17/09/2024
STARLIGHT GLAMPING FOR CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS in Melaka organized by AJ SPEECH & AJ Speechtherapy Occupationaltherapy Melaka
WHATSAPP FOR DETAILS TO : 012- 900 2503
Speech Therapy Services, Speech Delay, Expressive Delay, Fluency Disorder, AAC, Oral Motor Disorders, Eating Disorders
17/09/2024
STARLIGHT GLAMPING FOR CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS in Melaka organized by AJ SPEECH & AJ Speechtherapy Occupationaltherapy Melaka
WHATSAPP FOR DETAILS TO : 012- 900 2503
HIPPO THERAPY IN MELAKA
AJ SPEECH & OCCUPATIONAL THERAPY CENTRE is pleased to organize our Hippo Therapy Programme conducted in collaboration with Speech Therapist, Occupational Therapist, Psychologist & Special Needs Teachers !!
As horses use mostly non-verbal communication, and are in tune with human behavior, they can help participants learn a heightened sense of self-awareness.
This, in turn, can reveal patterns of behavior while also providing the opportunity to think in a new way, enhancing self-confidence and self-esteem.
More so beneficial for our Special Needs Children.
SLOTS ARE LIMITED. PLEASE REGISTER EARLY
DATE : 27 MAY 2024
TIME : 8AM TO 4PM
FOOD : WILL BE PROVIDED (Parents may pack snacks, water bottle and milk)
Transport : Via Chartered Bus
( meet up point @ AJ Speech & Occupational Therapy Centre, Cheng Branch)
Price : RM 120.00 per child
Please pack additional clothes, towel and pampers as needed.
For further details please contact
Alyza : 012 900 2503 or Jothi : 0197716596
Neigh Neigh Neigh !!
02/04/2024
During World Autism Month, a time devoted to increasing autism acceptance, we’ve gathered some recent ASHA articles and podcasts. Check out this collection where CSD professionals share their insights and experiences. https://on.asha.org/3Lk0yPf
02/04/2024
02/04/2024
For just Rm150.00 we have 4 Activities that your child diagnosed with Autism ages 4 to 12years old can participate with 10 sessions total.
Register Now as slots are limited.
For enquiries or booking plse contact : 0197716596 or 012 900 2503
01/04/2024
Allistic is non Autistic
Every April Autism Speaks celebrates World Autism Month, beginning with the United Nations-sanctioned World Autism Awareness Day on April 2.
Autism Awareness Day
Throughout the month, we focus on sharing stories and providing opportunities to increase understanding and acceptance of people with autism and fostering worldwide support. This year, we are committed to acting fearlessly for change. To help create a world in which autistic individuals are fully supported, championed and celebrated, we must all work together to achieve true acceptance.
22/03/2024
Jom Ibubapa, siapa nak buat aktiviti baking dengan anak2 sambil belajar buat berbagau kuih muih.
Lokasi : Balairaya Peringgit Melak
Tarikh : Sabtu 30 Mac 2024
Waktu : 9am to 1pm
(For Kids with Special Needs)
21/03/2024
14/12/2023
Jom Ibubapa, daftar Holiday Program, dikelolakan oleh Terapis-Terapis AJ Speechtherapy Occupationaltherapy Melaka Program ini khas untuk Kanak-Kanak Istimewa.
ADA LIMITED SLOT TINGGAL.
Hubungi : https://wa.link/7snps3 atau
https://wa.link/kc6474
12/01/2023
Menurut survey oleh British Heart Foundation, secara purata:
♥️ Kanak-kanak hilang minat terhadap mainan baru dalam ~36 hari.
♥️ 1 dari 5 kanak-kanak p**a hilang minat terhadap mainan 'mesti ada' (must have) terkini dalam masa sehari.
♥️ 8% dari masa selepas membeli, mainan baru tidak lagi menarik perhatian kurang lebih selepas 1 jam.
♥️ 4 mainan yang dimiliki/dihadiahi, tidak pernah di sentuh langsung.
..
British Heart Foundation menganggarkan sekitar 162 million mainan elok di bazirkan lebih suku keluarga UK yang menyertai survey ini!
Hem..
Walaupun ini bukan survey Malaysia, saya yakin semua ibubapa tidak akan begitu terkejut dengan kesemua fakta ini.
Reality biasa:
Anak - anak akan sentiasa meminta mainan yang di lihat di mana - mana.
Anak- anak akan sentiasa mahu apa yang kawan mereka dan orang lain ada.
Sebahagian ibubapa menurut saja kehendak anak membeli kerana tidak mahu berhadapan dengan amukan anak.
Sebahagian ibubapa rasa bersalah dan tak sampai hati untuk tidak memenuhi permintaan anak.
Sebahagian ibubapa merasa 'membelikan sesuatu' untuk anak adalah tanda sayang.
Sebahagian ibubapa merasa hadiah adalah ganti masa dan perhatian yang terkurang di beri kepada anak.
Sebahagian ibubapa merasa hadiah ibarat ganti rasa bersalah yang ibubapa miliki terhadap anak-anak.
Sebahagian ibubapa merasa kasihan melihat anak tidak memiliki banyak mainan seperti anak orang lain dan terjerat dengan isu sosial: the more you have, the more you are loved (lebih banyak yang anda miliki, lebih anda di sayangi)
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
Saya sendiri ada kisah lucu bila TERsalah sangka bahawa rumah klien yang ingin saya kunjungi adalah sebuah taska kerana adanya 'kolam bola' lengkap dengan gelongsor besar di dalam rumah.
Dari luar pintu nampak bagai kids wonderland gayanya.
Dan, didalam 'kolam bola' tersebut sarat dengan pelbagai mainan!
😆😆😆😆😆😆😆😆😆
Dalam bab mainan, percayalah: LESS IS MORE.
Dalam sebuah study oleh University Toledo, Ohio, para pengkaji menjemput sekump**an kanak- kanak- berusia 18 -30 bulan ke dalam makmal bilik mainan untuk 2 situasi.
Situasi 1️⃣: Hanya ada 4 mainan dalam makmal
Situasi 2️⃣: Terdapat 16 mainan dalam makmal
Hasilnya ❓: Ya benar, kanak-kanak menyentuh lebih banyak mainan semasa dalam situasi 2️⃣ kerana ada banyak mainan untuk di sentuh dan di lihat.
Namun, kanak-kanak lebih 'engage' (terikat) dengan permainan pada situasi 1️⃣ iaitu: secara purata , mereka bermain 2X ganda lebih lama dengan setiap permainan dan bermain lebih banyak cara dengan setiap permainan.
❌ Anak TIDAK PERLU terlalu banyak mainan.
Mainan yang terlalu banyak itu 'menyesakkan' fikiran anak. Anak kecil tidak tahu membuat keputusan memilih di antara berpuluh-puluh pilihan.
Malahan, orang dewasa sendiri cukup sesak dan jadi rambang mata bila terpaksa memilih di antara banyak pilihan.
Ia bukan saja membazir duit, malah membazir ruang. Ruang yang saya maksudkan bukan ruang rumah tetapi ALAM 🌏.
Benar, kita sentiasa boleh memilih untuk membuang atau sedekahkan mainan yang berlebihan. Namun akhirnya, mainan yang di buang, yang sampai ke 'waste stream' tetap sejenis sampah yang menjadi isu alam untuk di uruskan 🤮🤮🤮
https://www.bbc.com/news/amp/science-environment-47868871
❌ TIDAK PERLU mainan mahal yang canggih semata-mata.
Lebih ringkas dan 'basic' ciri sesuatu mainan itu, lebih lagi anak 'terpaksa' menjadi kreatif ➕menggunakan imaginasi mereka ➕ membuat penerokaan (explore) cara memanfaatkan mainan tersebut.
INI BERI MANFAAT BESAR KEPADA PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK (Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) seperti yang di terbitkan oleh kajian dalam journal Infant Behavior and Development.
Mainan canggih yang membuat segalanya untuk anak adalah salah satu punca anak cepat bosan.
Misalnya: Jika anda belikan anak sebuah kereta mainan 🚗, anda akan lihat anak akan bermain dengan 🚗 tersebut dalam pelbagai cara:
💡menjadi 🚗 yang bergerak dengan bunyi vroom ! vroom ! hasil imaginasi nya
💡 🚗yang boleh terbang bagai jet pejuang 🛩️ di atas kepalanya
💡🚗 yang di bawa ke hulu ke hilir ketika makan, mandi dan tidur
💡🚗 yang menjadi kenderaan patung 🧸 nya
.dan banyak lagi cara main mengikut fikirannya.
Namun jika anda belikan set kereta mainan berserta track (landasan) canggih yang berputar-putar sendiri, anak hanya mampu menonton saja kereta tersebut berputar-putar.
Sudahlah membosankan dan mahal, malah tak mencabar minda kreatif anak kecil !
Pilihlah mainan dengan bijak.
☑️ Pilih mainan yang dapat di mainkan dalam pelbagai cara seperti contoh 🚗 diatas.
☑️ Pilih mainan yang dapat 'membesar' bersama-sama dengan anak. Misalnya set patung mainan kecil yang boleh bayi kecil susun mengikut saiz, usung di dalam bakul nya ke sana ke mari dan buat main semasa mandi. Set patung YANG SAMA, TETAP boleh dia gunakan setelah menjadi 'toddler' semasa dia berangan-angan main mak-mak atau doktor-doktor.
☑️ Pilih mainan yang meransang penjelajahan dan skil penyelesaian masalah anak. Misalnya puzzle, play doh atau blok shape-sorters (masukkan/susun bongkah ikut bentuk).
☑️ Pilih mainan yang meransang imaginasi anak. Misalnya kostum seperti topi lanun, set masak-masak dan set haiwan ladang mainan.
Dan.... PERLU beri peluang untuk anak bermain dengan barang-barang 'real' atau mainan hampir 'real' dengan barangan biasa yang wujud di sekeliling misalnya penyapu dan penyodok, senduk, beg tangan, jug siram pokok bunga, baldi dan lain-lain.
Ingat lagi bagaimana pada 20-30 tahun dahulu kita amat gembira bermain dengan barang murah dan 'apa adanya' di sekeliling kita❓
Kita main masak-masak menggunakan daun kering sebagai lauk, ranting sebagai senduk dan tempurung kelapa sebagai kuali dan pinggan.
Kita sambung getah panjang-panjang dan main lompat getah. Kita cipta pelbagai level game lompat getah tersebut.
Kita lukis ketenteng di jalanan dari sebatang kapur. Hanya sebatang kapur namun boleh di nikmati main beramai-ramai.
Kita bina kubu dari kusyen sofa dan selimut tidur. Kita cipta suasana perang kita sendiri.
Kita lawan baling batu lompat atas air (skipped stone). Kita geram melihat rakan yang handal , lalu kita berusaha memperbaiki skil balingan ibarat ia sebuah pertandingan hari sukan.
Kita kutip biji getah dan jadikan peluru tembak-tembak serta lastik kita.
Kita buat kapal kertas dan lautannya cuma longkang di tepi rumah.
Kita cipta game hanya dari selipar, tutup botol dan batang aiskrim. Barang tak penting dan terbuang bertukar jadi sesuatu yang sangat menyeronokkan.
Kita minta ibu jahitkan batu seremban bermodalkan hanya kacang hijau di dapur rumah.
Paling mahal, kita cuma minta beberapa puluh sen untuk beli set baju patung kertas mainan.
...Kita tiada banyak mainan memenuhi ruang rumah.
..Kita tiada mainan mahal lagi canggih yang jadi rebutan.
Namun kita sangat gembira dan tak merasa kekurangan.
Malah kita sentiasa tak sabar menanti esok untuk kembali bermain.
Keseronokan pengalaman bermain dan kualiti mainan itu jauh lebih PENTING dari soal jumlah mainan dan harga mainan.
🌟Malah jika anda tak punya apa-apa sekalipun untuk di belikan sebagai mainan kepada anak, ketahuilah anak hanya perlukan ibubapanya untuk bermain bersama !🌟
Wang yang di belanjakan dan hadiah yang di belikan TIDAK AKAN MAMPU MENGGANTI masa yang ibubapa luangkan bersama anak.
JANGAN pernah rasa bersalah jika tak mampu dan tak mahu turuti semua kehendak anak membeli setiap permainan yang anak 'teringin'.
Kerana sebenarnya, ANDAlah mainan paling mahal dan menyeronokkan buat anak.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
MEMANG S**A MAIN DAN LAYAN BUDAK-BUDAK.
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |