AJV Fitness and Muaythai

AJV Fitness and Muaythai

Share

PUSAT LATIHAN DAN KECERGASAN MUAYTHAI

Photos from AJV Fitness and Muaythai's post 10/06/2026

Doakan fighter kami πŸ₯ŠπŸ”₯

Fighter AJV akan bertarung mewakili negara di

1st IFMA Muaythai School World Championships 2026

πŸ“… 16 - 21 Jun 2026

πŸ“ Malaysia

Ini kali pertama Malaysia jadi tuan rumah untuk kejohanan dunia Muaythai peringkat sekolah!

Doakan kemenangan untuk atlit cilik kita. Bagi diorang semangat, bagi diorang yakin!

Kita bawa nama AJV & Malaysia naik pentas dunia πŸ’ͺπŸ”₯

AJV Di Belakang Korang!

Photos from AJV Fitness and Muaythai's post 08/06/2026

πŸ₯ŠπŸ† ALHAMDULILLAH πŸ†πŸ₯Š

Selesai sudah kejohanan Central Fight Fest.

Team AJV telah menghantar seramai 8 atlet untuk bertanding dan berjaya membawa pulang:

πŸ₯‡ 7 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 1 Pingat Perak

Satu pencapaian yang sangat membanggakan hasil kerja keras atlet, jurulatih dan sokongan padu daripada ibu bapa serta penyokong Team AJV.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dan melahirkan lebih ramai atlet Muaythai yang berkualiti.

AJV Fight Team terus melangkah ke hadapan! πŸ”₯πŸ’ͺ

AJVMuaythai

06/06/2026

JANGAN LEPASKAN! πŸ”₯

Nam Chai dari AJV akan beraksi di Central Fight Fest!
Dia turun ring untuk merebut tali pinggang kejohanan πŸ†

01/06/2026

Saday Sit Kru Gong bukan nama asing lagi dalam arena Muay Thai Thailand. Fighter yang sedang meningkat naik ini telah membuktikan kemampuannya di pentas berprestij seperti Lumpinee Boxing Stadium dan Rajadamnern Stadium.
Kini, Saday hadir dengan satu misi β€” mencari lawan yang benar-benar berani untuk menguji kemampuannya. Dengan gaya bertarung agresif, serangan tajam, dan semangat juang tanpa henti, beliau bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang sanggup berdiri di sudut bertentangan.
β€œJika anda merasakan diri anda cukup kuat, masuklah ke gelanggang. Jangan hanya bercakap di luar ring. Saya datang untuk bertarung, bukan untuk bermain. Buktikan kemampuan anda, dan kita selesaikan segala-galanya di atas gelanggang AJV international fight 1.0
Saday Sit Kru Gong – Rising Star of Thailand. Sedia menerima cabaran, sedia mencipta kemenangan. πŸ₯ŠπŸ”₯

31/05/2026

AJV International fight 1.0πŸ”₯

πŸ”₯ Perlawanan yang dinanti-nantikan!
Siapakah yang mampu menghentikan kebangkitan Wanchai AJV GGK di gelanggang? Dengan semangat juang yang tinggi, teknik yang tajam dan pengalaman bertarung yang semakin matang, Wanchai AJV GGK kini bersedia untuk menyahut cabaran seterusnya.
πŸ₯Š Wanchai AJV GGK VS ? πŸ₯Š
Satu persoalan yang sedang menjadi bualan ramai. Adakah akan muncul pencabar baharu yang berani menguji kemampuan Wanchai komando, atau seorang petarung berpengalaman yang mahu membuktikan dirinya lebih hebat?
⚑ Kelajuan.
⚑ Kekuatan.
⚑ Ketahanan.
⚑ Maruah.
Semuanya bakal dipertaruhkan di atas gelanggang AJV International fight 1.0 2026

Photos from AJV Fitness and Muaythai's post 17/05/2026

Alhamdulillah, kita telah menghantar 4 orang fighter dan berjaya merangkul 4 kemenangan di RENTAP Fighting Championship 8.0. Tahniah kepada semua fighter, coach dan team atas usaha, disiplin serta semangat juang yang luar biasa. Ini bukan sekadar kemenangan, tetapi bukti kerja keras dan pengorbanan seluruh pasukan. Terus melangkah lebih jauh dan bawa nama team ke tahap yang lebih tinggi! πŸ”₯πŸ₯ŠπŸ†

12/05/2026

Tak pandai Muaythai? Takpe.
Kat AJV kami ajar sampai pandai πŸ’ͺ
Nak kurus, nak jadi fighter, nak bela diri?
Semua ada. Jom mula!
DM: 011-3130 4140

Photos from AJV Fitness and Muaythai's post 05/05/2026

Alhamdulillah, pada 2 Mei 2026 kita telah menghantar seramai 15 orang atlet ke perlawanan Muzic Water Festival di Klebang, Melaka. Dengan izin-Nya, AJV berjaya merangkul 11 pingat emas dan 4 gangsa πŸ₯‡πŸ₯‰

Tahniah kepada semua fighter yang telah berjuang habis-habisan dan memberikan yang terbaik demi kejohanan ini. Usaha, disiplin, dan semangat anda semua memang luar biasa.

Ribuan terima kasih juga kepada semua yang sentiasa menyokong AJV dari belakangβ€”tanpa anda, kejayaan ini tidak mungkin tercapai. Kita teruskan momentum ini dan jadi lebih kuat! πŸ’ͺπŸ”₯

18/03/2026

Cuti Raya!!!

Di Ambang Kita Tak Tahu Raya Jumaat atau Sabtu,Coach bagi semua rehat and prepare awal ke kampung halaman masing masing.

Selamat Hari Raya Semua dan Jangan Overeat Ya!Kita kasi bakar kalori itu!

Muay Thai and Senaman Amat Crucial bila kita lepas beraya!

Terus DM Kami Ya.

muaythaimelaka promo sales tomoi tipskesihatan

17/02/2026

Hose hose!

AJV Mengucapkan Gong Xi Fa Cai Pada semua!

Gym tutup rehat untuk CNY ni ya!

Jangan makan berlebihan taw!


muaythaimelaka promo sales tomoi tipskesihatan

Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No 16-1, Jalan MP-2, TAMAN MERDEKA PERMAI
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 15:00