03/07/2022
PERTANDINGAN GENERATIONAL END GAME ANTI ROKOK 🚬
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para Belia Malaysia. ☺️
Pergerakan Siswa GPMS bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Majlis Belia Malaysia akan menganjurkan pertandingan bertemakan GENERASI PENAMAT ANTI ROKOK untuk memberi kesedaran kepada anak muda berkenaan bahayanya merokok.
Oleh itu, kami akan menganjurkan:
✅ PERTANDINGAN VIDEO GEGAR BELIA
📌Terbuka bagi kategori Pelajar Mahasiswa/i (IPT) SAHAJA.
📌Link pendaftaran:
https://forms.gle/uUwiz7qXQpNrxBgDA
✅ PERTANDINGAN PENULISAN PUISI GEGAR BELIA
📌Terbuka untk 3 kategori:
- Mahasiswa (IPT)
- Pelajar Sek. Menengah
- Pelajar Sek. Rendah
📌Link pendaftaran:
https://forms.gle/2UEhxCNJbcFEkJpE8
📆 Tarikh penyertaan: 1 Julai - 20 Julai 2022
📃Sila rujuk poster untuk terma dan syarat pertandingan.
👉🏻 Bagi yang berminat untuk menyertai, lengkapkan google form yang disediakan.
🎁Sijil dan hadiah yang lumayan menanti anda ! Tunggu apa lagi? Mari sertai kami ! 💪🏻
📱📲Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
🙋🏻♀️Nabihah
http://www.wasap.my/601125531469
🙋🏻♀️Noorhidayah
http://www.wasap.my/60164672002
18/06/2022
SELAMAT HARI BAPA
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kami dari keluarga GPMS KAYM ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua.
Jasa, penat lelah, serta keringatmu selama ini dalam membesarkan kami sangatlah dihargai dan akan dikenang hingga ke akhir hayat kami.
Terima kasih ayah.
______________________________
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas KAYM
"Belajar Terus Belajar"
Nor Diana Binti Md Dom
Exco Multimedia, Publisiti & Teknikal
GPMS KAYM
-----------
Ikuti berita dan hebahan maklumat GPMS Cawangan Khas KAYM di :
page : GPMS KAYM
Facebook : GPMS Cawangan Khas KAYM
Instagram :
-GPMS
17/03/2022
MARI KENALI AHLI GPMS KAYM 📸
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Kami dari Exco Multimedia, Publisiti dan Teknikal mengadakan program Mari Kenali Ahli GPMS KAYM yang diwajibkan untuk semua ahli dan AJK.
Program tersebut dijalankan seperti ketetapan berikut :
📸 Tarikh : 19/3 - 3/4
📸 Masa : 8am (19/3), 11.50pm (1/4), 9am (3/4)
📸 Kaedah : Video kreatif (biodata 1-2 minit)
DIWAJIBKAN UNTUK SEMUA AHLI DAN AJK GPMS KAYM
✅ E- cert
✅ Wang saguhati untuk video paling kreatif (seorang)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Nurin Nazihah di talian 017-5133437
Video boleh dihantar pada :
Nor Diana - https://t.me/nndianaa
Hazim - https://t.me/ajimmmmmmmmmmm
GPMSGPMS Negeri MelakaeGPMS Negeri MelakaaGPMS Negeri Melaka
01/02/2022
[UCAPAN TAHUN BARU CINA]
Kami barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas KAYM ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi tahun 2022.
GONG XI FA CAI
Walaupun endemik covid melanda negara kita, perayaan tahun baru cina tetap disambut dengan meriah dengan mengamalkan SOP yang dikeluarkan oleh MKN.
"Makan nasi berlaukkan ikan,
Budak kecil belajar mengira,
Selamat tahun baru cina kami ucapkan,
Moga kalian sihat dan gembira"
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas KAYM
'Belajar Terus Belajar'
Ikuti berita dan hebahan maklumat GPMS Cawangan Khas KAYM di :
page : GPMS KAYM
Facebook : Gpms Cawangan Khas Kaym
Instagram :
----------------------------
Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS
GPMS Negeri Melaka
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS
19/10/2021
[SALAM MAULIDUR RASUL]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal/1443H kepada seluruh umat Islam di seluruh negara.
Melalui tema pada kali ini iaitu "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti", diharap agar umat Islam dapat mengukuhkan lagi akidah, memantapkan akhlak, membangunkan ummah yang berkualiti dan dapat menyantuni manusia tanpa mengira peringkat umur, bangsa mahupun agama seperti yang telah diajarkan oleh Rasul kita.
Tuntasnya, semoga umat Islam pada hari ini dapat melahirkan akhlak dan ukhwah yang berkualiti dimana ianya dapat memberi contoh dan teladan kepada generasi akan datang.
Terima kasih.
"Belajar Terus Belajar"
GPMS CAWANGAN KHAS KAYM
NEGERI MELAKA
---------------------------------------------
Ikuti berita dan maklumat hebahan di :
Instagram :
page : GPMS KAYM
GPMS Negeri Melaka
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS
16/09/2021
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2021]
Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.
Tambahan p**a, tarikh 16 September itu sangat relevan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin berlaku sekiranya negara kita masih lagi di bawah cengkaman kolonial British.
Justeru, sambutan Hari Malaysia juga wajar kita gunakan untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.
Akhir kata, agenda kemerdekaan itu sendiri bersifat berkesinambungan, khususnya bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia, yang mana Hari Malaysia mempunyai peranan besar sebagai asas pembinaan semangat kebangsaan.
'Belajar Terus Belajar'
SHARIFAH SUHAILAH BINTI SYED SAFI
Exco Penerangan, Komunikasi & Protokol
GPMS KAYM
______________________________
Ikuti berita dan hebahan maklumat GPMS Cawangan Khas KAYM di :
page : GPMS KAYM
Facebook : Gpms Cawangan Khas Kaym
Instagram :
----------------------------
Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS
Negeri Melaka
09/09/2021
[MINGGU BPPT : LONJAKAN PRESTASI MAHASISWA 2021]
📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢📢
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH
✨Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.✨
Untuk makluman anda, Biro Pendidikan & Pengajian Tinggi GPMS Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Sesi Tazkirah yang berfokuskan aspek rohani dan motivasi serta memberi kesedaran nilai keagamaan.
Majlis ini turut berkongsi isu yang berkait dengan peningkatan mahasiswa sendiri dan memberi kesedaran kepada golongan belia.
Para peserta juga dapat beramah mesra dan mengajukan soalan serta isu-isu berkaitan kepada panel jemputan✨
Berikut merupakan ketetapan program:⬇️⬇️
Hari: Jumaat
Tarikh: 17 September 2021
Masa: 8.30 Malam
Platform: Google Meet
Link google meet:⬇️⬇️
(Akan diberikan kemudian)
📌📌 E-Sijil disediakan (Link e-sijil akan diberi semasa program berlangsung)
Bagi yang berminat, anda boleh sertai pautan group whatsapp berikut;
https://chat.whatsapp.com/HcpRMIVLYU5DEICwm1g1do
Marilah bersama-sama memeriahkan Majlis Bacaan Yaasin dan Sesi Tazkirah ini! Kehadiran anda amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Publisiti
Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah
GPMS Negeri Melaka
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS
06/09/2021
[MINGGU BPPT: LONJAKAN PRESTASI MAHASISWA ]
FORUM KEPIMPINAN ENDEMIK: CABARAN DAN KREATIVITI PEMIMPIN MUDA PADA ERA KINI
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman anda, Forum Kepimpinan Endemik: Cabaran dan Kreativiti Pemimpin Muda pada Era Kini yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi GPMS Melaka bersempena Minggu BPPT: Lonjakan Prestasi Mahasiswa bakal dijalankan bagi memberi pendedahan kepada belia muda khususnya dalam mencari solusi dan konklusi menghadapi cabaran dalam aspek kepimpinan.🔥💪🏻
Program bakal dijalankan seperti ketetapan berikut:⬇️⬇️
Tarikh: 21 September 2021(Selasa)
Masa: 9.00 Malam
Platform: Zoom
Para peserta boleh memasuki ke group Whatsapp seperti yang tertera di bawah:
https://bit.ly/3yNN7xx
E-Sijil disediakan✨
Kehadiran anda amatlah kami alu-alukan dan hargai.
Sekian, terima kasih
"Belajar Terus Belajar"
Jawatankuasa Multimedia_
Forum Kepimpinan Endemik: Cabaran dan Kreativiti Pemimpin Muda Pada Era Kini
________________________________
Ikuti berita dan maklumat hebahan GPMS Negeri Melaka di:
page : GPMS Negeri Melaka
Instagram: .melaka.official
06/09/2021
BENGKEL ASAS TANAMAN CENDAWAN SECARA DALAM TALIAN 🍄🍄
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera! 🙋🏻♂🙋🏻♀
📢 📢📢📢📢📢📢📢📢📢
❓Anda sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan?
❓Anda mencari hobi yang dapat mendatangkan hasil?
Rebut peluang menyertai BENGKEL ASAS TANAMAN CENDAWAN SECARA DALAM TALIAN secara percuma.
Penyertaan terbuka kepada semua.
Bengkel akan diadakan seperti ketetapan di bawah:-
🔸 Tarikh: 18 September 2021 (Sabtu)
🔸 Masa: 10.00 pagi - 2.30 petang
🔸 Platform: Zoom
🔸 Yuran: PERCUMA
Setiap peserta akan menerima SIJIL PENYERTAAN dan peserta yang berjaya mendapat markah yang telah ditetapkan, akan diberikan SIJIL PENILAIAN KEMAHIRAN berkaitan pengurusan tanaman cendawan.
Kepada yang berminat, sila lengkapkan Google Form dan sertai group Whatsapp di bawah sebelum 17 SEPTEMBER 2021:
📝Google Form:
_https://forms.gle/BdVmEKfCoSgtQM1m8_
📲Group WhatsApp:
_https://chat.whatsapp.com/K37JF4rALANIld1u8ui8YX_
Penglibatan dan kehadiran anda amatlah kami alu-alukan dan hargai.
Sebarang pertanyaan dan permasalahan, boleh hubungi:
_wa.me/60196312600_ (Afiq Affandi)
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda
Sekian, Terima Kasih
"Belajar Terus Belajar"
Afiq Affandi
Exco Komunikasi
Bengkel Asas Ternakan Cendawan
______________
Ikuti berita dan maklumat hebahan GPMS Negeri Melaka di:
page : GPMS Negeri Melaka
Instagram: .melaka.official
31/08/2021
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-64
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan tema dan logo yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’ sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Tema ini kekal sebagaimana sambutan hari kebangsaan bagi tahun lepas (2020).
Logo yang diperkenalkan p**a adalah berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang yang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tambahan p**a, sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pemilihan warna dan logo sudah pasti mengambil inspirasi daripada warna jalur gemilang iaitu Kuning, Merah, Biru dan putih dalam rekabentuk logo.
Rasional pemilihan tema adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi pandemik Covid-19.
Akhir kata, sambutlah Hari Kemerdekaan tahun ini lebih bersemangat dengan jiwa yang penuh semangat patriotisme!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-64
'Belajar Terus Belajar'
______________________________
Ikuti berita dan hebahan maklumat GPMS Cawangan Khas KAYM di :
page : GPMS KAYM
Facebook : Gpms Cawangan Khas Kaym
Instagram :
------------------------------------------
Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS
Negeri Melaka
GPMS Negeri Melaka
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung - GPMS