Maahad Tahfiz Al-Azhari

Maahad Tahfiz Al-Azhari Sebuah pusat pendidikan yang diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Bin Abd Rani.
(1)

Visi kami adalah menjadi sebuah pusat untuk mencari Ilmu yang diwaqafkan oleh Umat Islam untuk tidak kira anak yatim bahkan anak orang fakir/miskin.

UJIAN LISAN BAHASA ARAB SPM 2026 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAlhamdulillah, selesai sudah Ujian Lisan Bahasa Arab...
20/08/2026

UJIAN LISAN BAHASA ARAB SPM 2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, selesai sudah Ujian Lisan Bahasa Arab SPM 2026 yang berlangsung pada pagi tadi di SMK Hamzah 2, Machang.

Sebelum anak-anak pelajar SPM bertolak ke pusat peperiksaan, Tuan Mudir terlebih dahulu bersama-sama anak-anak memberikan nasihat, amanat dan kata-kata semangat agar mereka hadir dengan hati yang tenang, yakin dan percaya kepada usaha yang telah dilakukan.

Suasana menjadi lebih bermakna apabila Tuan Mudir turut memimpin bacaan doa bersama, memohon agar Allah SWT mempermudahkan urusan, melancarkan lisan, menenangkan hati serta mengurniakan kejayaan buat semua calon.

Turut bersama memberikan sokongan ialah Ketua Guru SPM, PK 3, guru-guru SPM, anak-anak pelajar Tingkatan 4 serta pelajar Kuliah Abu Bakar yang sempat hadir untuk sama-sama berdoa, melambaikan tangan dan menitipkan kata-kata semangat sebelum anak-anak bergerak ke pusat peperiksaan.

Alhamdulillah, ujian lisan selesai sekitar jam 1.00 tengah hari. Lebih menggembirakan apabila melihat wajah anak-anak keluar dari dewan peperiksaan dengan senyuman dan keceriaan. Alhamdulillah, semoga apa yang telah dijawab dipermudahkan dan dikurniakan keputusan yang terbaik oleh Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan kepada anak-anak pelajar SPM. Doa dan sokongan kalian menjadi kekuatan buat mereka.

Tidak dilupakan, tahniah dan jutaan terima kasih buat Guru Bahasa Arab, Miss Hidaayah, yang sentiasa bersama anak-anak pelajar, membimbing, memberi tunjuk ajar dan memberikan semangat bermula dari persiapan awal sehinggalah selesai ujian pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga buat ibu bapa sekalian yang tidak pernah jemu mendoakan, memberi restu, sokongan dan kepercayaan kepada anak-anak. Doa ibu ayah adalah kekuatan terbesar mereka dalam menghadapi peperiksaan ini. Semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan dan doa kalian dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Hari ini mereka melangkah dengan doa, menjawab dengan usaha dan p**ang dengan senyuman.
Semoga Allah SWT menerima segala usaha, mempermudahkan perjalanan mereka dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

بارك الله فيكم جميعًا، وجزاكم الله خيرًا ❤️

UJIAN LISAN BAHASA ARAB ESOK! 🇸🇦📚🔥Semalam merupakan hari terakhir anak-anak pelajar membuat persiapan, mengulang kaji da...
20/08/2026

UJIAN LISAN BAHASA ARAB ESOK! 🇸🇦📚🔥

Semalam merupakan hari terakhir anak-anak pelajar membuat persiapan, mengulang kaji dan menelaah pelajaran dengan penuh kesungguhan sebagai bekalan menghadapi Ujian Lisan Bahasa Arab hari ini.

Bukan sekadar ilmu yang dipersiapkan, tetapi mental dan emosi juga diberi perhatian.Bagi menghilangkan rasa gemuruh dan memberikan sedikit ruang untuk anak-anak bertenang, Miss Hidaayah (guru bahasa arab) turut belanja kek sebagai tanda kasih, sokongan dan semangat sebelum berdepan dengan ujian.

Ada ulang kaji, ada gelak tawa, ada kek… dan paling penting, ada momen kebersamaan yang cukup bermakna.

Semoga hari ini anak-anak melangkah masuk ke bilik ujian dengan hati yang tenang, keyakinan yang tinggi dan lidah yang lancar. Ingat, buat yang terbaik, tawakal kepada Allah dan jangan takut untuk mencuba!

بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ لِجَمِيعِ أَبْنَائِنَا الطُّلَّابِ! 🌟
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik. Aamiin! 🤲🏻

MOMENT “DONE IKUT ARAHAN” PETANG KEMARINBermula dengan laporan dalam group asatizah daripada Ustazah Zurainee dalam grou...
18/08/2026

MOMENT “DONE IKUT ARAHAN” PETANG KEMARIN

Bermula dengan laporan dalam group asatizah daripada Ustazah Zurainee dalam group:

📢 “Air mengalir… pili paip rosak.”

Maka bergeraklah arahan daripada Tuan Mudir:

👉 “Buat tadahan dulu air tu. Boleh jirus-jirus pokok sebab unit penyelenggaraan sedang mesin rumput di Restoran Tok Mi.”

Ustazah Zurainee pun…

🪣 Bekas? Tadah.
💦 Air? Selamat diselamatkan.
🌱 Pokok? Terus disiram.
📋 Arahan? DONE IKUT ARAHAN! 👍🏻

Bukan setakat pokok bunga, pokok-pokok tanaman Kelab Agro pun turut mendapat perhatian.

Selepas selesai tugasan, Tuan Mudir menghantar emoji 👍🏻👏🏻 dan mengarahkan supaya dibuat surat aduan kerosakan di pejabat.

Maka lengkaplah misi hari ini:

Pili rosak ❌
Air membazir ❌
Air ditadah ✅
Pokok disiram ✅
Arahan dilaksanakan ✅
Surat aduan menyusul ✅
Guru-guru pun bagi “bagus” ✅

Inilah yang kita panggil:

“laksanakan kerja dengan penuh dedikasi.” 💪😉

Yang paling penting, daripada satu pili rosak, kita dapat satu aktiviti tambahan - pokok pun kenyang air, guru pun kenyang pengalaman. 😅🌱💦

🌟 Nilai yang dapat daripada kisah ini:
✨ Patuh kepada arahan
✨ Bertindak pantas apabila berlaku masalah
✨ Tidak membiarkan sumber terbuang begitu sahaja
✨ Kerjasama antara guru dan pelajar
✨ Kreatif mencari penyelesaian sementara
✨ Menjaga tanaman dan persekitaran
✨ Setiap masalah boleh jadi peluang untuk buat sesuatu yang bermanfaat

Kesimp**annya:
Kadang-kadang kita merancang nak buat satu kerja, tiba-tiba pili rosak p**a. Tapi dengan kerjasama dan sikap positif, masalah kecil pun boleh bertukar menjadi aktiviti yang memberi manfaat.

Tahniah Ustazah Zurainee!
Guru patuh arahan, pokok pun dapat kasih sayang. 👏🏻🌿








📖 MUZAKARAH GURU TAHFIZSatu sesi muzakarah bersama guru-guru tahfiz bagi memperkukuh dan meningkatkan prestasi tasmik, i...
18/08/2026

📖 MUZAKARAH GURU TAHFIZ

Satu sesi muzakarah bersama guru-guru tahfiz bagi memperkukuh dan meningkatkan prestasi tasmik, iadah, murajaah serta penguasaan buku rekod hafazan.

🎯 Fokus utama: Kualiti hafazan, disiplin rekod & kecemerlangan murid.

Semoga usaha bersama ini melahirkan generasi Huffaz yang mantap, istiqamah dan berkualiti. 🤲✨




17/08/2026

Surah Maryam ayat 30-35

Berbuka Puasa Sunat Isnin Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa sunat hari Isnin anak-anak pelajar MTIAZ. Wajah-waja...
17/08/2026

Berbuka Puasa Sunat Isnin

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa sunat hari Isnin anak-anak pelajar MTIAZ.

Wajah-wajah ceria mengelilingi hidangan berbuka, setelah seharian menahan lapar dan dahaga demi mencari reda serta keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga amalan kecil ini menjadi latihan membentuk jiwa yang sabar, hati yang ikhlas dan anak-anak yang dekat dengan Allah.

“Puasa itu perisai.”
Riwayat al-Bukhari & Muslim

Semoga terus istiqamah dalam beramal. Barakallahu fiikum anak-anak MTIAZ!

🌿 PERHIMPUNAN MINGGUAN MTIAZ 🌿Alhamdulillah, perhimpunan mingguan setiap Isnin berlangsung dengan penuh keberkatan dan p...
17/08/2026

🌿 PERHIMPUNAN MINGGUAN MTIAZ 🌿

Alhamdulillah, perhimpunan mingguan setiap Isnin berlangsung dengan penuh keberkatan dan pengisian yang bermakna.

Pagi ini, anak-anak pelajar diperkenalkan dengan surah baharu untuk dibaca pada setiap pagi Isnin, selepas bacaan Asmaul Husna, nasyid lagu sekolah dan bacaan Surah Maryam ayat 30–35.

Lebih manis lagi, Tuan Mudir turut menghuraikan ayat-ayat tersebut, menjadikan bacaan bukan sekadar dilafazkan, tetapi turut difahami dan dihayati.

Semoga menjadi pembuka tirai minggu yang penuh ilmu, keberkatan dan semangat buat anak-anak MTIAZ.

LIQA BERSAMA PENGARAH YAYASAN ANNABAWI Alhamdulillah, Liqa Bersama Pengarah Yayasan Annabawi telah berlangsung dengan ja...
17/08/2026

LIQA BERSAMA PENGARAH YAYASAN ANNABAWI

Alhamdulillah, Liqa Bersama Pengarah Yayasan Annabawi telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2026 (Ahad).

Liqa ini melibatkan amanat dan nasihat, serta perbincangan dua hala berkaitan Pentadbiran Pendidikan, Kewangan dan Pengurusan Pelajar.

Semoga segala perkongsian dan amanat yang disampaikan menjadi panduan serta suntikan semangat buat seluruh asatizah dalam terus memperkasa pendidikan dan membimbing anak-anak pelajar.

“Bersama Membina Pendidikan, Memperkasa Generasi Al-Quran.”

Mak ayah, cuba tengok anak masing-masing… 👀Kalau anak dah mula belajar solat, ini masa terbaik untuk kukuhkan asas merek...
14/08/2026

Mak ayah, cuba tengok anak masing-masing… 👀

Kalau anak dah mula belajar solat, ini masa terbaik untuk kukuhkan asas mereka.

🕌 PRO SOLAT “ZERO TO HERO”

Dalam satu program, anak akan:
📖 Belajar asas solat
🗣️ Betulkan bacaan
🧎 Praktikkan solat
🎯 Sertai aktiviti interaktif
🏆 Cabaran Imam Cilik
🧠 Kuiz Islamik

Umur 7–12 tahun | Yuran RM30 sahaja

SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN !!!

Tarikh : 📅 30 Ogos 2026 ( Ahad )
Bertempat di : 📍 Maahad Tahfiz Integrasi Al-Azhari, Machang, Kelantan

📲 013-4490633 – Unit Pendaftaran

Dari tak yakin → lebih faham → lebih yakin untuk solat.

✨ ZERO TO HERO. ✨

KUTIPAN DANA IJTIMAK HUFFAZ 2026 🏆بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan sa...
14/08/2026

KUTIPAN DANA IJTIMAK HUFFAZ 2026 🏆

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

📢 JOM SAMA-SAMA MENYUMBANG! ❤️

Maahad Tahfiz Al Azhari (MTIAZ) kini sedang mengadakan Kutipan Dana Ijtimak Huffaz 2026 bagi membantu menjayakan pelaksanaan aktiviti sukan serta persiapan anak-anak pelajar untuk menyertai program dan pertandingan yang akan datang.

🎯 TUJUAN KUTIPAN DANA

Sumbangan yang dikumpulkan akan digunakan bagi menampung keperluan program, antaranya:

⚽ Pembelian dan penambahbaikan peralatan sukan
🍱 Penyediaan makanan dan minuman untuk pelajar serta asatizah
🚐 Kos pengangkutan dan perjalanan pasukan
🩹 Keperluan keselamatan dan rawatan asas
📋 Kos pengurusan, teknikal dan logistik program
🏆 Persediaan anak-anak pelajar untuk menyertai pertandingan di peringkat Maahad

❤️ AYUH, BERSAMA-SAMA KITA SOKONG ANAK-ANAK HUFFAZ!

Setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil pada nilainya, amat besar maknanya dalam membantu menyediakan kemudahan, pengalaman dan peluang terbaik buat anak-anak kita.

🌹 “Satu Sumbangan, Seribu Harapan.”

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dikurniakan keberkatan, dipermudahkan segala urusan serta menjadi asbab lahirnya generasi Huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat.

🤲 Jom kita bersama-sama menyokong perjuangan anak-anak Huffaz.

📌 Salurkan sumbangan anda di sini:
https://maahadtahfizalquranalazhari.bcl.my/form/kutipan-dana-ijtimak-huffaz-2026

Terima kasih atas setiap sumbangan, doa dan sokongan yang diberikan.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲❤️








Address

Lot 1159, Kg. Pangkal Chuit
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099765661

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Azhari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Azhari:

Shortcuts

Share

Category