Unit Kebudayaan UiTM Kelantan

Unit Kebudayaan UiTM Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Kebudayaan UiTM Kelantan, Education, UiTM Cawangan Kelantan, Machang.

🎭 RIUH RAYA BERSAMA KEBUDAYAAN 🎭Assalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera,Salam UiTM Dihatiku.Salam dari Tanah Serendah Seke...
22/04/2024

🎭 RIUH RAYA BERSAMA KEBUDAYAAN 🎭

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku.
Salam dari Tanah Serendah
Sekebun Bunga.

Perhatian kepada semua pelajar UiTMCK 📢‼️

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan CUTE, Kelab SKEDSA, Kelab EiSART, Kelab DBSA, Kelab SST akan mengadakan program

⚜️ Riuh Raya bersama Kebudayaan ⚜️

🗓️ Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)
🕰️ Masa: 8:30 pm - 10:30 pm
🎪 Tempat: Medan Ilmu, UiTMCK

🪄 Pelbagai persembahan menarik dapat anda saksikan yang bertemakan Hari Raya! 🎇

🪄 Antaranya, persembahan teater, nyanyian, tarian, puisi dan banyak lagi! 🤩

🪄 Jom ramai-ramai kita raikan malam kebudayaan dengan pelbagai persembahan yang menarik serta menghiburkan yang akan disajikan untuk tontonan anda semua! ✨🎭

Sekian, terima kasih.
Jumpa anda di sana! 😉

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Alisya - https://wa.me/1155502324

Ili - https://wa.me/179927379

︵‿ ⊹ ︵‿୨ ☁️ ୧‿︵ ⊹

09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri, di kesempatan yang berbahagia ini, Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan ingin mengucapkan selamat menikmati ketupat dan rendang bersama keluarga tersayang. Semoga kita semua diberkati dengan kebahagiaan dan kesejahteraan. Maaf zahir dan batin dari kami semua. Selamat menyambut Syawal yg tiba!

Unit Kebudayaan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.Dengan penuh kesedihan, kami ingin maklumkan,  alumni Kelab Dikir Barat Sri Arjuna Ui...
05/04/2024

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dengan penuh kesedihan, kami ingin maklumkan, alumni Kelab Dikir Barat Sri Arjuna UiTMCK, Tengku Amir Aiman telah berp**ang ke negeri abadi pagi tadi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga segala komitmen dan jasa baik sepanjang bersama Unit Kebudayaan menjadi salah satu asbab syurga milikmu.

Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan telah menyertai Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM ...
02/04/2024

Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan telah menyertai Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM Se-Malaysia 2024 (FESMA24) bertempat di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun pada 3 hingga 7 Mac 2024. Festival ini merupakan anjuran Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Unit Kebudayaan UiTM Se-Malaysia.

(FESMA 2024) kali ini telah disertai oleh 12 buah cawangan UiTM seluruh Malaysia. UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Sayembara Puisi yang telah diwakili oleh Nur Auni Asfarina Binti Junaidi, pelajar semester 1. Ianya merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk UiTM Cawangan Kelantan.

FESTIVAL SENI BUDAYA MAHASISWA UiTM SE-MALAYSIA 2024 (FESMA24)Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telahpun menghantar...
10/03/2024

FESTIVAL SENI BUDAYA MAHASISWA UiTM SE-MALAYSIA 2024 (FESMA24)

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telahpun menghantar 30 orang wakil bagi menyertai Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM se-Malaysia 2024 (FESMA24) yang julung kalinya diadakan kawasan tuan rumah tahun ini iaitu di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun pada 3 hingga 7 Mac 2024 yang lalu dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.

Seramai 30 pelajar Kelab Kebudayaan telah menjadi peserta pertandingan anjuran festival tersebut dimana 6 orang ahli EiSart (Nasyid), 7 orang ahli Seri Serangkai Tari (Tarian Zapin), seorang ahli Muzik (Nyanyian Solo), seorang ahli Teater (Puisi), seorang ahli teater dan 4 orang kru (Monolog), 5 orang kru keusahawanan serta 3 orang kru pengurusan festival.

Sebanyak 12 buah cawangan di seluruh Malaysia telah menghantar wakil bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan dimana setiap pertandingan tersebut dimulakan dengan sesi bengkel sebelum acara dimulakan. Nur Auni Asfarina Binti Junaidi telah berjaya membawa p**ang tempat kedua bagi pertandingan Puisi dimana ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Unit Kebudayaan Cawangan Kelantan.

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan amat menghargai dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat dan ahli Kelab Kebudayaan yang mewakili acara tersebut atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan festival besar ini. Diharapkan agar festival ini dapat menyuntik semangat ahli Kelab Kebudayaan untuk lebih maju untuk sesi dan pertandingan yang akan datang.

Unit Kebudayaan UiTMCK
2023/2024

04/03/2024

HARI PERTAMA FESMA2024

Mari sama-sama meneriahkan lagi Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM 2024 🟣🟡 (FESMA24]

Bertempat di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun⚫⚪

•Pada 3 Mac 2024 hingga 7 Mac 2024

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan termasuklah
- Nasyid kategori lelaki
- Nyanyian solo kategori lelaki
- Tarian Zapin kategori lelaki
- Monolog kategori wanita
- Puisi kategori wanita

Booth jualan dan Food Truck juga menanti anda disana!

03/03/2024

JUMPA KAMI DI FESMA UiTM DUNGUN!

Mari sama-sama meneriahkan lagi Festival Seni Budaya Mahasiswa UiTM 2024 🟣🟡 (FESMA24]

Bertempat di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun⚫⚪

•Pada 3 Mac 2024 hingga 7 Mac 2024

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan termasuklah
- Nasyid kategori lelaki
- Nyanyian solo kategori lelaki
- Tarian Zapin kategori lelaki
- Monolog kategori wanita
- Puisi kategori wanita

Booth jualan dan Food Truck juga menanti anda disana!

[ANUGERAH TOKOH SISWA 2023]Kelab Kebudayaan di bawah Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telahpun terlibat dalam menj...
21/02/2024

[ANUGERAH TOKOH SISWA 2023]

Kelab Kebudayaan di bawah Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telahpun terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2023 yang julung kalinya diadakan di Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 23 Januari 2024 yang lalu dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.

Seramai 24 pelajar Kelab Kebudayaan dimana 13 AJK Persembahan dari Kelab Seri Serangkai Tari dan ahli department music, seorang stage manager, seorang assistant stage manager, dua orang pengacara majlis dan 7 orang daripada ahli department crew sebagai multimedia dan teknikal telah bekerjasama dalam memastikan majlis ini berjalan lancar.

Sebanyak satu persembahan tarian sebagai persembahan pembukaan dan dua persembahan nyanyian diiringi band sebagai persembahan selingan telah berjaya dipersembahkan bagi memeriahkan majlis tersebut. Penglibatan ahli Kelab Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan dalam majlis ini mengajar ahli yang terlibat untuk menguruskan majlis-majlis yang besar dengan baik serta mendapat ilmu baru dan mencapai persefahaman di antara pelbagai pihak.

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan amat menghargai dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat dan ahli Kelab Kebudayaan atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan majlis besar ini. Diharapkan agar sesi ini dapat memberikan manfaat dan kesan yang positif kepada peserta yang terlibat seterusnya menyumbang kepada output penglibatan yang lebih produktif.

[BENGKEL ASAS PENGACARAAN]Kelab Seni Kebudayaan Dunia Sarjana (SKEDSA) dengan kerjasama Persatuan Cultural Unit Theatre ...
21/02/2024

[BENGKEL ASAS PENGACARAAN]

Kelab Seni Kebudayaan Dunia Sarjana (SKEDSA) dengan kerjasama Persatuan Cultural Unit Theatre (CUTE) di bawah Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telahpun mengadakan Bengkel Asas Pengacaraan di Mini Theatre Pusat Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 12 hingga 13 Januari 2024 yang lalu.

Tuan Hj Shahril Sarapudin, Master Trainer IKON Academy dan Penerbit RTM telah dipilih sebagai jurulatih bagi bengkel ini dimana
pelajar daripada Kelab Kebudayaan khususnya ahli department emcee telah menyertai bengkel ini dan mengikuti sesi pertama iaitu sesi teori dan pengenalan kepada pengacaraan.

Sesi kedua p**a diteruskan dengan sesi amali dimana peserta diajar kaedah untuk mengacarakan pelbagai majlis serta bermain dengan intonasi suara yang betul. Pertemuan bersama pihak Tuan Hj Shahril Sarapudin ini diadakan bertujuan meningkatkan lagi hubungan kerjasama Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan dengan agensi luar di samping mempelajari ilmu baru dan mencapai persefahaman di antara pelbagai pihak.

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan amat menghargai dan berterima kasih kepada Tuan Hj Shahril Sarapudin dan ahli Kelab Kebudayaan atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan agar sesi ini dapat memberikan manfaat dan kesan yang positif kepada peserta yang terlibat seterusnya menyumbang kepada output penglibatan yang lebih produktif

[BENGKEL ASAS SENI DIKIR BARAT]Kelab Dikir Barat Sri Arjuna (DBSA) di bawah Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telah...
20/02/2024

[BENGKEL ASAS SENI DIKIR BARAT]

Kelab Dikir Barat Sri Arjuna (DBSA) di bawah Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telahpun mengadakan Bengkel Asas Seni Dikir Barat di Mini Theatre Pusat Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 29 hingga 30 Disember 2023 yang lalu, bersama Akademi Arjunasukma Malaysia.

Seramai 20 pelajar Kelab Kebudayaan khususnya ahli Kelab Dikir Barat Sri Arjuna telah menyertai bengkel ini dan mengikuti sesi pertama iaitu sesi teori kepada sejarah Dikir Barat, Asas Dikir Barat, format lagu serta mengenal peralatan muzik Dikir Barat yang dikongsikan oleh Mohd Sulhie bin Yusuf, jurulatih dari Akademi Arjunasukma Malaysia.

Sesi kedua p**a diteruskan dengan sesi amali dimana peserta diajar kaedah penciptaan lagu serta mengenal watak di dalam Dikir Barat. Pertemuan bersama pihak Akademi Arjunasukma ini diadakan bertujuan meningkatkan lagi hubungan kerjasama Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan dengan agensi luar di samping mempelajari ilmu baru dan mencapai persefahaman di antara pelbagai pihak.

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan amat menghargai dan berterima kasih kepada pihak Akademi Arjunasukma dan ahli Kelab Kebudayaan atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan agar sesi ini dapat memberikan manfaat dan kesan yang positif kepada peserta yang terlibat seterusnya menyumbang kepada output penglibatan yang lebih produktif.

[KARNIVAL KERJAYA DAN MAKANAN 2023]Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telah dijemput untuk membuat persembahan sempe...
20/02/2024

[KARNIVAL KERJAYA DAN MAKANAN 2023]

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Karnival Kerjaya dan Makanan Malaysia Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu Kelantan pada 22 hingga 23 Disember 2023 yang lalu.

Seramai 25 pelajar dari Kelab Kebudayaan telah terlibat dalam menjayakan persembahan bersempena Karnival Kerjaya dan Makanan Malaysia 2023 ini. Pada hari yang pertama, persembahan adalah dari ahli Kelab Dikir Barat Sri Arjuna (DBSA), Kelab Seri Serangkai Tari (SST), Kelab Entertainment of Islamic Arts (EiSART) dan ahli department muzik.

Hari kedua p**a diteruskan dengan persembahan busking dari ahli Kelab Entertainment of Islamic Arts (EiSART) dan ahli department muzik, dimana lagu-lagu Ketuhanan menjadi pilihan lagu untuk disajikan pada para pengunjung. Program tersebut diadakan pada sebelah malam pada kedua-dua hari tersebut dari jam 8 malam hingga 10.30 malam. Program ini diadakan bertujuan meningkatkan lagi hubungan kerjasama Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan dan mencapai persefahaman di antara pelbagai pihak.

Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar dengan kerjasama ini dapat memberikan manfaat dan kesan yang positif kepada peserta dan jawatankuasa yang terlibat seterusnya menyumbang kepada output penglibatan yang lebih produktif.

Address

UiTM Cawangan Kelantan
Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kebudayaan UiTM Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit Kebudayaan UiTM Kelantan:

Shortcuts

Share

Category