01/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta merahmati pemerintahan Tuanku demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Menjunjung kasih Tuanku atas segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan yang dicurahkan kepada agama, bangsa dan tanah air.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Kemahiran Max, Ayer Keroh, Melaka
31/05/2026
Pihak Kolej Kemahiran Max mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.
Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan keharmonian kepada semua serta terus menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk.
Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya dan memperkukuhkan semangat perpaduan demi membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Selamat Hari Wesak ๐ชทโจ
27/05/2026
โจ Salam Aidiladha 1447H โจ
Di sebalik kemeriahan Aidiladha, tersimpan nilai pengorbanan, keikhlasan dan rasa syukur yang mendalam. Semoga hari yang penuh bermakna ini membawa ketenangan hati, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. ๐
Selamat Hari Raya Aidiladhaโจ
25/05/2026
๐ก๐งน๐งผ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ฎ๐ซ ๐๐ฅ๐๐๐ง ๐๐ฉ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐งผ๐ช ๐ก
Tahniah dan syabas kepada para pelajar Kolej Kemahiran Max atas penyertaan dalam Program One Hour Clean Up Malaysia yang telah berlangsung pada 23 Mei 2026 (Sabtu) di Kampung Bukit Senggeh.
Program ini telah dijalankan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti pemeriksaan kesihatan, senaman aerobik, musnah hapus Aedes, pameran kesihatan serta gotong-royong membersihkan kawasan kampung bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan penjagaan kesihatan komuniti.
Semoga penyertaan ini dapat melahirkan generasi yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat serta semangat kerjasama dalam masyarakat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. ๐โจ
19/05/2026
โจ KEM ANAK MUDA PEMACU HARAPAN ASPIRASI (ALPHA) 2026 โจ
Pada 16 hingga 17 Mei 2026, Program Kem ALPHA anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah telah berlangsung dengan jayanya di PD Sanctuary Training Camp Sdn Bhd.
Program ini memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan remaja tentang bahaya penyalahgunaan dadah di samping membentuk jati diri, disiplin serta sahsiah yang positif dalam kalangan belia masa kini.
Pelbagai aktiviti menarik, interaktif dan penuh pengisian bermakna telah dijalankan sepanjang kem bagi memupuk semangat kerjasama, keyakinan diri dan kepimpinan peserta.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh A. Syawalnurhaizad bin Mohd Parman, Pengarah AADK Negeri Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah atas jemputan kepada para pelajar Kolej Kemahiran Max untuk turut sama menyertai Program Kem ALPHA 2026. Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat, membuka minda generasi muda serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam membentuk belia yang positif, berdisiplin dan bebas dadah. ๐คโจ
Semoga program ini terus melahirkan generasi muda yang berani berkata TIDAK kepada dadah serta menjadi agen perubahan demi masa depan yang lebih cemerlang. ๐ชโจ
๐ Masalah dadah? Hubungi hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
๐ iCARI AADK
๐ Portal Rasmi AADK
16/05/2026
Selamat Hari Guru 2026 ๐ท
Terima kasih kepada semua pendidik Kolej Kemahiran Max yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan memberi semangat kepada setiap pelajar untuk terus berjaya. Segala ilmu, nasihat dan pengorbanan anda akan sentiasa dihargai dan dikenang sampai bila-bila.
โGuru bukan sahaja mengajar tentang pelajaran, tetapi juga tentang kehidupan.โ
Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan dalam mendidik anak bangsa. ๐
07/05/2026
โจ PROGRAM CSR PELAJAR KKMAX BERSAMA MASYARAKAT โจ
10/2/2026 | Masjid As Sobirin Kampung Gelan, Melaka.
Syukur, program kerjasama antara para pelajar Kolej Kemahiran Max bersama pihak Masjid As Sobirin telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan dan nilai kemasyarakatan. ๐ค
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti setempat di samping memupuk sikap prihatin, sukarelawan serta semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat. โค๏ธ
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan bantuan telah disalurkan kepada penduduk setempat sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap komuniti sekitar.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada masyarakat dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berbakti. ๐
30/04/2026
Setiap usaha yang dicurahkan, setiap penat yang dilalui, semuanya membawa makna ๐ฑ
Dalam diam, kerja keras terus menggerakkan langkah ke hadapan ๐ช๐ป
Terima kasih atas dedikasi yang tidak pernah pudar ๐
SELAMAT HARI PEKERJA โจ
09/04/2026
"Syawal hadir membawa seribu makna tentang kebersamaan, kemaafan dan kenangan yang tak ternilai ๐ค๐
Walau berbeza bidang dan peranan, kita tetap satu keluarga yang saling melengkapi. Semoga setiap langkah kita terus diberkati dan hubungan ini kekal erat selamanya ๐โจ
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami semua di Kolej Kemahiran Max".
20/03/2026
๐โจ Salam Aidilfitri 1 Syawal 1447H / 21 Mac 2026 โจ๐
Seluruh warga Kolej mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelajar, pensyarah, staf serta komuniti yang sentiasa menyokong kami.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kegembiraan, keberkatan dan memperkukuh ukhuwah antara kita semua. Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Pandu cermat, jiwa selamat. Semoga semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Ikhlas daripada,
Warga Kolej
๐ Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐