Maahad Ar Rahmah Melaka Official

Maahad Ar Rahmah Melaka Official Maahad Ar Rahmah, Km11, Solok Gaung, Bukit Lintang 75460 Melaka

DARI MAAHAD, MELANGKAH KE BUMI PARA ULAMAMaahad Ar Rahmah Melaka mengucapkan selamat bermusafir dan selamat melanjutkan ...
05/09/2026

DARI MAAHAD, MELANGKAH KE BUMI PARA ULAMA

Maahad Ar Rahmah Melaka mengucapkan selamat bermusafir dan selamat melanjutkan pengajian ke bumi Mesir buat dua alumni Maahad yang telah berangkat semalam:

- Muhammad Syakirin bin Mohd Faizal
- Ainul Mardhiah binti Hassan

Kedua-duanya bakal meneruskan perjalanan menuntut ilmu dalam bidang Syariah Islamiah.

Terbanglah membawa doa keluarga, guru dan seluruh warga Maahad.

Tuntutlah ilmu dengan bersungguh-sungguh, niat mengamalkan ilmu dan berjihad, pelihara adab dan manfaatkanlah setiap kesempatan berada di bumi para ulama.

Semoga perjalanan ini menjadi permulaan kepada sebuah perjuangan ilmu yang lebih besar.

Mudah-mudahan, ini juga menjadi motivasi kepada para pelajar Maahad Ar Rahmah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, khususnya bumi Mesir.

Penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka serta semua pihak yang telah mengurus dan meraikan keberangkatan para pelajar dalam Majlis Pelepasan Pelajar Timur Tengah (Mesir & Jordan).

Selamat bermusafir dan selamat menuntut ilmu.

Ikhlas daripada
Maahad Ar Rahmah Melaka

*Kredit gambar: Majlis Agama Islam Melaka

🇪🇬 MENGIRINGI LANGKAH KE BUMI MESIR 🇪🇬Aktiviti pagi semalam, Maahad Ar-Rahmah Melaka telah menyerahkan sumbangan kepada ...
02/09/2026

🇪🇬 MENGIRINGI LANGKAH KE BUMI MESIR 🇪🇬

Aktiviti pagi semalam, Maahad Ar-Rahmah Melaka telah menyerahkan sumbangan kepada dua orang alumni, Muhammad Syakirin bin Mohd Faizal dan Ainul Mardhiah binti Hassan.

Mereka berdua bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Sumbangan telah disampaikan oleh Mudir Maahad Ar-Rahmah Melaka, Ustaz Zulhilmi Suboh.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan keberkatan dalam menuntut ilmu dan menjadi penyambung perjuangan Islam pada masa akan datang.

Teruskan menyokong dan mendoakan mereka.
Dari Maahad, melangkah membawa ilmu ke bumi Mesir.

TAHNIAH ! ALUMNI MAAHAD AR-RAHMAH MELAKA KE MESIRDua alumni Maahad Ar-Rahmah Melaka bakal meneruskan langkah dalam menun...
31/08/2026

TAHNIAH ! ALUMNI MAAHAD AR-RAHMAH MELAKA KE MESIR

Dua alumni Maahad Ar-Rahmah Melaka bakal meneruskan langkah dalam menuntut ilmu di bumi Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Oleh itu, kami membuka pintu sumbangan untuk mereka:

MUHAMMAD SYAKIRIN BIN MOHD FAIZAL
Lepasan STAM, Sekolah Menengah Arab (JAIM) Assyakirin
Pengajian: Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Kaherah

Maybank: 5699 6307 0124
Muhammad Syakirin bin Mohd Faizal
Hubungi: 016-866 3796

AINUL MARDHIAH BINTI HASSAN
Lepasan STAM, Sekolah Menengah Arab (JAIM) Assyakirin
Pengajian: Kuliah Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Kaherah

Maybank: 1540 3569 9011
Ainul Mardhiah binti Hassan
Hubungi: 011-1675 0231

Kami mengajak para dermawan dan seluruh warga Maahad untuk bersama-sama membantu memudahkan perjalanan pengajian mereka.

Setiap sumbangan, kecil mahupun besar, amat bermakna dalam menyokong perjuangan seorang penuntut ilmu. Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan dengan sebaik-baik ganjaran dan menjadikannya saham dalam penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Daripada Maahad, melangkah membawa ilmu ke bumi Mesir.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69MALAYSIA | 31 OGOS 2026Alhamdulillah, 69 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan. T...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69
MALAYSIA | 31 OGOS 2026

Alhamdulillah, 69 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan.

Tarikh keramat ini bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan membebaskan tanah air, tetapi menjadi ruang untuk kita menghayati makna kemerdekaan yang sebenar.

Allah SWT berfirman:

فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْتِ ۝ الَّذِي أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَآمَنَهُم مِّنْ خَوْفٍ

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini, yang telah memberi mereka makanan untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada ketakutan.”

— Surah Quraisy, 106:3–4

Kemerdekaan hakiki bermula dengan jiwa yang bebas daripada belenggu kejahilan, hawa nafsu dan kerosakan akhlak, lalu dibimbing dengan iman, ilmu dan ketaatan kepada Allah SWT.

Sebagai sebuah sekolah agama, Maahad Ar-Rahmah Melaka beriltizam membentuk generasi yang berilmu, beriman dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa serta negara.

GENERASI MERDEKA, MALAYSIA SEJAHTERA

Semoga kemerdekaan terus diisi dengan ilmu dan amal, membina generasi yang teguh jati diri, cintakan agama dan tanah air serta menjadi pewaris masa depan Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-69.

PERKAMPUNGAN ILMU 2026Maahad Ar Rahmah Melakaمَنْ جَدَّ وَجَدَ“Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berjaya.”Tiga h...
29/08/2026

PERKAMPUNGAN ILMU 2026
Maahad Ar Rahmah Melaka

مَنْ جَدَّ وَجَدَ
“Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berjaya.”

Tiga hari dua malam untuk mempersiapkan calon SMU dan SPM menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan bersedia.

Pengisian merangkumi bengkel teknik menjawab, latihan intensif subjek teras serta tazkirah bagi membina kecemerlangan ilmu dan kekuatan rohani.

1–3 September 2026
Maahad Ar Rahmah Melaka

Semoga setiap usaha, ilmu dan sumbangan menjadi jalan menuju kejayaan serta keberkatan.

Orang ramai juga dialu-alukan menyumbang kepada Dana Pendidikan Sekolah bagi menjayakan program ini. Tengok bahagian komen.

Anjuran:
Unit Akademik Maahad Ar Rahmah


LENSA | Ceramah Maulidur Rasulullah ﷺ Alhamdulillah, pagi ini bersama Datuk Ustaz Kamarudin Haji Sidek, YDP PIBG Maahad ...
28/08/2026

LENSA | Ceramah Maulidur Rasulullah ﷺ

Alhamdulillah, pagi ini bersama Datuk Ustaz Kamarudin Haji Sidek, YDP PIBG Maahad Ar Rahmah Melaka.

---------------------------------------

INFAQ BERKAT JUMAAT

Ayuh merebut keberkatan hari Jumaat dengan menghulurkan sumbangan bagi menyokong pendidikan, kebajikan dan pembangunan sahsiah para pelajar Maahad Ar-Rahmah Melaka.

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Dana Pendidikan Sekolah
BANK ISLAM
No. Akaun: 04015010089375
(Majlis Guru Maahad Ar-Rahmah)



28/08/2026

LIVE | CERAMAH MAULIDUR RASUL 1448H
Maahad Ar Rahmah

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1448H | MAAHAD AR RAHMAHوَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ“Dan tidaklah Kami meng...
27/08/2026

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1448H | MAAHAD AR RAHMAH

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad ﷺ), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Maahad Ar Rahmah Melaka membawakan sebuah ceramah khas bertajuk:

RASULULLAH: IDOLA AKHLAK, CERMIN PERIBADI KITA

Bersama penceramah jemputan:
Datuk Ustaz Kamarudin Haji Sidek
YDP PIBG Maahad Ar Rahmah Melaka

28 Ogos 2026 | 8.10 pagi
Dewan Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung, Bkt Lintang

Mari bersama menghayati sirah, meneladani akhlak dan menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ. Semoga kecintaan kepada Baginda tidak sekadar terungkap melalui selawat, tetapi terpancar melalui akhlak dan kehidupan kita.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448HSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang diutuskan sebaga...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang diutuskan sebagai rahmat buat seluruh alam.

Firman Allah SWT:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا ٢١

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzab: 21)

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menyuburkan kecintaan kepada Baginda SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah, menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terpancar melalui akhlak, ibadah dan amalan kita setiap hari serta dikurniakan syafaat Baginda di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga Maahad Ar Rahmah Melaka.

Aktiviti pemasangan Jalur Gemilang
24/08/2026

Aktiviti pemasangan Jalur Gemilang

Address

Malacca City
75460

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 23:30

Telephone

+6062686492

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Ar Rahmah Melaka Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Ar Rahmah Melaka Official:

Shortcuts

Share

Category