Asrama Putera Maahad Syamsul Maarif Lelaki

Asrama Putera Maahad Syamsul Maarif Lelaki ingin melahirkan hamba yang bertaqwa, anak yang soleh dan pelajar yang cemerlang.

In MemoriamMengenang tiga Murabbi MSML yang telah kembali Kepada Allah SWT"Ya Allah, jadikan setiap huruf ilmu yang mere...
13/07/2026

In Memoriam
Mengenang tiga Murabbi MSML yang telah kembali Kepada Allah SWT

"Ya Allah, jadikan setiap huruf ilmu yang mereka ajarkan sebagai cahaya di alam kubur, pemberat timbangan amal dan asbab mereka memperoleh syurga-Mu yang tertinggi."

AL-FATIHAH

Agar Anak Selesa di AsramaTugas Hati Ibu Bapa1. Lepaskan dengan Reda, bukan terpaksaAnak akan kuat jika dilepaskan denga...
30/07/2025

Agar Anak Selesa di Asrama
Tugas Hati Ibu Bapa

1. Lepaskan dengan Reda, bukan terpaksa
Anak akan kuat jika dilepaskan dengan hati yang tenang, bukan dengan tangisan yang memaksa mereka pulang.

2. Berikan semangat, bukan rasa bersalah
“Kamu sedang berjuang, kami bangga, dan Allah bersamamu.”

3. Ingatkan bahawa rindu itu sebahagian daripada Ibadah
Rindu ibu bapa di jalan Allah akan menjadi pahala yang besar.

4. Jangan sering bertanya “Bila Nak Balik?”
Tukarlah soalan itu kepada, “Apa yang boleh kami doakan untuk kamu hari ini?”

5. Hantar pesanan dengan ayat yang positif
Elakkan cerita sedih dari rumah. Hantarlah berita gembira dan doa yang menguatkan semangat.

6. Ajar Anak menemukan tujuan tinggal di Asrama
Tinggal di asrama bukan sekadar belajar di sekolah, tetapi juga melatih diri berdikari, menguatkan hati, dan mendekatkan diri kepada Allah.

7. Berdoa, tapi juga empati
Fahamilah bahawa proses belajar berdikari bukanlah mudah. Kadangkala ada air mata.

8. Ingatkan Anak untuk mengadu kepada Allah
Saat rindu atau penat, ajarkan anak untuk mengadu dalam doa.

UCAPAN | TAKZIAH إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَTakziah Buat Keluarga AllahyarhamWarga Asrama MSML dengan pen...
10/06/2025

UCAPAN | TAKZIAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Takziah Buat Keluarga Allahyarham

Warga Asrama MSML dengan penuh dukacita merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam buat keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan maut semalam.

Pemergian insan sebaik itu di usia muda pastinya sangat menyentuh hati. Sungguh, kehilangan ini bukan sekadar duka kepada keluarganya, bahkan turut dirasai oleh seluruh warga pendidik dan rakan seperjuangan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.

Buat keluarga yang ditinggalkan, sabarlah. Redhalah. Setiap yang hidup pasti akan kembali. Dunia ini hanya persinggahan. Moga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini.

"Kematian bukan pengakhiran, tapi permulaan untuk bertemu dengan Tuhan dalam keadaan sebenar."

Al-Fatihah buat arwah.

ALBUM | MUI'25Pembukaan sesi 2025 dimulakan dengan Minggu Ukhuwah Islamiah (MUI'25) yang telah diadakan pada 12 - 15 Feb...
20/02/2025

ALBUM | MUI'25

Pembukaan sesi 2025 dimulakan dengan Minggu Ukhuwah Islamiah (MUI'25) yang telah diadakan pada 12 - 15 Februari.

Dalam program tersebut pelajar didedahkan dengan taklimat peraturan asrama dan juga bermacam pengisian bersama rakan-rakan diantaranya latihan dalam kumpulan (LDK), riadah bermodul, persembahan malam kebudayaan, kuliah dan ceramah.

Kebersamaan itu dapat menyatukan persahabatan diantara mereka bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar asrama.




PENGUMUMAN | KEPUTUSAN Sukacita dimaklumkan keputusan permohonan baru penempatan Asrama Sesi 2025 Maahad Syamsul Maarif ...
23/01/2025

PENGUMUMAN | KEPUTUSAN

Sukacita dimaklumkan keputusan permohonan baru penempatan Asrama Sesi 2025 Maahad Syamsul Maarif (L).

Saudara boleh membuat semakan nama serta mengesahkan tawaran tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian tersebut :

09-7870 203 (Pejabat)
011-1072 0018 (SU Unit Asrama)

Tahniah !

HEBAHAN | PERMOHONAN BARUPermohonan dibuka untuk penempatan asrama sesi 2025/26 bermula 11 Januari 2025 sehingga 21 Janu...
11/01/2025

HEBAHAN | PERMOHONAN BARU

Permohonan dibuka untuk penempatan asrama sesi 2025/26 bermula 11 Januari 2025 sehingga 21 Januari 2025.

Imbas Qr Cod untuk dapatkan borang permohonan.

Maklumat lanjut buleh hubungi :

09-7870 203 (Pejabat)
011-1072 0018 (SU Asrama)
017-883 6656 (Penyelia Asrama)

UCAPAN | PEPERIKSAANSelamat Menduduki Peperiksaan buat semua calon SMU & SPM 2024.Semoga diberi ketenangan dan kejayaan ...
01/01/2025

UCAPAN | PEPERIKSAAN

Selamat Menduduki Peperiksaan buat semua calon SMU & SPM 2024.

Semoga diberi ketenangan dan kejayaan dalam menjawab soalan peperiksaan dan diharapkan semua calon dapat menjaga kesihatan

Bittaufiq wan najah.




ALBUM 3 | MAJLIS MAKAN MALAM & RESTU ILMUSuasana di Majlis Makan Malam turut diserikan dengan aktiviti persembahan Qasid...
01/01/2025

ALBUM 3 | MAJLIS MAKAN MALAM & RESTU ILMU

Suasana di Majlis Makan Malam turut diserikan dengan aktiviti persembahan Qasidah, Silat, Cabutan Bertuah dan Pertukaran Hadiah.

Dalam majlis itu juga disampaikan Sijil Penghargaan kepada barisan jawatankuasa asrama sesi 2024 sebagai tanda terima kasih atas jasa dan budi, khidmat dan bakti selama ini.

BIAR KENANGAN MENJADI KERINDUAN





ALBUM 2 | MAJLIS MAKAN MALAM & RESTU ILMUPenghargaan jutaan terima kasih buat tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Makan...
31/12/2024

ALBUM 2 | MAJLIS MAKAN MALAM & RESTU ILMU

Penghargaan jutaan terima kasih buat tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2024 Peringkat Asrama MSML.

Selain dari jamuan makan, turut dimeriahkan dengan acara persembahan Qasidah daripada Kumpulan Soutul Muhibbin, Silat daripada Persatuan Silat Seni Gayong Serantau Malaysia (PSSGSM), Amanat daripada Pengetua MSML dan juga acara cabutan bertuah serta pertukaran hadiah.

Majlis yang dihadiri oleh Ibu, Bapa dan Guru itu telah diadakan di Dewan Terbuka Dato' Haji Hassan Muhammad, MSML pada sabtu malam ahad yg lalu.

BIAR KENANGAN MENJADI KERINDUAN





Address

Jalan Joh Labok
Machang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097870203

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asrama Putera Maahad Syamsul Maarif Lelaki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category