30/04/2026
๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฌ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ซ๐ข๐ฌ ๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ค๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
Alhamdulillah syukur.
*Selesai dua (2) daripada 24* Pertandingan Aktiviti Sokongan Akademik Bahasa Melayu dan Bahasa.
Tarikh: 28 dan 29 April 2026
Pengelola: SK Kem Terendak II, Alor Gajah.
Penglibatan: 14 buah sekolah
1 pasukan 5 orang pembahas.
Hakim seramai 22 orang.
๐ฅJohan: SK Convent Infant Jesus 2
๐ฅNaib Johan: SK Tun Syed Ahmad Shahabudin Berendam 2
๐ฅKetiga bersama: SK Bachang
๐ฅKetiga bersama: SK Kg Tun Razak
โจKelima: SK Bandar Hilir
Pembahas Terbaik Akhir:
โจRahil Amna binti Mohd Hazimin dari SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
Perasmi: Encik Azhar bin Md Nor, Timbalan PPD, Sektor Perancangan, PPD Alor Gajah
Jutaan terima kasih kepada Encik Azhar bin Md Nor, Timbalan PPD, Sektor Perancangan, PPD Alor Gajah dan PPD Alor Gajah kerana memberi sokongan penuh terhadap penganjuran ini.
Ribuan terima kasih juga kepada Tuan Panglima dan seluruh warga Kem Terendak atas sokongan penuh penganjuran pertandingan ini.
Sekolah Pengelola iaitu SK Kem Terendak II begitu hebat dengan komitmen dan dedikasi mereka dalam menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.
Pengerusi Teknik Bahas BI SR iaitu Cikgu Zulhilmi dari SK Kem Gerak Khas dan 3 pegawai teknikal iaitu Cikgu Azlina (SK Sungai Udang), Cikgu Munirah (SMK Tinggi Melaka dan Cikgu Ashikin (SK Kampong Gelam) yang sangat komited.
Begitu juga sekretariat MBMMBI iaitu SK Jalan Datuk Palembang kerana menyediakan semua peralatan dan hadiah bagi pertandingan ini.
Tahniah juga kepada guru, ibu bapa dan murid atas semangat juang yang tinggi dalam menimba ilmu dab pengalaman. Semoga kemahiran berbahasa murid dapat terus ditingkatkan.
~ Pelayaran Bahasa Bersama Memperkasa ~