27/04/2026
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
Tarikh: 26 April 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi-1.00 petang
Objektif Kem ini :
1. Melahirkan pemimpin yang mempunyai akhlak kepimpinan dan menjadi contoh yang baik.
2. Meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam diri.
3. Mewujudkan sikap saling bekerjasama dan bertanggungjawab.
Semoga murid² ini dapat membawa pulang pengalaman dan aplikasikan segala ilmu dalam kehidupan mereka.
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada para waris, penceramah, guru-guru dan murid yang terlibat dalam kem ini.
27/04/2026
PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026
Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi - 11.10 pagi
Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit merupakan program yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Semua warga Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) telah menyertai Program Jom Membaca 10 minit yang diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada 23 April 2026 pada pukul 11.00-11.10 pagi.
Semoga amalan baik ini mampu untuk membina insan yang berpengetahuan tinggi dan Minda Kelas Pertama selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
27/04/2026
MAJLIS PELANCARAN HALA TUJU PEMPOSISIAN SEKOLAH "ACS PRIMA"
Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
Tempat: Dewan Chua Cheng Chye
Perasmi: Tuan Mohd Yusri bin Seman BKT
Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD Melaka Tengah, Tuan Mohd Yusri bin Seman atas kunjungan ke sekolah kami bagi merasmikan Majlis Pelancaran Hala Tuju Pemposisian Sekolah 'ACS PRIMA"
17/04/2026
SUKAN TARA SK METHODIST (ACS) 2026
Tarikh: 8-9 April 2026 (Rabu, Khamis)
Tempat: Padang SMK Methodist (ACS)
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah hadir menyertai sukan tara kali ini sekali gus menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing!
17/04/2026
UJIAN SEGAK
Tarikh: 7 April 2026 (Selasa)
Tempat: Dewan Chua Cheng Chye
Pelaksanaan ujian SEGAK sesi pertama bagi murid-murid Tahap 2 (Tahun 4-6) SK Methodist (ACS) telah dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani.
🤾♂️Ujian SEGAK (Ujian Standards Kecergasan Fizikal Kebangsaan Murid Sekolah Malaysia) ialah ujian kecergasan murid yang mana ia merupakan ujian yang wajib dilaksanakan untuk semua murid tahap 2.
🤾♂️Ujian ini adalah salah satu komponen pentaksiran dalam PBS (Pentaksiran berasaskan Sekolah). Antara komponen yg diuji adalah:-
1. Pengukuran BMI
2.Ujian naik turun bangku
3.Ujian tekan tubi
4. Ujian ringkuk separa
5.Ujian jangkauan melunjur
07/04/2026
MAJLIS SETULUS BUDI SEINDAH MEMORI
Tarikh: 2 April 2026
Masa: 11.30 pagi
Tempat; Dewan Chua Cheng Chye
Sekalung penghargaan and terima kasih diucapkan kepada Pn. Puvana A/P Subramaniam di atas sumbangan, bakti dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di SK Methodist (ACS).
Tidak lekang di bibir kata kata dan bakti beliau dalam meningkatkan mutu dan kecemerlangan murid di sekolah. Sudah menjadi adat setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pihak sekolah mendoakan agar Pn. Puvana dikurniakan kesihatan, umur yang panjang, rezeki yang berkat dan terhimpun segala kebaikan pada Pn. Puvana dalam mendidik di tempat baharu.
Jasamu tidak dapat kami semua lupakan. Akhir kalam terima kasih kami ucapkan.
07/04/2026
PROGRAM SELUHUR BUDI SEIKHLAS HATI
Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)
Tempat: Dewan Chua Cheng Chye
Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada murid asnaf dan anak yatim. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah dan individu yang sudi memberi sumbangan dan derma untuk menjayakan Program “Seluhur Budi Seikhlas hati” ini.
15/03/2026
IHYA' RAMADAN : PROGRAM MEMASAK & AGIHAN BUBUR LAMBUK
Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Chua Cheng Chye
Program IHYA’ RAMADAN: Memasak & Agihan Bubur Lambuk telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kerjasama.
Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan, malah dapat memupuk nilai gotong-royong, kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga sekolah serta komuniti setempat.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Semoga amalan berkongsi ini terus menjadi tradisi yang mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan keberkatan di bulan Ramadan.
15/03/2026
PROGRAM SELUHUR BUDI SEIKHLAS HATI
Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa: 11:10 pagi
Tempat: Dewan Chua Cheng Chye
Disempurnakan oleh: Mr. Nitin Jain (President & CEO of Intrinseque Health)
Program Seluhur Budi Seikhlas Hati telah disempurnakan oleh Nitin Jain, President & CEO Intrinseque Health. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Intrinseque Health atas sumbangan yang diberikan kepada semua murid SK Methodist (ACS).
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan menceriakan murid-murid kami dan segala kebaikan ini dibalas dengan keberkatan dan kejayaan yang berterusan. Terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan. ✨
09/03/2026
PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS TAHUN 2026
Tarikh: 9 Mac 2026 (Isnin)
Tempat: Dewan Chua Cheng Chye
Kempen “ Sayangi Buku Teks “ telah dilancarkan oleh Unit Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT) SKMACS. Semua murid telah diberikan penerangan mengenai penjagaan buku teks masing-masing agar lebih bertanggungjawab sekaligus mengambil berat hal ehwal penjagaan buku.