Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh

Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh atau nama ringkasnya SK Pangkal Jenereh, merupakan sebuah Sekolah

Pembentangan Amalan Terbaik PIBG Peringkat Negeri Kelantan 2026Tarikh : 16 Ogos 2026 || AhadMasa : 8.00 pagi Tempat : Bi...
17/08/2026

Pembentangan Amalan Terbaik PIBG Peringkat Negeri Kelantan 2026

Tarikh : 16 Ogos 2026 || Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Operasi Sektor Pembangunan Sekolah JPN Kelantan.
Pembentang : YDP PIBG En. Wan Mohd Adnan bin Wan Aziz

PROGRAM KESELAMATAN & PENCEGAHAN JENAYAHTarikh : 5 Ogos 2026 (Rabu)
05/08/2026

PROGRAM KESELAMATAN & PENCEGAHAN JENAYAH

Tarikh : 5 Ogos 2026 (Rabu)



📢 PEMAKLUMAN RASMI SK PANGKAL JENEREH🌟 PROGRAM KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TAHUN 2026 🌟Assalamualaikum dan salam sej...
30/07/2026

📢 PEMAKLUMAN RASMI SK PANGKAL JENEREH

🌟 PROGRAM KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) TAHUN 2026 🌟

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SK Pangkal Jenereh komited membantu ibu bapa dan penjaga mendapatkan maklumat yang tepat serta memudahkan urusan permohonan PKSK Tahun 2026.

📌 TAKLIMAT PROGRAM KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
🗓 Tarikh: 3 Ogos 2026 (Isnin)
🕛 Masa: 12.00 Tengah Hari
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat SKPJ

Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan Khidmat Bantu Pengisian Borang PKSK secara PERCUMA kepada ibu bapa dan penjaga yang memerlukan bantuan.

📅 Tarikh Khidmat Bantu:
• 3–6 Ogos 2026 (Isnin–Khamis)
• 9–12 Ogos 2026 (Isnin–Khamis)

🕛 Masa: 12.00 Tengah Hari
📍 Tempat: Makmal Komputer SKPJ

✨ Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan penerangan yang lengkap serta bantuan terus daripada guru-guru SKPJ bagi memastikan pengisian borang PKSK berjalan dengan mudah, tepat dan lancar.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai demi masa depan anak-anak kita.

"Maklumat Tepat, Peluang Cerah, Masa Depan Gemilang."





Program Jom Berus Gigi🗓️ Tarikh : 22 Julai 2026 ( Rabu )⏱️ Masa : 9.30 - 10.30 pagi📍Tempat : SK Pangkal Jenereh
24/07/2026

Program Jom Berus Gigi

🗓️ Tarikh : 22 Julai 2026 ( Rabu )
⏱️ Masa : 9.30 - 10.30 pagi
📍Tempat : SK Pangkal Jenereh

Lawatan ke Karnival Pendidikan Kerjaya MuridTarikh : 21 Julai 2026 (Selasa)Tempat : ADTEC Pengkalan Chepa & KADA
24/07/2026

Lawatan ke Karnival Pendidikan Kerjaya Murid

Tarikh : 21 Julai 2026 (Selasa)
Tempat : ADTEC Pengkalan Chepa & KADA

Terima kasih, Ustazah Zaliha.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Zaliha atas se...
21/07/2026

Terima kasih, Ustazah Zaliha.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Zaliha atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan sepanjang 26 tahun menabur bakti di Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh.

Selama lebih dua dekad, ustazah telah mendidik, membimbing dan membentuk sahsiah anak-anak dengan penuh kasih sayang, kesabaran serta dedikasi. Segala ilmu, nasihat dan tunjuk ajar yang dicurahkan akan terus menjadi bekalan berharga buat setiap anak didik.

Sesungguhnya, jasa seorang guru tidak mampu dibalas dengan harta atau kata-kata. Hanya doa yang mampu kami titipkan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta memberkati setiap langkah kehidupan ustazah.

Selamat bersara, Ustazah Zaliha. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai. Semoga segala kebaikan yang telah disemai menjadi amal jariah yang berterusan.

"Guru yang hebat bukan sekadar mengajar, tetapi menginspirasi dan meninggalkan jejak di hati setiap anak didik."

🏆KEJOHANAN OLAHARAGA PENDIDIKAN KHAS MSSD MACHANG TAHUN 2026 🏆📅 Tarikh: 14 –  16Julai 2026🕢 Masa: 7.30 pagi – 1.00 petan...
16/07/2026

🏆KEJOHANAN OLAHARAGA PENDIDIKAN KHAS MSSD MACHANG TAHUN 2026 🏆

📅 Tarikh: 14 – 16Julai 2026
🕢 Masa: 7.30 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: SMK Bandar Machang

Pencapaian Atlet SK Pangkal Jenereh (SKPJ):

Lompat Jauh
🥇Amani
👏🏻Arsyad
👏🏻Ammar

Lontar Peluru
👏🏻Aisyah

100 Meter
🥇Amani
👏🏻Aisyah
👏🏻Arsyad
👏🏻Haikal

200 Meter
🥇Amani
👏🏻Aisyah
👏🏻Arsyad
👏🏻Ammar

4x100 M
👏🏻Yuslaiman
👏🏻Aisyah
👏🏻Arsyad
👏🏻Haikal

4x200 M
👏🏻Yuslaiman
👏🏻Aisyah
👏🏻Arsyad
👏🏻Haikal

🏆OLAHRAGAWATI 2026
👏🏻Amani

🌟 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet SKPJ, barisan jurulatih serta guru-guru yang telah bertungkus-lumus memberikan komitmen sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Kepada atlet yang belum memperoleh kejayaan, jangan berputus asa. Jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha, bangkit dengan lebih kuat dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, PIBG, guru-guru, ibu bapa serta seluruh warga SK Pangkal Jenereh yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada kontinjen sekolah.

SKPJ Cemerlang, Atlet Gemilang! ❤️







🌸 MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI 🌸Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, warga Sekolah Kebangsaan Pangkal Jene...
12/07/2026

🌸 MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SANJUNGAN BUDI 🌸

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, warga Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh akan mengadakan Majlis Persaraan Ustazah Zaliha Binti Jusoh pada minggu hadapan sebagai tanda mengenang segala jasa, pengorbanan dan bakti beliau sepanjang bergelar pendidik.

Majlis ini bukan sekadar sebuah acara perpisahan, tetapi sebagai tanda penghargaan kepada insan yang telah banyak mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh kasih sayang serta mendidik anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan.

Semoga majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan terindah buat Ustazah Zaliha serta seluruh warga sekolah.

"Jasamu dikenang, baktimu disanjung. Ilmu yang ditinggalkan akan terus mekar dalam ingatan." 💐

Selamat Bersara, Ustazah Zaliha Binti Jusoh. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam fasa kehidupan yang baharu.




Address

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL JENEREH
Machang
18400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099765443

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category