17/03/2026
Kami warga Pejabat Pengurusan Pembangunan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kegembiraan buat kita semua.
Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Mohon maaf kekhilafan diri.
UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H 2026M | PEJABAT PENGURUSAN PEMBANGUNAN UTeM.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami Pejabat Pengurusan Pembangunan UTeM.Website : https://ppp.utem.edu.my/Facebook : https://www.fac...
05/11/2025
27 Oktober 2025 | 5 Jamadilawwal 1447H
Sesi lawatan tapak oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), Pusat Kesihatan UTeM dan Pusat Persatuan Pelajar.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran terhadap pembangunan dan juga penambahbaikan terhadap bangunan UTeM yang akan dilaksanakan.
05/11/2025
27 Oktober 2025 | 5 Jamadilawwal 1447H
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 10 Tahun 2025.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KPT serta hadir sama secara fizikal adalah Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Setiausaha Bahagian Pembangunan Bakat KPT, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, wakil-wakil daripada Universiti Awam dan juga ahli-ahli mesyuarat lain yang terlibat.
14/10/2025
27 Ogos 2025 | 3 Rabiulawwal 1447H
Program Gotong Royong Pelupusan Aset Pejabat Pengurusan Pembangunan di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK).
14/10/2025
2 September 2025 | 9 Rabiulawwal 1447H
Program Riadah Petang Pejabat Pengurusan Pembangunan anjuran Kelab Staf Pejabat Pengurusan Pembangunan.
14/10/2025
10 September 2025 | 17 Rabiulawwal 1447H
Bengkel Pengurusan Aset Pejabat Pengurusan Pembangunan (PPP) Bersama Unit Rekod Aset & Stor (URAS) Pejabat Bendahari.
14/10/2025
30 September 2025 | 8 Rabiulakhir 1447H
Mesyuarat Pembukaan Bagi Audit Dalaman MaPTeP Tahun 2025 Bangunan Pejabat Pembangunan
14/10/2025
7 Oktober 2025 | 15 Rabiulakhir 1447H
Sesi Terapi Kelompok Urus Emosi : Pendekatan Terapi Dulang Pasir
14/10/2025
8-9 Oktober 2025 | 16-17 Rabiulakhir 1447H
Bengkel Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Penyediaan Dokumen Rasmi Peringkat Pejabat Pengurusan Pembangunan telah diadakan di Bilik Latihan 1, Pusat Perkhidmatan Pengetahuan & Komunikasi (PPPK).
14/10/2025
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Jasa Bakti (AJB) Tahun 2024 Pejabat Pengurusan Pembangunan.
Semoga anugerah ini menjadi motivasi untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme, dan semangat kerja berpasukan untuk kemajuan organisasi.
23/09/2025
Ayuh Warga PPP, marilah kita semua mengamalkan dan mempraktikkan amalan jimat tenaga tidak kira sama ada berada di pejabat ataupun dirumah.
Marilah kita sama-sama membudayakan amalan ini 😉
* Sumber: Tenaga Nasional Berhad