Maahad ANWAR Al-BAYAN

Call Directions Website Contact the school

Maahad ANWAR Al-BAYAN Pusat Pengajian Pondok Muslimat

MAULID AKBAR MAAHAD ANWAR AL BAYANDengan penuh kesyukuran, Maahad Anwar Al Bayan dengan sukacitanya menjemput para musli...
04/09/2026

MAULID AKBAR MAAHAD ANWAR AL BAYAN

Dengan penuh kesyukuran, Maahad Anwar Al Bayan dengan sukacitanya menjemput para muslimat untuk bersama-sama menghadiri Majlis Maulid Akbar, bersempena Pembukaan Tahun Ke-10 Maahad Anwar Al Bayan dan Majlis Graduasi Pertama.

Sepuluh tahun bukanlah sebuah perjalanan yang singkat. Ia adalah himpunan usaha, pengorbanan, doa dan perjuangan dalam menyemai ilmu serta membina generasi yang berpegang teguh kepada agama.

Semoga majlis ini menjadi ruang untuk kita menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, menghayati perjalanan perjuangan Baginda, serta mengenang kembali nilai ilmu dan pendidikan yang menjadi asas perjalanan Maahad Anwar Al Bayan selama sedekad.

📅 Khamis, 10 September 2026
🕘 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Maahad Anwar Al Bayan, Machang, Kelantan

https://maps.app.goo.gl/qQfMqK5jjaztybSM6

Majlis khas untuk muslimat sahaja.

Marilah bersama-sama kita hadir dan mengimarahkan majlis ini dengan penuh rasa syukur dan kecintaan, semoga pertemuan yang sederhana ini menjadi kenangan yang besar nilainya dalam perjalanan sepuluh tahun Maahad Anwar Al Bayan.

Sedekad membina insan, meneruskan warisan ilmu. 🤍🌿

*MAAHAD ANWAR AL BAYAN**JOM SERTAI KAMI..**SEDEKAH ANAK SAWIT UNTUK EKONOMI PONDOK* 🌴Mari bersama-sama menyumbang dalam ...
14/07/2026

*MAAHAD ANWAR AL BAYAN*

*JOM SERTAI KAMI..*
*SEDEKAH ANAK SAWIT UNTUK EKONOMI PONDOK* 🌴

Mari bersama-sama menyumbang dalam usaha membangunkan ekonomi pondok melalui projek penanaman sawit untuk fasa 2 Banggol Judah Machang & fasa 3 Peralla Tanah Merah.

✅ *Harga satu anak sawit : RM38*
✅ *Keperluan keseluruhan : 900 pokok*
✅ *Jumlah dana diperlukan : RM 34,200*

Setiap sumbangan anda adalah saham kebajikan yang akan membantu menjana sumber pendapatan berterusan bagi pembangunan dan pengurusan pondok.

*Sabda Rasulullah ﷺ :*
*"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Muslim)*

🤲 Ayuh rebut peluang beramal jariah ini. Walau hanya 1 pokok *(RM38)*, sedekah anda amat bermakna.

*"Tanam satu pokok, tuai pahala berpanjangan."*

📞 Untuk maklumat lanjut dan sedekah,

*Hubungi : +60 11-206 13496*

Semoga Allah SWT menerima dan memberkati setiap sedekah yang diberikan. Aamiin.

SAWIT PONDOK
( Banggol Judah dan Peralla )

* Jumlah diperlukan 900 pokok.
* Jumlah diterima 100 pokok.
* Baki 800 pokok.
* Jumlah diperlukan Rm 34,200.00
* Jumlah diterima Rm 3800.00
* Baki Rm 30,400.00

Penderma

* Mat Peralla 100

Sedekah Jumaat Asyura ( 10 Muharram )
25/06/2026

Sedekah Jumaat Asyura ( 10 Muharram )

*MAAHAD ANWAR AL BAYAN**JOM SERTAI KAMI..**SEDEKAH ANAK SAWIT UNTUK EKONOMI PONDOK* 🌴Mari bersama-sama menyumbang dalam ...
21/06/2026

*MAAHAD ANWAR AL BAYAN*

*JOM SERTAI KAMI..*
*SEDEKAH ANAK SAWIT UNTUK EKONOMI PONDOK* 🌴

Mari bersama-sama menyumbang dalam usaha membangunkan ekonomi pondok melalui projek penanaman sawit.

✅ *Harga satu anak sawit : RM28*
✅ *Keperluan keseluruhan : 350 pokok*
✅ *Jumlah dana diperlukan : RM9,800*

Setiap sumbangan anda adalah saham kebajikan yang akan membantu menjana sumber pendapatan berterusan bagi pembangunan dan pengurusan pondok.

*Sabda Rasulullah ﷺ :*
*"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." (HR Muslim)*

🤲 Ayuh rebut peluang beramal jariah ini. Walau hanya 1 pokok *(RM28)*, sedekah anda amat bermakna.

*"Tanam satu pokok, tuai pahala berpanjangan."*

📞 Untuk maklumat lanjut dan sedekah,

*Hubungi : +60 11-206 13496*

🌱 Sasaran: 350 pokok
🌱 Baki diperlukan: 350 pokok

Semoga Allah SWT menerima dan memberkati setiap sedekah yang diberikan. Aamiin.

Tabung Pengajian Pelajar Luar Negara
13/06/2026

Tabung Pengajian Pelajar Luar Negara

Setiap pengorbanan yang lahir kerana Allah, tidak pernah sia-sia di sisi-Nya. Semoga Aidiladha ini mengajarkan kita erti...
26/05/2026

Setiap pengorbanan yang lahir kerana Allah, tidak pernah sia-sia di sisi-Nya. Semoga Aidiladha ini mengajarkan kita erti ikhlas, taat dan reda dalam setiap ujian kehidupan.

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Minal Aidin Wal Faizin.

“Didik jiwa, bina akhlak, suburkan ilmu.”Jom sertai kami menuju redha Allah.
27/04/2026

“Didik jiwa, bina akhlak, suburkan ilmu.”
Jom sertai kami menuju redha Allah.

Salam Aidilfitri 1447HMaahad Anwar Al Bayan mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H

Maahad Anwar Al Bayan mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT, dosa-dosa diampunkan, dan hati kembali suci.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan lagi ukhuwah sesama kita.

✨ Taqabbalallahu minna wa minkum.

02/02/2026
01/02/2026

Address

Lot 1974 Kg Lubuk Bunut Kemuning
Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad ANWAR Al-BAYAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad ANWAR Al-BAYAN:

Shortcuts

Share

Category