agar kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga berjumpa lagi di semesta hadapan ❤️
Sekian, terima kasih 😊
22/09/2021
JOM! SERTAI KAMI! PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2 2021/2022 (SESI DISEMBER 2021) AKAN DIBUKA! MULAI 15 SEPTEMBER 2021.
Lakukan permohonan segera di www.kuim.edu.my
Lebih 52 bidang pengajian ditawarkan bermula :
🎓Diploma
🎓Sarjana Muda
🎓Sarjana
🎓PhD
Daftar segera! di :
www.kuim.edu.my
19/09/2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨✨
Kami dari Persatuan Mahasiswa/i Undang-undang dan Syariah (LASCA) dan semua warga FUG ingin mengucapkan
”SELAMAT MAJU JAYA” kepada semua mahasiswa/i FUG yang akan menjalani peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 20/9/2021 (Isnin) ini.
Kami doakan agar kalian semua dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik
Sekian, terima kasih 😊