28/04/2026
26 April 2026 - "Make AI"
Telah berlangsung Kursus ICT yang bertajuk “Make AI” yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang bertempat di Pusat IT, PTA UiTM Kampus Machang.
Program ini telah disampaikan oleh Ts Mazlam Che Yusoff Gemeti, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dengan bantuan En. Mohd Syaiful Bahry Mohd Ramly, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas AI serta aplikasi praktikal yang boleh dimanfaatkan dalam tugasan harian, khususnya dalam meningkatkan kecekapan kerja dan produktiviti organisasi.
Diharapkan melalui kursus ini, para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam persekitaran kerja serta menyokong usaha transformasi digital di peringkat organisasi.