Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM

Share

Page rasmi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Facebook rasmi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Photos from Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM's post 18/06/2026

Selaras dengan aspirasi KPT MADANI dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai jati diri kukuh, semangat patriotisme yang tinggi serta kefahaman mendalam terhadap peranan mereka sebagai warganegara, saya berbesar hati menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Mahasiswa Negara) Zon Selatan Siri 7 yang berlangsung di Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah, Melaka.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM) ini telah menghimpunkan seramai 120 mahasiswa tahun pertama daripada UTeM, UTM, UTHM dan USIM sepanjang kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Bagi saya, program seperti ini merupakan platform strategik dalam memperkukuh kesedaran kenegaraan dan membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memahami tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Dalam dunia yang semakin mencabar, negara memerlukan generasi muda yang berprinsip, berintegriti dan mempunyai semangat cintakan tanah air yang tinggi.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada pelbagai pengisian berkaitan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta Nilai Teras Malaysia MADANI yang menjadi asas penting dalam membentuk kepimpinan mahasiswa yang berwawasan dan bertanggungjawab.

Saya percaya pendedahan seperti ini mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi mahasiswa yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah mempunyai jati diri yang mantap serta kesedaran untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), MAKLUM serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang cukup bermakna ini. Semoga usaha memperkasa agenda kenegaraan dan pembangunan kepimpinan mahasiswa seperti ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berjiwa MADANI.





Photos from Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM's post 18/06/2026

Alhamdulillah, saya telah menghadiri Mesyuarat Komandan-Komandan Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia yang berlangsung di SPS UTeM, menghimpunkan barisan Komandan Kor SUKSIS dari universiti awam seluruh negara bagi membincangkan hala tuju, pembangunan serta pemerkasaan Kor SUKSIS dalam melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berintegriti dan berjiwa patriotik.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dato' Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merangkap Pengerusi Sekretariat Tetap Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara universiti awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh peranan Kor SUKSIS sebagai platform pembangunan kepimpinan mahasiswa yang berimpak tinggi.

Bagi saya, Kor SUKSIS bukan sekadar sebuah pasukan beruniform, tetapi merupakan wadah pembentukan jati diri yang membina nilai disiplin, integriti, kepimpinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa. Nilai-nilai ini amat penting dalam melahirkan graduan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai keupayaan untuk memimpin, berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat serta negara.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik dan merangka inisiatif baharu dalam usaha memperkasakan ekosistem Kor SUKSIS di peringkat universiti awam. Perbincangan yang berlangsung mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan Kor SUKSIS terus relevan dan menjadi antara medium terbaik dalam pembangunan modal insan negara.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dicapai melalui mesyuarat ini dapat memperkukuh lagi kecemerlangan Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia serta melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berwibawa, berprinsip dan sentiasa menjunjung semangat khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.




18/06/2026

PRA PENDAFTARAN OLYMPIC DAY RUN 2026

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menganjurkan Olympic Day Run 2026 dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia bersempena sambutan Hari Olimpik seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
đź•— Masa: 7:00 pagi
📍 Tempat: Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
đź‘• Pakaian: Tema Warisan berwarna: (Biru, Kuning, Hitam, Hijau, Merah)

Program ini bertemakan “Larian Olimpik Hijau & Warisan” dan membawa aspirasi Move, Inspire, Together. Program ini turut menampilkan jemputan istimewa dalam kalangan Olympian yang berprestij bagi memeriahkan sambutan program ini.

Sehubungan itu, Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk turut serta dalam menjayakan program ini sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Ayuh warga UTeM bersama kita melangkah, bersama kita mencipta legasi. Pra Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan ini.
https://forms.gle/3b15gkV2hH34CfQH8

Sekian, terima kasih.

17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah menjadi titik permulaan untuk memperbaharui azam, meningkatkan ketakwaan dan memperbanyakkan amal soleh. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

Photos from Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM's post 16/06/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Festival Fun Run Nasi Dagang 2026 anjuran Persatuan Mahasiswa/i Anak Terengganu (PERMATA) UTeM, sebuah program yang berjaya menghimpunkan lebih 500 mahasiswa dan warga kampus dalam suasana yang penuh semangat, energi dan kebersamaan.

Apa yang lebih membanggakan, program ini membuktikan bahawa mahasiswa hari ini bukan sahaja mampu cemerlang dalam akademik, malah berupaya menjadi penggerak kepada budaya hidup sihat, perpaduan dan kesejahteraan komuniti kampus. Melalui penganjuran yang kreatif dan inklusif, festival ini berjaya menyatukan mahasiswa daripada pelbagai latar belakang dalam satu platform yang menggalakkan interaksi, kerjasama dan semangat kekitaan.

Bagi saya, program seperti ini mempunyai nilai yang jauh lebih besar daripada sebuah aktiviti larian. Ia merupakan simbol kepada kekuatan mahasiswa dalam membina komuniti kampus yang aktif, sihat dan saling menyokong antara satu sama lain. Kehadiran lebih 500 peserta jelas menggambarkan semangat luar biasa mahasiswa UTeM yang sentiasa bersedia untuk terlibat dalam program yang memberi manfaat kepada pembangunan diri dan kesejahteraan bersama.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PERMATA UTeM atas kejayaan menganjurkan program yang berimpak tinggi ini. Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila mahasiswa diberikan ruang dan kepercayaan, mereka mampu menghasilkan program yang bukan sahaja meriah, malah meninggalkan nilai serta impak yang bermakna kepada komuniti universiti.

Semoga semangat yang dipamerkan melalui Festival Fun Run Nasi Dagang 2026 ini terus menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih banyak inisiatif yang menyatukan warga kampus, memperkukuh ukhuwah serta membentuk mahasiswa yang seimbang, berdaya tahan dan holistik dalam mendepani cabaran masa hadapan.




Photos from Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin's post 15/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTeM Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal
Malacca City
76100