Sekolah Kebangsaan Lereh

Sekolah Kebangsaan Lereh MOTO : "ILMU SULUH HIDUP" Sekolah Kebangsaan Lereh telah dibuka pada tahun 1915. Namanya ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Lereh.

Asal sekolah ini adalah daripada sebuah bangunan Kelab Golf yang berhampiran dengan padang golf. Sebelum tahun 1930 terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Tanjung Kling dan Sekolah Batang Tiga yang telah dibina tidak jauh dengan Sekolah Kebangsaan Lereh (dulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Lereh). Memandangkan kedua-dua sekolah berkenaan sangat hampir dengan Sekolah Kebangsaan Lereh, pihak Jabatan Pelajaran Melaka mengarahkan kedua-dua sekolah itu dicantum dengan Sekolah Melayu Lereh.

Alhamdulillah. Selesai sudah Kejohanan Olahraga Tahunan SK Lereh Kali Ke-37! 🔥 Tahniah kepada semua pemenang, syabas kep...
15/07/2026

Alhamdulillah. Selesai sudah Kejohanan Olahraga Tahunan SK Lereh Kali Ke-37! 🔥 Tahniah kepada semua pemenang, syabas kepada semua peserta. Jumpa lagi tahun hadapan! 🏆

🕋 MANASIK HAJI KIDS SK Lereh 🕋Alhamdulillah, Program Manasik Haji Kids berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Universiti ...
14/07/2026

🕋 MANASIK HAJI KIDS SK Lereh 🕋

Alhamdulillah, Program Manasik Haji Kids berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman bermakna dalam menyemai kecintaan terhadap ibadah Haji sejak usia muda. Semoga memberi manfaat buat semua. 🤍

✨ PERBARISAN RUMAH SUKAN SK LEREH 2026 ✨Kreativiti, disiplin dan semangat berpasukan dipamerkan dengan penuh bergaya dal...
13/07/2026

✨ PERBARISAN RUMAH SUKAN SK LEREH 2026 ✨

Kreativiti, disiplin dan semangat berpasukan dipamerkan dengan penuh bergaya dalam Perbarisan Rumah Sukan SK Lereh 2026. 💚❤️💛💙

Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru, ibu bapa serta warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan perbarisan ini. Setiap rumah sukan tampil dengan identiti dan keunikan tersendiri.

📽️ Saksikan video penuh perbarisan di YouTube SK Lereh!



Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Alhamdulillah, walaupun  acara sukan tidak dapat diteruskan kerana hujan, Perbarisan Rumah Sukan SK Lereh tetap berlangs...
11/07/2026

Alhamdulillah, walaupun acara sukan tidak dapat diteruskan kerana hujan, Perbarisan Rumah Sukan SK Lereh tetap berlangsung dengan penuh semangat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuminah Hashim atas kesudian hadir memeriahkan majlis. Kehadiran YB amat kami hargai.

Terima kasih kepada semua murid, guru, ibu bapa dan warga sekolah atas kerjasama serta semangat yang ditunjukkan.

PERBARISAN HARI SUKAN
11/07/2026

PERBARISAN HARI SUKAN

ACARA SUKANEKA TAHAP 1 DAN TARIK TALI
10/07/2026

ACARA SUKANEKA TAHAP 1 DAN TARIK TALI

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA ACARA SUKANEKA, AKHIR PADANG DAN TARIK TALI
10/07/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA ACARA SUKANEKA, AKHIR PADANG DAN TARIK TALI

🏅 TAHNIAH ATLET GIMNASTIK ARTISTIK SK LEREH! 🏅Assalamualaikum.Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada atlet-atl...
09/07/2026

🏅 TAHNIAH ATLET GIMNASTIK ARTISTIK SK LEREH! 🏅

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada atlet-atlet Gimnastik Artistik SK Lereh atas kejayaan membanggakan yang telah mengharumkan nama sekolah sepanjang kejohanan.

🏆 Senarai Pencapaian:

🥇 Pingat Emas
• Batang Titian (Perempuan Bawah 12 Tahun)
Nur Aiyra binti Nor Muliady (4UPM)

• Palang Sejajar (Lelaki Bawah 12 Tahun)
Muhammad Hariz bin Mohamad Kila (5UKM)

🥈 Pingat Perak
• Melombol (Perempuan Bawah 12 Tahun)
Nur Safarah binti Zulkarnaen (5UKM)

• Senam Lantai (Perempuan Bawah 12 Tahun)
Nur Aiyra binti Nor Muliady (4UPM)

• Keseluruhan Perempuan (Bawah 12 Tahun)
Nur Safarah binti Zulkarnaen (5UKM)

🥉 Pingat Gangsa
• Senam Lantai (Perempuan Bawah 12 Tahun)
Nur Safarah binti Zulkarnaen (5UKM)

• Batang Titian (Perempuan Bawah 12 Tahun)
Nur Safarah binti Zulkarnaen (5UKM)

🥉 Tempat Ketiga Berkumpulan
• Lelaki Bawah 12 Tahun

Syabas dan tahniah kepada semua atlet atas semangat juang yang tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang kejohanan.

SK Lereh terus melakar kejayaan, mengharumkan nama sekolah di persada sukan. Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)
09/07/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)

SUKANEKA PRA SEKOLAH DAN ACARA AKHIR PADANG
07/07/2026

SUKANEKA PRA SEKOLAH DAN ACARA AKHIR PADANG

Address

Sekolah Kebangsaan Lereh
Malacca City
76400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30

Telephone

+6063154264

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Lereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Lereh:

Shortcuts

Share