Bm111(BusiNeSs ManAgeMent) SeluRuh CaMpus UiTM

Bm111(BusiNeSs ManAgeMent) SeluRuh CaMpus UiTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bm111(BusiNeSs ManAgeMent) SeluRuh CaMpus UiTM, Education, UiTM Kelantan, bukit ilmu, machang, Machang.

dis pages for all facebookers...n digalakkan student in department of business management pom boleh mencurahkan info2 semasa yang ada,,,nothing special...please dont judge by cover..

02/09/2015

DR IBRAHIM: Selfie konvo UiTM: 'Ganas sangat kalau gantung pengajian Hasrul' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilihat perlu menimbangkan semula hukuman penggantungan yang dijatuhkan kepada Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, kerana mengambil selfie di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen.

Bekas Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, perbuatan itu dilihat biasa dan normal bagi golongan remaja yang terlalu gembira kerana konvokesyen selain satu cara untuk menyalurkan rasa keseronokan.

"Mungkin perlu dipertimbangkan semula hukuman kerana selfie itu. Normal rasanya bagi budak-budak muda untuk berseronok dan berselfie seperti itu. Kalau tidak boleh, pentadbiran hanya perlu maklumkan pada sesi akan datang tentang larangan berselfie.

"Ganas sangat kalau gantung pengajian sehingga setahun atau dua tahun. Memang ganas sangat dan tidak boleh diterima bagi saya. Kita kena lihat dari aspek trending kini. Berselfie adalah satu kebiasaan bagi golongan remaja. Mungkin semasa konvokesyen ia masih dilihat janggal atau pelajar itu masih tidak tahu jika ia tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

BACA: Selfie konvo UiTM: Wajarkah hukuman penggantungan?

Dr. Ibrahim mengulas kenyataan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun hingga dua tahun selepas tindakan itu dikatakan memalukan universiti.

BACA: Selfie konvo langgar protokol?

Jelas Dr Sahol, tindakan Muhammad Hasrul memalukan UiTM selain memaklumkan, pelajar berkenaan sudah diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas.

Tegas Dr Sahol lagi, pelajar berkenaan juga sepatutnya menghormati pensyarah yang meraikannya di dalam majlis berkenaan.
“ Berselfie adalah satu kebiasaan bagi golongan remaja. Mungkin semasa konvokesyen ia masih dilihat janggal atau pelajar itu masih tidak tahu jika ia tidak boleh dilakukan ”
- Dr Ibrahim
Twitter Facebook Email Google Whatsapp

Sementara itu, kebanyakan pengguna laman sosial turut merasakan tindakan penggantungan itu terlalu melampau.

Ramai pengguna media sosial yang mengatakan hukuman itu sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen dilihat sebegitu serius, malah ada yang membandingkan dengan peluang kedua yang diberi kepada pelajar pedofilia.

Dalam pada itu, tinjauan Astro AWANI ke laman YouTube mendapati terdapat satu aksi tari menari pernah dilakukan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Tari Universiti Malaya (UM) sebelum ini yang dilakukan sebelum menerima ijazah pada tahun 2012.

Bagaimanapun, cara itu dilihat sekadar menghiburkan orang ramai selain tidak mendapat apa-apa hukuman atau cemuhan daripada masyarakat.

02/09/2015

KUALA LUMPUR: Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat pengajian pergigian terbesar di negara ini, sudah sedia untuk beroperasi setelah kampusnya di Sungai Buloh, dekat sini siap dibina pada 28 Ogos lalu.

Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.

Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata bangunan fakulti itu turut mengandungi dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini serta sebuah pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia.

Katanya selain menempatkan kemudahan akademik untuk penuntut universiti itu, fakulti berkenaan turut menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam.

"Apabila bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi, kita mengganggarkan seramai 205 pesakit dapat diberikan rawatan dalam satu-satu masa dengan jumlah pesakit sehari 400 hingga 500 orang," katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Kementerian Kerja Raya diwakili oleh menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof, sementara Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Sahol Hamid berkata dengan adanya kampus itu, ia diharapkan dapat melahirkan graduan bidang pergigian yang lebih kompeten dan profesional dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Adanan Mohamed Hussain dalam ucapannya berkata projek berkenaan yang sepatutnya menelan belanja RM94.4 juta menghadapi sedikit masalah sebelum ini apabila kontraktor yang dilantik gagal menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberi.

Katanya kontraktor lain telah dipilih untuk menyambung projek itu yang akhirnya disiapkan pada 28 Ogos lalu dengan kos semasa yang lebih rendah iaitu RM73.8 juta

19/09/2011

welkem to dis pages...hope enjoy in dis pages...n time by time I will update...insyaAllahh

Address

UiTM Kelantan, Bukit Ilmu, Machang
Machang
18500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bm111(BusiNeSs ManAgeMent) SeluRuh CaMpus UiTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category