Ilmu Emas Diba & Miza

Ilmu Emas Diba & Miza Kami berkongsi tips untuk menyimpan tanpa tekanan... ✓✓✓

Pm kami untuk mula menyimpan emas

19/08/2026

[SOP PG: DETAIL MAKLUMAT AKAUN BANK]

SITUASI

Pemilik akaun Public Gold telah meninggal dunia dan masih mempunyai baki emas dalam GAP. Waris ingin membuat buyback, tetapi telah menukar maklumat bank si mati kepada akaun bank isteri.

Buyback telah dibuat dan gram emas telah ditolak serta tidak dikembalikan, tetapi bayaran gagal dikreditkan kerana nama akaun bank tidak sepadan dengan pemilik akaun PG.

PENYELESAIAN

1️⃣ Hubungi upline akaun si mati untuk bantuan dan tindakan selanjutnya.

2️⃣ Jika akaun bank si mati masih aktif:
👉 Kemas kini semula kepada akaun bank atas nama si mati.
👉 Serahkan PG Code + maklumat bank si mati kepada upline.
👉 Upline akan bantu tindakan susulan dengan staf Public Gold untuk proses repayment buyback.

3️⃣ Jika akaun bank si mati telah dibekukan:
👉 Sediakan dokumen tuntutan harta pusaka si mati.
👉 Rujuk upline untuk panduan dan dokumen yang diperlukan.

⚠️ PENTING UNTUK DIINGAT

Maklumat bank dalam akaun PG mesti atas nama pemilik akaun PG.

❌ Tidak boleh menggunakan akaun bank pasangan atau waris untuk urusan buyback.

💛 Nasihat Ikhlas Liana…

Penting berdaftar di bawah upline yang aktif dan rapat dengan staf branch, supaya ada tempat untuk dirujuk dan mendapatkan panduan yang betul sebelum bertindak.

Jangan sampai anda tiada arah tuju tanpa bantuan apabila berlaku masalah.

Public Gold tidaklah scammer untuk mencuri emas anda. Kesilapannya ialah hanya anda tidak mendapatkan bantuan daripada seorang upline untuk mendapatkan panduan dan mengikuti prosedur yang betul sebelum membuat urusan.

Segalanya menjadi mudah dengan bantuan dealer anda...☺️ https://t.me/ilmutabungemasperak/7367

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'Kadang-kadang kita memang perlu paksa diri untuk mula, sebelum akhi...
19/08/2026

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'Kadang-kadang kita memang perlu paksa diri untuk mula, sebelum akhirnya terbiasa.

Macam solat, macam juga menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru nak simpan.

Biarlah susah sekarang, supaya esok kita tak susah.
Simpan sedikit demi sedikit hari ini, untuk ketenangan di hari tua.

Jangan tunggu senang baru nak mula. Nanti penyesalan kita terima…' https://ift.tt/UtuPzhD

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: '🧮 Matematik hari ini:1g + 5g + 10g + 50g + 100g =Jawapan?"SYNTAX ER...
18/08/2026

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: '🧮 Matematik hari ini:

1g + 5g + 10g + 50g + 100g =
Jawapan?

"SYNTAX ERROR"

Kenapa ya?
Sebab, nak kena Top Up GAP anda lagi! 🤭 Sampai la tercapai matlamat anda.

Matematik yang sangat mudah. 🥰

Selamat pagi... Assalamualaikum...' https://ift.tt/hUk8Wtm

18/08/2026

*Emas digital tak sama dengan GAP Public Gold. Ramai yang masih keliru.*

Apabila harga emas turun, nilai pelaburan emas digital turut menurun kerana ia bergantung kepada harga semasa.

Tetapi dalam GAP Public Gold, gram emas yang anda dah beli tetap kekal. Sama seperti anda menyimpan emas fizikal di tangan. Turun naik harga hanya mempengaruhi nilai semasa, bukan jumlah gram yang anda miliki.

Satu lagi kelebihan GAP ialah gram emas boleh digunakan untuk Ar-Rahnu jika perlukan tunai sementara. Tak semestinya perlu jual emas. Bagi kebanyakan platform emas digital p**a, biasanya pilihan yang ada hanyalah menjual pegangan tersebut.

Memang ada platform emas digital yang menawarkan harga belian per gram lebih rendah. Namun, apabila ingin menukarkan kepada emas fizikal, stok mungkin terhad dan kos pengeluaran atau premium boleh menjadi lebih tinggi.

Selain itu, emas yang disimpan melalui GAP ialah emas fizikal yang disimpan oleh Public Gold tanpa caj simpanan, serta dilindungi oleh insurans mengikut terma yang ditetapkan.

Sebab itu ramai tanya saya, “Kak Ikin, lebih baik keluarkan emas masa harga naik atau masa harga turun?”

Jawapan saya mudah.

Tak kisah harga naik atau turun. Gram emas yang anda beli telah pun dikunci pada harga semasa pembelian. Apabila anda membuat pengeluaran, anda hanya menukar gram yang memang sudah menjadi milik anda kepada emas fizikal.

Ringkasnya, jumlah gram dalam akaun GAP hanya akan berkurang apabila anda:
✅ Mengeluarkan emas fizikal (withdraw)
✅ Menjual emas
✅ Menggunakan gram tersebut untuk Ar-Rahnu

Selain daripada itu, turun naik harga emas tidak mengurangkan jumlah gram yang anda miliki.

Dapat sesuatu hari ini? 😊 https://t.me/ilmutabungemasperak/7363

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'RM1 JUTA UNTUK DANA PERSARAAN — CUKUPKAH?Saya setuju, RM1 juta untu...
18/08/2026

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'RM1 JUTA UNTUK DANA PERSARAAN — CUKUPKAH?

Saya setuju, RM1 juta untuk dana persaraan bukanlah jumlah yang berlebihan.

Selepas bersara, kita bukan hanya perlukan duit untuk makan, bil dan kesihatan. Kita mungkin mahu melancong, menunaikan umrah, membantu perkahwinan anak-anak atau menghadapi perkara tidak dijangka.

Tambahan p**a, kos sara hidup terus meningkat akibat inflasi.

Namun, sama ada RM1 juta mencukupi atau tidak bergantung kepada gaya hidup, komitmen dan tempoh persaraan kita.

Sebab itu, jangan tunggu hampir bersara baru hendak merancang.

Mula bina dana persaraan dari sekarang. Lebih awal kita bermula, lebih ringan jumlah yang perlu disimpan setiap bulan.

Persaraan bukan masa untuk mula mencari duit.
Persaraan adalah masa untuk menikmati hasil daripada persiapan yang kita bina sejak muda.

Kredit : WNurliana' https://ift.tt/0yfb5ci

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'Simpan emas ikut kemampuan.Simpan emas ikut matlamat.Yang penting, ...
18/08/2026

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'Simpan emas ikut kemampuan.
Simpan emas ikut matlamat.
Yang penting, MULAKAN. ❤️' https://ift.tt/lKkTfHQ

17/08/2026

3 Pelajaran Daripada Kisah "Overlap" Emas

Berita seperti ini bukan bermaksud emas itu salah.

Sebaliknya, ia mengingatkan kita bahawa cara kita mengurus kewangan lebih penting daripada aset yang kita miliki.

1. Jangan berhutang untuk membeli aset jika aliran tunai belum kukuh.

Ramai orang membeli emas untuk melindungi kekayaan. Itu matlamat yang baik.
Tetapi apabila pembelian dibuat menggunakan hutang yang semakin bertambah, akhirnya kita mungkin tertekan dengan ansuran, upah simpan dan komitmen bulanan.

Aset sepatutnya memberi ketenangan, bukan menambah tekanan.

2. Ar-Rahnu ialah alat kewangan, bukan mesin mencipta kekayaan.

Ar-Rahnu sangat bermanfaat apabila digunakan untuk:
✅ Kecemasan.
✅ Keperluan jangka pendek.

Namun, jika digunakan berulang kali semata-mata untuk membeli lebih banyak emas melalui teknik "overlap", risikonya meningkat.

Lebih tinggi hutang, lebih tinggi tekanannya.

3. Bina kekayaan secara perlahan tetapi konsisten.

Ramai orang mahu cepat kaya.

Hakikatnya, kebanyakan orang yang benar-benar berjaya membina kekayaan melakukannya dengan cara yang membosankan:
✔️ Menyimpan setiap bulan.
✔️ Membeli emas mengikut kemampuan.
✔️ Tidak meminjam untuk melabur.
✔️ Bersabar selama bertahun-tahun.

Kekayaan yang dibina perlahan selalunya lebih kukuh daripada kekayaan yang dibina dengan leverage yang tinggi.

Penutup

Emas bukan beban.
Hutang yang tidak terkawal boleh menjadi beban.

Gunakan emas sebagai alat untuk menyimpan nilai, bukan sebagai alasan untuk mengambil risiko yang melebihi kemampuan kewangan.

Ingatlah:
Jangan biarkan keinginan untuk memiliki lebih banyak emas hari ini menyebabkan kita kehilangan ketenangan hidup pada hari esok.

Apa pendapat anda? Adakah teknik "overlap" sesuai untuk semua orang, atau hanya untuk mereka yang benar-benar memahami risikonya?

- Azizi Ali- https://t.me/ilmutabungemasperak/7360

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'Apa yang best dengan Auto Debit GAP ni?✅️ Set and forget! Set je au...
17/08/2026

New photo posted in ILMU EMAS - Miza, Diba & Bella: 'Apa yang best dengan Auto Debit GAP ni?

✅️ Set and forget! Set je auto debit sekali (contohnya RM100), sistem akan automatik potong dari akaun bank dan gram emas masuk akaun GAP.

✅️ Tak perlu pening pantau harga emas. Fokus tambah gram emas. Sesuai sangat untuk orang yg sibuk.

✅️ Layak CABUTAN BERTUAH setiap bulan dengan auto debit minimum RM200. Ada 20 hadiah disediakan untuk pemenang.

* Grand prize = 10 gram gold bar!

Senarai pemenang bulanan cabutan bertuah di bawah:

https://ift.tt/Gr0LHy3

Kredit : Tele Puan Farrah Aiza' https://ift.tt/GIE13jM

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilmu Emas Diba & Miza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ilmu Emas Diba & Miza:

Shortcuts

Share