SK Tengkera 1

SK Tengkera 1 Formerly known as Tranquerah English School

SK TENGKERA 1,
JALAN TENGKERA,
75200, MELAKA.
06-2824736

Selamat bercuti‼️
21/08/2026

Selamat bercuti‼️

10/08/2026

ALHAMDULILLAH, SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA BUAT KELAB STEM DAN SOLAR SK TENGKERA 1

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan semua warga SK Tengkera 1 yang sentiasa memberikan sokongan, komitmen dan semangat sepanjang perjalanan pasukan kita dalam Melaka Drone Challenge 2026.

Perjuangan ini bukanlah satu usaha yang singkat. Ia bermula sejak Februari sehingga Ogos 2026, melalui pelbagai fasa latihan, persediaan, percubaan, cabaran dan penambahbaikan.

Kemuncaknya, pada 10 Ogos 2026, bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), pasukan sekolah telah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Melaka Drone Challenge 2026 yang diadakan serentak dengan Pameran Minggu Sains Negara 2026.

Sesungguhnya, perjalanan ini bukan sekadar tentang pertandingan dan pencapaian. Lebih daripada itu, ia merupakan satu pengalaman berharga dalam membina keyakinan, daya tahan, kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.

Setiap latihan, setiap cabaran dan setiap kegagalan telah menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang sangat bermakna.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

STEM@SaKT1 — terus melangkah, terus mencuba, terus mencipta. 🚁✨






TAHNIAH SK TENGKERA 1! TEMPAT KE-7 TERBAIK PERINGKAT NEGERI! 🏆🚀Alhamdulillah, satu lagi sejarah tercipta buat Kelab STEM...
10/08/2026

TAHNIAH SK TENGKERA 1! TEMPAT KE-7 TERBAIK PERINGKAT NEGERI! 🏆🚀

Alhamdulillah, satu lagi sejarah tercipta buat Kelab STEM dan Solar SK Tengkera 1!
Hari ini, bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), pasukan sekolah kita telah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Melaka Drone Challenge yang diadakan serentak dengan Pameran Minggu Sains Negara 2026.

Perjalanan Panjang Yang Berbaloi
Perjuangan ini bukanlah satu usaha yang singkat. Ia telah bermula sejak bulan Februari sehingga Ogos 2026.

Bermula dengan penglibatan seramai 38 orang murid dalam bengkel teori dan pengendalian dron bersama instruktur daripada pihak *KRUM*, murid-murid kita telah melalui fasa ujian teori serta kendalian individu yang sangat mencabar.

Akhirnya, 10 orang murid terbaik telah dipilih sebagai finalis untuk membawa nama sekolah ke peringkat akhir negeri melalui tugasan inovasi dron dan penyediaan video korporat yang kreatif.

Kejayaan Yang Membanggakan
Hasil usaha gigih murid dan bimbingan berterusan para guru, SK Tengkera 1 berjaya merangkul TEMPAT KE-7 daripada keseluruhan 70 BUAH SEKOLAH yang bertanding!

Pencapaian ini meletakkan sekolah kita dalam kelompok 10 terbaik negeri. Sebagai ganjaran atas kecemerlangan ini, kesemua 10 orang finalis kita bakal menerima latihan intensif daripada industri dron Malaysia secara percuma sebagai penghargaan khas.

Penghargaan & Harapan
Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang STEM, malah membuka peluang keemasan untuk mereka mendalami kemahiran teknikal secara profesional.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru-guru pembimbing Kelab STEM dan Solar SK Tengkera 1, guru-guru, pihak KRUM, serta ibu bapa yang sentiasa menyokong.

Tahniah sekali lagi buat para pejuang cilik teknologi SK Tengkera 1. Teruslah berinovasi dan terbang lebih tinggi! 💪✨








🏆🏃‍♀️ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK TENGKERA 1 KALI KE-52, 2026 🏃‍♂️🏆Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Kejo...
09/08/2026

🏆🏃‍♀️ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK TENGKERA 1 KALI KE-52, 2026 🏃‍♂️🏆

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Kejohanan Olahraga Tahunan SK Tengkera 1 Kali Ke-52, 2026 pada:
📅 8 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Padang SK Tengkera 1

Kejohanan berlangsung penuh semangat dengan penyertaan murid dalam pelbagai acara serta sukaneka yang menceriakan suasana.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, AKP, PIBG, PIBKS, ibu bapa, murid-murid, para jemputan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini. ❤️💙💛💚

Semoga segala pengalaman, semangat kesukanan dan kenangan yang tercipta menjadi memori indah buat semua warga SK Tengkera 1.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN PESERTA! 🏅👏






See less

*📢 MAKLUMAN CUTI PERISTIWA 🏆*
09/08/2026

*📢 MAKLUMAN CUTI PERISTIWA 🏆*

Kejohanan Olahraga Tahunan SaKT1 2026
07/08/2026

Kejohanan Olahraga Tahunan SaKT1 2026

Ayuh semua!!! Jom datang ke SK Tengkera 1 pada  8 Ogos 2026... Saksikan anak-anak menyertai pelbagai acara pada Kejohana...
06/08/2026

Ayuh semua!!!

Jom datang ke SK Tengkera 1 pada 8 Ogos 2026...
Saksikan anak-anak menyertai pelbagai acara pada Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-52, 2026.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

🏆 TAHNIAH & SYABAS PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025🏆SK Tengkera 1 merakamkan setinggi-tinggi ucapan t...
06/08/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025🏆

SK Tengkera 1 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada warga pendidik yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

✨ Puan Norziaton Binti Hamid : GPK Kokurikulum SK Tengkera 1

✨Cik Sheliza Binti Mohd Seth : Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Tengkera 1

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berdedikasi dan berintegriti demi kecemerlangan SK Tengkera 1.

Buat seluruh warga SaKT1 yang lain, teruskan melangkah dengan penuh iltizam. Tunjukkan komitmen, dedikasi dan bakat terbaik anda kerana setiap usaha yang ikhlas pasti akan dihargai.
Semoga APC 2026 menjadi milik anda. Bersama-sama kita terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama SaKT1!

Tahniah sekali lagi kepada semua penerima APC 2025!🎉👏

Jemputan kepada semua ibu bapa/bekas murid SK Tengkera 1.  Jom dtg beramai - ramai ke Kejohanan Olahraga Tahunan SK Teng...
02/08/2026

Jemputan kepada semua ibu bapa/bekas murid SK Tengkera 1.

Jom dtg beramai - ramai ke Kejohanan Olahraga Tahunan SK Tengkera 1 pada :

Tarikh : 8 Ogos 2026/Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Tengkera 1

Pelbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya :

1. Acara Perbarisan
2. Persembahan X Break
3. Persembahan murid pra
4. Acara Jemputan 4x100m
5. Acara Akhir Balapan
6. Acara larian 50 m Tahap 1
7. Acara larian murid pra sekolah
8 Acara sukaneka Tahap 1
9. Acara Ibu bapa :
- acara Tarik Tali Lelaki ... Jom2 ayah2 badang..daftar nanti tau .
- acara Sukaneka Wanita .. Ibu-ibu nanti join yer
10. Gerai Face Painting - terbuka kepada anak2 Tahun 5 ke bawah... Percuma ‼️ kakak2 Kolej Komuniti akan lukis muka anak2...
11. Gerai2 minuman, makanan, cenderamata... Jom support business mereka yer..

Ayuh...marilah dtg sekolah nanti . Sambil tgk anak bersukan, sambil kita bergembira bersama dan support each other.. yeahhh.. 😊

Doakan perjalanan hari sukan kita berjalan lancar, cuaca baik dan dipermudahkan, amin.

Urusan Kemasukan Tahun 1 2027
02/08/2026

Urusan Kemasukan Tahun 1 2027

Address

SK Tengkera 1, Jalan Tengkera
Malacca City
75200

Telephone

062824736

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tengkera 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share